Followers

Wednesday, December 30, 2009

Menunggu....

hi..hi..
rasanya lama betul tak buka blog, padahal n3 terakhir baru minggu lepas....

sessi baru ni lebih cabarannya...
Bibik tak ada!!
Minta-mintalah tugas di sekolah tidak membebankan...
31 hb Dis ni baru mesyuarat..... lambatnya!
Cklah sudah berpaut dengan yang pertama dan terakhir, tetapi CM masih menghitung tanda soal...
datanglah jenis mana pun.... itu yang kita terima!

Friday, December 25, 2009

PMR!

keputusan PMR sudah..... ada yang bersorak girang, dan ada yang kecewa tidak tercapai yang diharapkan...

Kelulusan 100%, 51 orang straight A's dengan GPS 1.25, mungkin agak baik , walau pun agak jatuh berbanding dengan 2008.

Tetapi hari ini CM agak terkilan... walau pun ramai rakan-rakan guru yang mengucapkan tahniah!

Matematik agak jatuh daripada 2008, dengan GP 1.17 berbanding 1.13 pada tahun 2008.

yang dibimbangi  gagal,  berjaya mendapat C dan ramai yang memperolehi B, bahkan ada yang mendapat A! Alhamdulillah!

Tetapi ada seorang yang tidak disangka-sangka mendapat B.... CM terlepas pandang.. bila tumpuan diberikan kepada pelajar lemah, maka akan ada pelajar sederhana yang gagal mendapat A, sedangkan dia sepatutnya boleh dapat!!

Itu yang menjadikan CM terkilan dengan result PMR hari ini....

Semoga menjadi iktibar untuk masa yang akan datang!

Wednesday, December 23, 2009

reunion 3 jujur 2008

semalam terima telefon dari Anuar Afifi, pelajar CM tahun 2008, sekarang dah ke sekolah Alam Shah ( Kalau tak silap...)
" teacher, esuk kita orang nak buat reunion 3 jujur. nak buat BBQ di Perdana Resort, jam 3.00 ptg"
"sape lagi yang awak jemput?"
"Semua guru yang mengajar kami dulu..."
"Okey...InsyaAllah, saya datang"

3 jujur 2008..( 29 orang)..... tak ramai yang menyambung tingkatan 4 di SIC.
Kebanyakannya telah ke sekolah yang lebih baik....
menambahkan peluang untuk lebih cerah masa depan mereka.....
Ramai yang ke MRSM dan ada yang keSBP






















Tadi kami bertemu....
makan-makan....
berbual-bual...

Hari ini kami sebagai tetamu...
mereka yang menyediakan makanan dan segalanya...
kami hanya makan..................
( hanya kami bertiga guru yang datang,... sibuk agaknya cikgu-cikgu lain )






















selepas setahun..... mereka semua masih seperti dulu
semoga ingatan begini akan berkekalan sehingga mereka semua berkerjaya.

Debaran......

Alhamdulillah...
CM dah sihat sikit......
Terima kasih yang meninggalkan komen, tapi tak berbalas pun...


Hmm... ni nak demam semula..
Demam  dalam debaran
result PMR akan keluar besuk....

berdebar.....
bimbangkan 202 anak orang + 1 anak sendiri!!

Cikgu @ umi yang berdebar lebih
Dia orang relax jer....
" Nak takut apa... benda dah lepas..." Aduiii.....

Monday, December 21, 2009

nikmat yang ditarik oleh Allah....

Nikmat yang sering kita lupa! Nikmat kesihatan......
Bila Allah menariknya...
barulah terasa bertapa nikmatnya  kita sihat...
tetapi jarang kita lafazkan rasa syukur!!!

sekarang...

kerja semua kena tangguhkan dulu!

Alangkah sukarnya hidup bila demam!
batuk...
dan selsema!

Friday, December 18, 2009

salam maal hijrah

Salam Maal hijrah  untuk semua.

Sudah 1430 tahun, selepas Nabi berhijrah ke Madinah dari Mekah demi untuk Agama Islam.

Hari ini I Muharram 1431 , bermulanya tahun baru hijrah.
Tetapi Hijrah yang paling besar adalah hijrah daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik..... Hijrah Minda!

Semoga kita semua dapat sesuatu yang lebih baik daripada penhijrahan !!

Thursday, December 17, 2009

Anda boleh bantu saya??

CM masih merangkak dalam penulisan modul P&P ni...
kerja macam semut! lebih slow daripada siput!!
nak menaip nota dan soalan math payah giler guna window 7.... equation editor tak jumpa!!
google dalam internet,
bila nak install semuanya  kena berbayar!
huh... macam mana nak taip fraction, square root dan semua simbol math  ni....

Alahai....
Siapa tahu macam mana nak cari equation editor dalam window 7??

Dan......anda yang sedang  membaca ni...
boleh bantu CM... macam mana nak install equation editor free???

Monday, December 14, 2009

Bolehkah begitu????

Cuti??? rasanya dari 2006 CM tidak merasa feel itu...
2006..Cuti akhir tahun memang sengaja  kesekolah... pantang orang lain ada kerja, CM akan ikut serta supaya tidak keseorangan dirumah.. mengelak dari memikirkan kisah sedih yang menimpa...

2007... 2008...
Walau pun cuti... terpaksa kesekolah untuk siapkan kerja-kerja sekolah.
walau bagaimana pun masih ada masa untuk balik kampung dan bercuti!!

dan kini 2009!
daripada  19 Nov hingga ke hari ini, CM belum bercuti lagi!

Minggu pertama sibuk dengan anak buah kahwin ~ gubah hantaran, majlis kenduri dan sebagainya... habis satu minggu disitu.

Minggu kedua mula sibuk dengan markah final exam ....

Kemudian terlibat pula dengan pemilihan pelajar ke SRK .... nasib baik hanya 3 hari, tahun-tahun lepas satu minggu berkampung dihotel!

Hari ini seharian pula  di bilik peperiksaan .... streaming pelajar untuk 2010.
( to be continued  tomorrow - hanya Kak Selamah & Ustazah Mazuraini.... kesian!!!! dia orang dah beberapa hari bertapa dibilik peperiksaan..... hanya kerana cikgu tidak menghantar markah, kehadiran & ulasan untuk kelas masing-masing!)
CM nak relax esuk!!!! ha..ha..ha..

kerja yang menunggu masih banyak.....

~ preparation untuk majlis  pendaftaran tingkatan 1 2010.
~ Modul P&P .... Aduish.... buat kerja macam semut... baru siap satu bab!
Banyak kerja Beb!!
(ditambah dengan bibik tidak ada!)

nota:
Ada orang kata... kalau nak relax memanjang... kerja yang diberi oleh pentadbir jangan sempurnakan...
buat ala kadar jer!
barulah kita tidak dibebankan dengan kerja-kerja itu!!
....'Bolehkah begitu?'......

Friday, December 11, 2009

Dia demam pula......

Macam-macam kita diuji....
Balik kerumah semalam okey, tetapi tiba-tiba malam tadi Adam demam.... dan berlanjutan hingga ke malam ini..


Alahai.... selimut sepanjang hari... Nak makan ubat paling sukar...
Tunggulah besuk macam mana!!

Petang tadi CM pergi hantar Akiff ke asrama di Tanah Merah... turun dari rumah pukul 5.00 pm, tetapi round cari nasi untuk roomatenya, tambah dengan berhenti di petrol Station, pukul 6.00 baru keluar dari bandar KB. ingatkan nak beli bahulu untuk member-member yang masih ada di asrama, tetapi sayangnya kedai bahulu dan tutup!

Sampai di asrama, terus balik kerumah....masih teringatkan Adam yang masih demam hanya bersama kakaknya dirumah. Tetapi tak sampai 20 minit, Akiff call..... beg duitnya tertinggal dalam kereta!

Kalau pusing balik, pasti tak sempat maghrib dirumah, so CM berjanji untuk hantar besuk... IC tak ada... macam mana nak exam!!

Mungkin sebab niat CM nak bawa bahulu pada member-membernya tak kesampaian pada hari ni... Tuhan beri peluang sekali lagi untuk esuk.... Barangkali!!

Thursday, December 10, 2009

Kuala Terengganu.....

Alhamdulillah...
sudah selesai 3 hari bermesyuarat pemilihan pelajar ke SRK JPN Kelantan di Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu.
Tahun ini banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan! Daripada 5-6 hari berkampung di hotel sebelum ni, dipendekkan menjadi 3 hari, dan daripada 6 orang ahli bagi setiap sekolah pada tahun-tahun  sebelum ini dikurangkan menjadi 2 orang sahaja.. Terima Kasih kepada Unit ICT Jabatan Pendidikan Kelantan yang memudahkan kerja-kerja kami semua..

CM bertolak kerumah bonda pada petang selasa, tinggalkan semua anak-anak dan bertolak ke Kuala Terengganu pada pagi rabu. Pada petang tu, tiba-tiba Akiff telefon.. kata nya dia dah dirumah... balik dari Asrama sementara menunggu paper yang seterusnya.
Alahaii... kesiannya... terpaksa duduk sorang-sorang kat rumah!
Walau pun dah diberitahu, dan dia berjanji tak akan balik selepas paper kimia, tetapi dia boleh lupa!
Nasib baik ada kunci rumah!!

So, selapas mesyuarat tadi, CM terus bertolak pulang, singgah rumah bonda ambil anak-anak dan terus balik KB. Tan sempat nak round bandar KT pun.

Kuala terengganu adalah tempat lepak CM dulu... belajar di SESMA dari form 1 hingga matrikulasi, dan outing setiap minggu. Tetapi hari  ini Kuala Terengganu seperti bandar yang belum pernah CM pergi..... nasib baik tak sesat..
ingatkan nak contact member lama.... Jie, Dini, Jah, fabilah.....Oh.... tak sempat!!

Sunday, December 06, 2009

KB Mall runtuh??

Itu berita yang CM dengar bila anak CM balik  pukul 5.00 pm tadi..
katanya dia sedang makan di McD, tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat & suara bising orang ramai... mengatakan KB Mall runtuh...
semasa they all ditempat parking kereta, masih terdengar bunyi benda jatuh...

CM cuba confirm dengan cikgu Rosman.. biasanya orang lelaki lebih cepat tau berita...
tapi dia pun tak tau lagi masa tu...

Lepas setengah jam, dia contact CM semula...memang ada runtuh... tapi tak tau seserious  mana...Ada orang langgar tiang/dinding kat parking bahagian atas.... entah macam mana boleh runtuh.... dengar khabarnya ada seorang maut..kereta tu jatuh... mungkin hingga ke basement. CM tak pasti..

Apap pun  kena tunggu berita malam nanti!

Saturday, December 05, 2009

layan jerr..

kerja sebenarnya masih menimbun....
baru siapkan markah untuk final exam form 1 2009.... dah rasa beban terlepas!!
sedangkan kerja-kerja untuk 2010 belum bersentuh

hmm... CM kena siapkan rancangan tahunan dan Modul P&P untuk form 2..... dah banyak kali google dalam internet, tak ada pulak! kenalah taip sendiri...
Laptop baru ni tak tahu nak cari equation editor kat mana.. belum di install lagi, sedangkan biasanya di datang sekali dalam ms office.
macam mana nak menaip untuk modul P&P matematik??? ada yang boleh tolong CM???

Last-last, CM layan jerr movie yang ada ...,malam tadi dah tengok the Proposal.
masih ada banyak lagi.. termasuk drama korea Iris..he..he..
Kalau betul-betul layan... tak berbloglah CM.

Dulu masa ada bibik... hari-hari dengan drama korea....
Missed bibik for that part!!!

Friday, December 04, 2009

tribute untuk AJMT

bangun pagi tadi terasa sunyi... anak-anak semuanya tarik selimut selepas solat. Hujan-hujan begini, kalau baring-baring akan terzzzzzzzzzzzzzzzzzzlah jawabnya..
CM meredah alam maya dan ter'lepak' di blog roza. Sebenarnya dah beberapa jadi silent reader dia, tapi hari ni CM baca kisahnya dari awal.
Hmm.. menyebabkan terimbau kenangan lama.. kisah 27 tahun lepas.. masa menjadi freshie di UKM..dan umur pun hanya 19 tahun...

Nak jadikan cerita, masa daftar CM tidak diberikan skaf batik ( kerana kehabisan ) dan pada paginya sewaktu berkumpul, CM ditegur oleh Pengarah Suaikenal kolej disebabkan itu..
dan akhirnya dia sendiri yang menghulurkan skaf pada CM selepas itu..

Episode bermula selepas itu....
Kisah bermula dengan sekeping kad hari raya berwarna merah hati yang dipos daripada pejabat pos UKM.
CM tidak pernah bercakap dengannya secara direct atau one by one... mungkin disebabkan dia adalah pimpinan pelajar dibawah satu jamaah islam, dan CM juga dididik dengan tegas oleh arwah ayah, ( seorang ustaz dan juga pemimpin politik yang berpengaruh ) mengenai pergaulan lelaki & perempuan... (ha..ha.. itu yang menyebabkan che long bertunang masa form 4..he..he.. sorry che long.....!)
maka kami hanya berhubung melalui nota yang diletakkan didalam kotak surat (Lupa.. beberapa kali CM menerima surat daripadanya tetapi hanya beberapa kali CM balas...)


CM pernah disindir oleh kakak senior (orang kelantan juga) disebabkan hubungan ini.... tetapi CM tak kisah apa pun masa tu.., akhirnya CM tahu yang kakak tu adalah ex-nya. mereka putus sbb tidak mendapat restu keluarga kakak tersebut .....dulu-dulu orang kelantan susah untuk menerima orang luar jadi menantu!!
( CM pernah jumpa kakak ni semasa sama-sama menerima APC tahun 2003.... tapi tengok dari jauh jer, tak berani nak tegur..)

CM lupa bagaimana CM boleh berpisah dengannya.. tetapi bila dah agak ramai senior yang tahu kisah ini.....CM rasa tak selesa dan agak marah, seolah-olah dia nak main-main!
Bagi CM ( masih budak-budak masa tu... relationship kita tak perlu orang tahu, sedangkan dia dah menceritakan segala pada kakak senior.. mungkin untuk release tension sbb CM tidak melayannya dengan baik kut....)

Kenapa tidak melayannya?? sukar untuk dijelaskan.... bukan tidak ada rasa terdetik di hati.. tetapi semuanya kabur...
bila dia tanya jawapan.....CM senyap, Bila dia ajak berjumpa di PUSANIKA, CM angkut 4 orang kawan bersama.... sukar untuk dia berkomunikasi dengan CM sebenarnya..
Akhirnya dia senyap, dan CM senyap!!

Habis semester pertama, dia keluar dari UKM.... tak sempat nak habiskan honours, mungkin dah dapat kerja...., atau mungkin frust ( kata kawan CM, Nik) he..he..
...Dan CM terasa kecewa bila dapat tahu dari Kak Siti Hawa, bahawa katanya yang CM menolaknya kerana standard... dia dari fakulti Islam, sedangkan CM dari fakulti Sains

Selepas tu CM dapat tahu dia jadi pegawai HEP sementara di ITM Shah Alam. Jadi Kaunselor... dan kisah CM dengannya diceritakan pada studentnya yang sekampung dengan CM... masa tu baru CM tahu yang dia betul-betul frust dengan CM... ( eh, jahatnya aku, itu yang CM fikir masa tu... )

Kami berpisah sebelum ada hubungan yang betul-betul rapat..
Dan kami berpisah tanpa sebab...


Kisah ini yang memulakan CM menjadi remaja dewasa...
Tribute untuk AJMT dari masjid Tanah, Melaka.
(Pengarah Minggu Suaikenal Komsis C, UKM tahun 81/82 )

Wednesday, December 02, 2009

hujan o hujan...

dari semalam hujan ... matahari masih malu-malu....
bangun pagi tadi.. masuk dapur tak ada satu apa pun yang boleh dimasak untuk sarapan.. malam tadi dah bancuh tepung untuk goreng cakoi, tapi hujan-hujan ni perut terasa lebih besar..cakoi terasa macam tak cukup! ahaks!

CM angkut 2 hero kecil CM, Amar & Adam ke dalam kereta, nak cari kedai nasi berlauk...
Ohho.. nak ke kereta pun dah kena mengharungi air hujan di dalam garaj paras buku lali... atas jalanraya banyak betul tempat yang terpaksa meredah air...
dan bila tiba ditempat yang dituju.. 1 payung CM rosak gara-gara si hero yang berlagak pandai....... Buka payung dalam kereta.... habis bengkuk lidi-lidi kerangka payung.... dan akhirnya kami terpaksa berkongsi payung!!

hujan masih tidak berhenti-henti... sekarang ni air longkang rumah CM dah melimpah.
Nasib baik semua urusan borang pendaftaran tingkatan 1 2010 disiapkan semalam... sepagi CM disekolah...
Hari ini boleh malas-malas dirumah.... tak payah meredah hujan.. mengharungi air kesekolah lagi...

Adik CM kata ' ikut ramalan cuaca, kalau banjir awal bulan disember, mungkin akan jadi banjir besar... sbb pada masa yang sama air laut pasang besar'
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.. tak ada apa yang nak dirisaukan...
sebab rumah CM tak terlibat dengan banjir.... cuma banjir air hujan je...

minta-mintanya... jangan lah hujan lebat pada 9 & 10 Dis ni.... CM kena attend mesyuarat Sekolah rancangan Khas di KT...tak best nak drive dalam hujan sorang-sorang..... takut tersekat air banjir!!

Sunday, November 29, 2009

3rd Aidil Adha

Hari raya ke tiga...
Orang lain mungkin masih berehat-rehat menyambut hari raya aidil adha,
tapi CM seawal 8.30 pagi sudah berada di dalam kereta untuk menghantar Akiff ke asrama.. besuk paper Biologi..Good Luck dear!

Sampai kerumah dah hampir pukul 11.00 am. Aliaa pula bersiap untuk di hantar ke Bus station.. basnya ke Arau akan bertolak 11.30 am.

Balik kerumah... banyak yang menanti bagi seorang ibu yang ketiadaan bibik... sentuh itu, sentuh ini, dah masuk zohor.

Jam 2.00 pm CM akan mengikut rombongan pengantin perempuan ke majlis menyambut menantu. Anak saudara CM ( sebelah arwah suami ) akan bertandang ke rumah suaminya di Pengkalan Chepa. Balik dari kenduri dah masuk waktu asar, dan CM terpaksa pula menghadiri majlis kenduri jiran sebelah rumah . Perut dah penoh, tetapi pergi jugalah untuk tunjuk-tunjukkan muka....

Sekarang baru boleh duduk berehat sekejap...

Untuk Anak saudara CM...
Siti Kamilah dan Ahmad Faris

SELAMAT PENGANTIN BARU,
SEMOGA BAHAGIA SENTIASA.Gambar pengantin minggu lepas... bersama dengan Ani & Kak Ah..
( Hari ni tak sempat nak snap gambar.. terpaku dek pertunjukan silat )

Saturday, November 28, 2009

cerita cuti 3 -Hari Raya Korban

Aidil Adha tidak akan meriah tanpa ibadah korban.

Sebagaimana tahun-tahun lepas, 7 orang daripada anak-anak bonda berpakat untuk melaksanakan ibadah korban seekur lembu di rumah bonda...

Meriah....

menyembelih dan melapah lembu....

memotong daging
dagung korban selepas digoreng
dan digulai
tulang yang di singgang
sebahagian daging untuk dibahagi-bahagikan kepada jiran tetangga
makan-makan selepas penat berkerja....
kanak-kanak juga kelaparan
....dan bonda tersenyum senang...., sebelum
anak cucu beredar balik kerumah masing-masing...

SALAM AIDIL ADHA UNTUK SEMUA!

Thursday, November 26, 2009

cerita cuti 2

hari ini buka supermarket di kawasan rumah... kain baju yang dibawa balik daripada rumah bonda
baru boleh disidai .... semalam baru matahari bersedia menunjukkan muka cutenya!
petang semalam anakanda bawa pulang satu beg besar kain kotor dari asrama.... nak exam, baju tak sempat nak basuh ( hish... kuat betul study anak teruna ni...)

Kesian mesin basuh tu... berkerja keras dari semalam.... tak berhenti-henti berkerja!!

maka hari ini terpaksalah pasang tempat sidaian kain tambahan.. segala tali dan dawai yang ada terpaksa digunakan, bimbang besuk matahari malu semula... dan awan bersedih menitiskan air matanya kembali!

Lagi pun, petang ni CM akan balik kerumah bonda semula... menyambut hari raya korban disana
........selamat menyambut hari raya aidil adha, Maaf zahir & batin!

Tuesday, November 24, 2009

cerita cuti 1

hari khamis bermula cuti sekolah, CM dan anak-anak pulang kerumah bonda untuk majlis kenduri kahwin anak lelaki kakak CM, iaitu Kimi & Hani...

Perkahwinan di musim tengkujuh (klik di sini untuk kisahnya) ......

hujan yang lebat menyebabkan sekitar rumah bonda & rumah kakak CM dinaiki air, orang-orang tua risau memikirkan masaalah kenduri, anak-anak kecil berpesta main air banjir.....jalan depan rumah bonda...


Selepas bermain air ....lapar!!!!

kenduri yang paling bermakna...
orang yang sepatutnya memasak gulai tidak dapat hadir kerana tersekat air banjir......
ayam yang sepatutnya siap digoreng, hanya diterima dalam bentuk ayam mentah kerana rumah tukang masaknya banjir....
maka semuanya menjadi tukang masak bidan terjun....
nasib baik anak-menantu bonda ramai..... dan jiran-jiran terdekat turun membantu...
yang paling menjadi kenangan.... tetamu yang datang terpaksa mengharungi air untuk ketempat kenduri!Apa pun... selamat berbahagia buat
AMIR HAKIMI & HANI SUHANIZAN

Tuesday, November 17, 2009

dinner punya hal....

Semalam Kelab Guru dan Kakitangan sekolah CM adakan Annual Dinner 2009.sempat posing sebelum tetamu tiba..

Seperti biasa, ada persembahan nyanyian drp guru-guru yang sporting, cabutan bertuah, hadiah mangkuk misteri, hadiah meja misteri dll. cabutan bertuah guru hanya sempat 9 cabutan.

Yang lain-lain di buat pagi tadi di bilik guru.... best jugak, sbb hanya geng kita orang jer yang ada, tanpa pembesar-pembesar negeri.

Balih dari dinner semalam, lebih kurang 10.45 pm terus masuk dapur... kononnya nak masak puding untuk jamuan kelas Iqah ( sebelum dinner dah suruh Kak Ah beli bahan-bahannya ). Bila siap dimasak......adui... tak nampak macam nak jadi puding...macam air jer.. check punya check, rupanya Kak Ah terbeli serbuk agar-agar yang lain. Tanpa membaca direction pada cover, CM terus buat ikut cara biasa. Direction dia suruh masukkan 2 gelas air, resepi CM masuk 5 gelas air...terpaksa ubahsuai masuk kan roti dan kastard....siap hampir 12.15 am. bila tengok pagi tadi, masih tak dapat di potong dengan cantik. Akhinya telefon mak long supaya dia tolong belikan kuih & hantar ke sekolah iqah...

kesimpulannya kalau letih....mental tak bersedia untuk memasak.... jangan memasak!

Apa pun. layan jer gamabr yang sempat di ambil masa dinner semalam... baju CM sama dengan tema alas meja... putih merah! ha..ha...

menunggu...


dan masih menunggu


special....
meja CM hanya 7 orang...
tapi kebanyakan makanan yang dihidang untuk 10 orang tu habis... kecuali nasi goreng..
Chinese style... bila sampai nasi, perut dah penoh...

Monday, November 16, 2009

my new lappy...

tengahari tadi dah beres semua kerja penandaan kertas.
huh..betul-betul lega!dalam dua minggu ni semua kerja bertangguh, hinggakan komen di n3 yang lepas tidak berbalas..Thanks semua!
Dan nasib baiknya dalam seminggu ni, anak-anak diUNITEN & UiTM dah mula cuti... urusan masak memasak dipikul oleh mereka berdua. Apa nak jadi pun kira okeylah.. adik-adik balik sekolah dah ada makanan.

Balik dari mesyuarat tadi, CM tidak terus ke sekolah.. tapi ke kedai komputer. Ingat nak tengok-tengok laptop baru.. menggantikan laptop yang rosak di kedai komputer baru-baru ni... Hantar ke kedai untuk reformat sbb terlalu slow,tetapi jammed terus!! Laptop masih dikedai tu... cuma mereka yang called mengatakan laptop dah rosak... apa nak buat, walau pun dalam hati membara jugak....Sabar CM!!!! mujur jugak umur lappy tu dah lama...

Dari tengok-tengok, akhirnya terlekat satu...habis lah duit simpananku..
CM dah ada laptop baru....he..he..he...rajinlah update blog nanti!
Lagi pun next year Akiff dan Aliaa akan masuk U, kena beli jugak untuk dia orang....so yang ni kira advance untuk dia orang... itu pun masih kena tambah lagi satu.....

Next year CM kena guna Laptop sekolahlah pulak... hu..hu..

Wednesday, November 11, 2009

kursus di hujung tahun

CM dengki dengan CkLah yang students PMRnya memenuhi ke kawasan sekolah hingga kehujung tahun...
Di 'dunia' kami, selepas 2 minggu, program selepas PMR hanya tinggal di atas kertas, tidak ada pelajar untuk dilaksanakan!

Semalam CM didatangi oleh PKKo untuk mencari pelajar tingkatan 3 bagi menghadiri kursus pengurusan kelab sukan dan permainan selama 3 hari di Tok Bali. Alahai... punyalah susah untuk mencari pelajar yang berkepimpinan dan aktif bersukan. Sebut beberapa nama , semuanya tak ada disekolah. Akhirnya tangkap muat aje... nasib baik ada!!

Kemudia ada lagi satu surat yang dihulurkan kepada CM, meminta 10 orang pelajar tingkatan 3 untuk bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bagi menanam semula spesies paya bakau di daerah Tumpat pada hari khamis 12 nov. Ini tidak susah...... sape-sape pun boleh pergi! CM cuma hulurkan kertas, tulis nama siapa yang nak pergi! Briefing sedikit sebanyak tentang pakaian dan sebagainya, semua settle.

And then, kaunselor pula datang... minta dicari 4 orang pelajar tingkatan 3 bagi menghadiri kursus keselamatan jalanraya, di SMK Chengal. Adush.... cari jer sape-sape yang berhajat nak menaiki motorsikal kesekolah next year , semua boleh pergi!
Sorry inche kaunselor.... CM dah tak tau nak bagi nama siapa. Kenalah cari sendiri..... (betapa sukarnya mencari pelajar yang selayaknya daripada 224 calon PMR)... semuanya ghaib!!

Ynag menjadi masaalahnya, kenapa akhir tahun baru semuanya nak buat kursus! semuanya last minute!
Nasib baik ada pelajar tingkatan 3 .... yang lain semuanya final exam.
Dan esuk, lusa...CM tak ada disekolah.....pandai-pandailah budak-budak... jaga nama baik SIC!!

Tuesday, November 10, 2009

sales??

sudah sampai ke penghujung persekolahan 2009, dan 90% tugas telah di sempurnakan.
Tunggu kertas jawapan students tingkatan 1J & 1.. itu pun hanya 18 + 21 orang. InsyaAllah dapat diselesaikan sebelum cuti!

Minggu ini CM boleh bernafas dengan lega! UNITEN sudah mula cuti, dan Adam sudah ada yang menemaninya di rumah!

Hikmah daripada ketiadaan bibik...
anak-anak sudah mula membuat kerja masing-masing.....
pinggan mangkuk masing-masing basuh sendiri...
baju masing-masing gosok sendiri...
Alahai...
suara CM bergema dalam rumah,
kalau tidak dipesan, tidak diperingatkan...tak tahulah apa akan terjadi!
CM pun sudah mula berjinak-jinak dengan dapur semula
minggu lepas dah siapkan puding pelangi, resepi daripada cikgu GSTT.
Petang tadi sempat pulak masak kek kukus masam manis.....

tetapi kalau ada yang ingin bertandang kerumah buat masa ini
jawapanya nya masa belum sesuai.......
kain baju masih seperti dalam supermarket semasa sales!!

Siapa mahu membantu!!!!!!

Monday, November 02, 2009

jadual waktu baru......

Sudah 10 hari bibik balik.... dan rasanya dia tidak akan kembali kerana masaalah passport!
sejak arwah suami CM meninggal 3 tahun yang lepas, bibik sentiasa ada untuk membantu.
Bila dia tiada, terasa sangat kelam kabutnya....
24 jam terasa begitu singkat!!!

Nak siapkan macam-macam!
kerja rumah....
kerja sekolah.....
makan anak-anak....
gosok baju...
hantar anak
ambil anak
dan 1001 macam
Anak yang besar semua kat asrama!

Blog ni pun masuk dalam senarai....
agaknya ada ke masa nak menjelajah blog!

Nasib baik Naseef sudah habis PMR..
tugasnya menjaga Adam sementara tunggu cuti universiti.
Dia suka..... sebab tak payah cari alasan untuk tidak kesekolah!!!

Thursday, October 29, 2009

Hanya ujian........

ahad lepas dah decide nak balik rumah bonda petang ni, tetapi malam tadi tiba-tiba Akif call suruh ambinya diasrama, ada masalah dengan mukanya...

so, balik sekolah tadi, around pukul 3.00 pm terus pecut ke Tanah Merah, ambil nya dari asrama dan bawa ke klinik pakar kulit...( huh... mahalnya bayaran! Tapi biasa ler kalau dah namanya pakar , cuma CM tak terfikir pula semahal itu bayarannya!!)

bila siap semuanya, kereta pula buat hal... tak boleh nak start! Dan lebih mengharukan, CM tak tahu apa-apa pasal kereta... hanya tahu drive dan isi minyak....
Dalam kekalutan itu, CM sempat telefon adik yang berada di kampung, dan pastinya tidak dapat menyelesaikan masalah

Tetapi Allah mempermudahkan jalan... rupanya kereta CM park betulbetul bersebelahan dengan sepupu arwah suami, dan kami berjumpa semasa dia mahu pulang. Rupa-rupanya officenya adalah diatas bangunan yang sama!

Alhamdulillah... dia yang menguruskan semuanya.... memanggil mekanik ( atau kawannya??), dan selepas diperiksa hanya masalah bateri! Dia & kawannya yang pergi membeli bateri kereta, menggantikannya sehinggalah kereta hidup semula sewaktu azan maghrib berkumandang.

Dan Alhamdulillah juga, tempat berlaku ini adalah berdekatan dengan bank. Taklah sukar untuk CM membayar harga bateri , walau pun duit didalam poket sudah dihabiskan kepada doktor!
Semasa di bank, secara tak sengaja, terjumpa pula student CM, Afiq and her mother yang juga ingin berurusan dengan mesin ATM. Baiknya mother dia.... mereka menunggu CM dari awal hingga akhir, sehingga CM bertolak pulang kerumah!

Didalam kepenatan dari subuh hingga maghrib, dengan ujian yang diberikan Tuhan, tetapi Dia masih permudahkan jalannya....

janji tetap janji.... Anak-anak sudah bersiap untuk kerumah bonda... dan kami akan bertolak selepas solat Isya nanti.
Semoga Allah mempermudahkan lagi perjalanan hidup kami...

nota: sudah seminggu bibik tiada.... hidup masih dalam kelam kabut!!!

Saturday, October 24, 2009

pelik bin ajaib.....

penapis air yang hilang dah dikembalikan...
yang peliknya, ia ada semula di dalam kereta, sedangkan sebelum tu, dah cari disegenap penjuru!

Yang tahu penapis tu hilang hanyalah bibik...
kemudian bonda sebab telefon untuk confirm benda tu tak tertinggal dirumahnya.
dan hanya pembaca blog ini....

Mungkin kah bibik yang menyoroknya...
Tetapi tak sempat nak buat soal siasat...
sebab dia dah bertolak balik malam tadi.!

Apa pun.... rezeki masih ada. Alhamdulillah.

Hari ni CM dah mula sejarah baru..
hidup tanpa bibik....
Aduii....
agaknya blog ni nanti bersemak samun...
kerja-kerja rumah pun tak sempat nak bereskan untuk masa 24 jam sehari!!!!

Monday, October 19, 2009

kemana ia menghilang.....

Dua minggu lepas, CM ke rumah bonda,
kakak daripada Perlis balik kampung ( hari raya baru-baru ni suaminya tak dapat cuti, dan kali ini baliknya sebagai ganti )

Baliknya bersama penapis air Bio Aura... dah lama dia minta CM menggunakan penapis air ni... akhirnya terpujuk juga!!

Semasa mahu pulang, Bonda masukkan kotak Bio Aura ke dalam Bonet kereta, sedangkan barang-barang lain CM hanya letakkan pada seat belakang Avanza kami.

Bila tiba dirumah seperti biasa bibik mengangkat semua barang...

dan selepas dua minggu.... pagi semalam....

'bibik, kat mana bibik letak penapis air?'

'penapis air apa?'

'kotak yang ambil kat rumah mak minggu lepas..'

'tak ada pun....saya tak bawa naik kotak.... saya hanya ambil kain baju'

'????"

CM cuba check semula dalam bonet kereta, walaupun 200% pasti ianya tak ada disitu...dah beberapa kali bonet bereta tu telah di isi dengan benda lain selepas itu!

Kemana ia menghilang??
Siapa yang 'mengambilnya'

Alahai..... bayar pun belum lagi... barangnya sudah hilang
harganya??? dekat separuh gaji bulanan CM..

bila Allah nak tarik rezeki.... dalam satu saat saja boleh berlaku...
Redha sajalah....
pasti ada hikmah disebaliknya!
(ayat memujuk diri yang paling baik....)

Thursday, October 15, 2009

Maha suci Allah...

Tadi CM menerima satu e-mail yang difowardkan oleh cikgu Rosman, dan bila membacanya, rupa-rupanya ia adalah daripada seorang rakan lama di SESMA hampir 30 tahun yang lepas, Tolahah Muda yang senior setahun dari CM.

CM cuba memasuki websitenya , dan inilah yang dapat CM kongsi dengan semua yang mengunjungi blog ini.. ( kejadian ini berlaku di Terengganu )




Kira-kira pukul 10.15 tadi (30.9.09) saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh kakak ipar menyuruh saya turun ke bawah melihat satu fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi. Sungguh menakjubkan… tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan bila saya melihat kembali gambar yang telah dirakam melalui LCD…. nah terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan. SubhanaAllah… Maha Suci Allah.




Wednesday, October 14, 2009

terurai sudah.....

segalanya sudah terurai.....
dan sepatutnya otak sudah rileks.....
tetapi kenapa ia tidak berlaku???

PMR sudah lepas...
Yang dinanti-nanti sudah tiba..., dan sudah berlalu!!


Kenapa fikiran tidak dapat lari dari memikirkan ketidaksempurnaan yang berlaku???
Dan itulah sebenarnya menyebabkan kita tension!!!


Aduhai....

Kelmarin PMR tamat...
semalam ke mahkamah lagi.....
Dan hari ini penantian berakhir...

Tetapi semuanya tidak sempurna!
Dimana silapnya????


Apa yang perlu hanya tunggulah keputusannya nanti.....................

Sunday, October 11, 2009

program 'on call' untuk math...

hingga ke hujung waktu....

esuk, anak-anak calon PMR akan bejuang dengan nombor-nombor... menjawab kertas matematik!
dan kami cuba membantunya sehingga saat terakhir!

Pagi sabtu kelmarin, masih ada program untuk pelajar yang belum memperolehi gred A & B... kemudian bersambung pula pada pagi tadi.
Alhamdulillah... walau pun bukan diwajibkan untuk semua pelajar, tetapi kehadiran amat menggalakkan. Cuma yang menyedihkan, pelajar yang sepatutnya hadir tidak hadir, pelajar yang tak diwajibkan ramai pula yang hadir.... bagaimana nak meningkatkan prestasi????

Sekalung ucapan terima kasih kepada Penolong PPD KB ( bhg Sains & matematik) Cik Hajjah Zakiah Idris yang sama-sama turun padang, sanggup menjejakkan kaki SIC walau pun cuti hari sabtu hanya untuk melihat dan bersama pelajar! Kami menghargainya......

Semoga mereka semua memperolehi kejayaan.....Amin!

Monday, October 05, 2009

SELAMAT MENEMPUH PMR ANAK-ANAKKU!

Huh...sibuk keterlaluan...sehingga mengubah jadual harian...
Blog pun tak sempat nak menjengah... masih entri 1st day raya... sedangkan hari ini dah 15th day raya!

sibuk Program PMR, sibuk jamuan Hari raya, sibuk menyediakan perkara itu, sibuk menyelesaikan hal ini...

Tinggal sehari lagi PMR bermula.
Dan anak-anak pelajar ada yang sudah berubah... Alhamdulillah

Yang masih belum berubah, masih ada masa...tak akan terlewat untuk berubah walau pun hanya ada kurang daripada 48 jam lagi...

Semoga anda semua akan menggenggam kejayaan.

Thursday, September 24, 2009

1st DAY RAYA.....

SALAM AIDILFITRI...
Kesibukan dihari raya menyebabkan tak sempat nak membuka blog....

CM beraya dirumah Bonda, bertolak pulang ke kampung pada hari Sabtu
dan terus pulang ke KB pada pagi hari raya kedua.

Aidil Fitri yang meriah, walau pun 4 daripada adik-beradi CM beraya dirumah mertua masing-masing!

Malam raya adalah upacara membakar bunga api...

kecil, besar, tua & muda berkongsi gembira...
yang besar membantu yang kecil, yang tua menjaga yang muda!

Selepas solat Aidil Fitri... semua berkumpul untuk bermaaf-maafan,

dan bersalam-salaman,

untuk anak-anak kecil & golongan remaja,
proses mengumpul duit raya

kemudian acara makan-makan.....
lemang, ketupat, satay, nasi dagang, nasi minyak
( semua ada )

dan seterusnya acara berposing didepan kamera...
huh...banyak betul kamera.... satu family satu kamera, ditambah dengan kamera telefon..

dan akhirnya bergambar dengan family masing-masing!

CM dengan anak-anak!
tema tahun ni warna oren, ada yang lari tema
tetapi masih dalam tone yang sama...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2009
MAAF ZAHIR & BATIN

Friday, September 18, 2009

SALAM LEBARAN


UNTUK SEMUA YANG PERNAH MENGUNJUGI BLOG CM
MAAF ZAHIR & BATIN


Sunday, September 13, 2009

menanti di barzakh.....

Lagu ni dah banyak kali terdengar di radio... tetapi tidak pernah kisah pada lirik lagunya!

tetapi bila Iqah menceritakan dia menangis teresak-esak bila guru muziknya menunjukkan video lagu ini, menyebabkan CM tertanya-tanya..
kenapa ??



mungkin ada sebab yang menyebabkan dia sedih...

tetapi bila menghayatinya liriknya...
lagu ini penuh keinsafan.....
semoga kita dapat ambil iktibar daripadanya!

Friday, September 11, 2009

rajin nya???

jumaat yang panjang....... dengan otak yang lega, kerja sekolah tak payah difikirkan...
dari pagi tidak ada apa yang nak dibuat...

akhirnya buka kotak jahitan....
masih ada 2 helai tudung bawal yang belum berjahit, dan rasanya hari ini dan esuk penoh dengan agenda jahit sulam tudung.

dan selepas s zohor, angkut Amar & Adam ke Bilal....kutip bahan-bahan untuk buat biskut.
Pukul 3.30 baru mula menguli adunan... erm..pastinya tak sempat nak siapkan, so, kena bungkus adunan dan masuk peti, to be continued tomorrow.

Kenapalah CM rajin sangat hari ni... tapi semuanya kena bersambung besuk..
Kalaulah besuk malas nak buat... tak taulah apa yang berlaku?????
Ahad dah sekolah semula.. hu..hu..

Wednesday, September 09, 2009

amin......

hari ini agak rileks....
masuk kelas untuk latih tubi... dan sempat lagi buat kelas tambahan untuk pelajar gred C & D.
Sampai terlupa ada mesyuarat AJK Penyampaian KWAMP ....
hinggakan terpaksa di panggil melalui telefon. Adui... CM betulbetul dah jadi pelupa!
(
maafkan saya wahai PK HEM ....eh...eh..dia tak baca pun blog ni....)

Sebelum itu ada perbincangan AJK Kecemerlangan PMR dengan kaunselor. Kami (Sir pathi, YM Tg Muni, Ustz Fittriyyah, Su Samanaih dan CM) berbincang pasal perancangan program untuk calun PMR, bermula 10/9/2009 sehingga hari PMR, termasuk 2 hari cuti diantaranya...
Program full...
yang belum pasti hanyalah commitment pelajar!

Inilah yang dikatakan guru lebih laju dari pelajar....
semoga Allah kurniakan kejayaan kepada mereka hasil dari kesungguhan kami.....
Amin.......


Monday, September 07, 2009

.......begitulah!!

esok dah nak sekolah semula...hari ni cuti nuzul quran.
aduish.... kalau boleh nak duduk jer rehat kat rumah....tension!!!

4- 5 hari lepas kerja terlalu penat... dan terlalu banyak kesilapan yang dilakukan.

hari Ahad minggu lepas ( 30 ogos ) dapat surat drp PPD nak analisa trial Exam PMR pada 3 sept, sedangkan pihak sekolah menetapkan 9 hb serah markah kepada form teacher.

hari isnin 31 ogos..cuti! so, markah paling awal form teacher dapat pungut daripada guru subjekpada 1 sept, dan CM boleh dapatkan daripada form teacher pada lewat tengahari.
tetapi nak jadikan cerita, sistem komputer bilik peperiksaan jam..., so CM tak dapat nak import data untuk bereskan kerja dirumah pada hari tersebut.

2hb CM mula key in markah... 224 orang dengan markah lapan & sembilan subject.... dan akhirnya siap pada waktu tengahari. Bila disuruh pelajar semak...terlalu banyak kesilapan kerana markah asal adalah markah daripada guru sebelum perbincangan dengan pelajar. Dan ada guru tingkatan tersilap menulis markah kerana senarai nama tidak sama dengan senarai nama asal.

Pagi 3hb CM betulkan semula markah pelajar, satu demi satu dan kelas demi kelas..... ( dan CM mendapat tahu, melalui panggilan telefon, analisa mesti dihantar sebelum jam 1.00 pm).
Kerja dalam keadaan stress, tatapi semuanya beres sebelum jam 1.00.

Kemudian maklumat itu ( tanpa disemak oleh guru subjek ) CM pindahkan ke Excel mengikut format yang PPD kehendaki... ( kerana excel mudah, masuk jerr formula, peratus & jumlah akan keluar sendiri ) dan faxkan ke PPD, dan hantar salinan kepada pentadbir.
Alhamdulillah, rasa lega selepas dua hari bermain dengan nombor di depan komputer.

Semalam ( Ahad 6hb ) , baru CM diberitahu bahawa maklumat yang dihantar ada kesilapan...
CM tersilap taip nombor, menyebabkan peratus kelulusan menurun lebih daripada 10%.
telefon PPD untuk betulkan.... ( maaf, itu kecuaian CM )

Kemudian, bila dianalisa oleh guru subjek... adalagi yang salah..... sistem yang silap atau apa???
markah yang CM betulkan sehari suntuk pada hari rabu, ada yang tidak dibetulkan..., yang keluar adalah markah asal, yang TH diberi gred E, menyebabkan banyak analisa menjadi silap!
haru jadinya.......

Sekali lagi CM berkurung dibilik peperiksaan untuk betulkan markah, dan kecewanya bila sekali lagi perkara yang sama berlaku. Pembetulan tidak diterima oleh sistem.
Penuelesaiannya terpaksa rujuk SUP, dan akhirnya kami menemui penyakitnya.... pada markah sains. Mungkin Penganalisa sekolah lain menerima program SPP yang sama .
Lewat tengahari itu, SUP terpaksa menghantar semula analisa ke PPD .
(Ampunkan saya SUP.......)

Bayangkan.... 3 hari berkurung di bilik peperiksaan.... tetapi menghasilkan kerja yang boleh dibakulsampahkan......

Dari tahun 2003 CM buat kerja analisa ni, tak pernah terjadi begini!!
sedih... kecewa.... tension!!!

Esuk mesyuarat post mortem..... hu...hu..hu... Takut!!!!!

moral of the story;
tahun depan CM dah tak boleh jadi penganalisa, dah tua....lantiklah orang muda.

Friday, September 04, 2009

Ramadhan 2009 - untuk contest Jard!

teringin nak masuk contest yang di buat oleh jard.

ingatkan nak masukkan gambar semasa berbuka beramai-ramai dirumah bonda sempena hari kebangsaan, tetapi tak ada pula muka CM di dalam banyak-banyak gambar tu.... biasalah....bloggers biasanya menjadi cameraman!

dan kebetulan petang tadi sepupu CM menjemput CM sekeluarga berbuka puasa.
(thanks Azimah & Amran.)

tempat:
Dewan Z & H Inn, Kota Bharu

Menu :
Buah Kurma , kuih Akok & air bandung
Nasi Putih, singgang tulang, ayam goreng
Ikan rebus goreng, telur masin
budu, sambal belacan & ikan bakar tawar
berserta ulam-ulaman
termasuklah petai, kacang bendi & terung yang dicelur,
pucuk gajus, ulam raja, dll.

jemputannya lebih kurang 250 orang, ramai juga yang CM tak kenal pun. he..he..


saat berbuka puasa petang tadi bukanlah the best moments of Ramadhan ( tajuk contest), tetapi ia lebih kepada merungkai kenangan silam... momen-momen indah di bulan ramadhan sebelum ini.
CM bersama Amar menunggu saat berbuka, disebelah tu adalah ibu saudara CM
( Iqah tidak ada dalam gambar kerana terpaksa menjadi Cameraman.)

CM sudah lama tidak berbuka puasa di luar, sama ada hotel atau restoren.
Sebelum arwah suami CM meninggal, ( dia meninggal sehari sebelum puasa 2006 disebabkan accident)
selalu juga kami mengadakan makan-makan atau berbuka puasa di luar.
Tempat makan seperti Restoren Syam, Oriental, Restoren terapung Sri Tujuh & Four Season biasanya menjadi pilihannya. Sebelum meninggal, dia ada menyebut untuk membawa kami ke New Horizon ( masih baru pada masa tu...) tetapi tidak kesampaian.

Mungkin tidak sama dengan keadaan sebelum ini yang riuh rendah dimeja makan, kali ini CM hanya bertiga, iaitu Amar & Iqah... dan kedua-duanya sepi seribu bahasa. Lebih-lebih lagi bersama dengan ramai orang yang tidak dikenalinya. Anak-anak lain masih di asrama, sementara Adam & Naseef menemani bibik dirumah!!

Biasanya agenda makan diluar dilakukan bila semua ada... 9 anak-anak, umi & Abah.
Itu yang menyebabkan CM tidak membawa anak-anak makan atau berbuka puasa diluar sekarang..... kerana tidak cukup Ahli!
Dan ia tidak akan cukup untuk selama-lamanya!!

Thursday, September 03, 2009

hero tok ggaduh!!!!

alhamdulillah.....
sehari suntuk hari ni digunakan untuk key-in markah dan buat analisa Trial PMR.
lega rasanya bila semuanya dah beres...

Cuma yang tak beresnya adalah pencapaian pelajar.
target straights A's 102 orang...
yang capai hanya 13 orang daripada 224 calon tahun ni....

cikgu-cikgu dah lari pecut 100 meter,
tetapi di orang masih berlenggang dengan santai!
begitulah bila dapat semua anak lelaki ni.....
semuanya last minute!
Hero tok ggaduh!!!!!

Cuma,
cikgu yang berdebar siang malam.....................!

Wednesday, September 02, 2009

kalaulah masa boleh diputar kembali...

Kenapa umi jadi cikgu???
dah beberapa kali soalan ini keluar dari mulut anak-anak....
jawapannya kerana tak ada kerja lain... dan selebihnya Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita!
CM grad 1886.... ekonomi merudum, tak ada kerja! temuduga sana, temuduga sini, akhirnya pilih Diploma Pendidikan... itu pun selepas 4 tahun duduk rumah jaga anak!

dan sambil berborak santai dengan anak-anak di dalam kereta balik daripada rumah bonda kelmarin, issu ini timbul kembali!

InsyaAllah 3 anak CM akan ke IPTA tahun depan...
Akif akan ambil SPM tahun ini, dan targetnya selepas ini hanya satu..... BMI.
Semoga Allah makbulkan!

Aliaa masih tercari-cari... kalau result matrikulasi okey, dapat buat medic, alhamdulillah!
tetapi kalau result tak okey.... mungkin jadi cikgu, katanya!

Dan Farhani masih kabur, lepas diploma nak sambung degree dalam bidang apa...
yang pastinya tak mahu jadi cikgu!!

kalaulah masa boleh diputar kembali....
Dan kita advance seperti anak-anak zaman sekarang...
mungkinkah cikgu-cikgu juga tidak memilih untuk menjadi seorang guru??

Thursday, August 27, 2009

sambut kemerdekaan versi kami!

bebrapa kali bonda telefon... bertanya khabar bila nak pulang ke kampung sempena cuti sekolah.
Cadang nya ujung minggu ni, tetapi terpaksa dibatalkan sebab Farhani & Alia akan tiba pada hari sabtu.... sambut kemerdekaan dirumah!!!

tadi bonda berkunjung ....menumpang adik CM yang
kebetulan ada hal di KB!

Disuruh CM balik hari ahad lepas sekolah...
( he..he.. CM sekolah Ahad ni..., kacau betul!!)

Bonda nak buat majlis berbuka puasa keluarga...
daripada 11 anak, 9 menantu dan 38 cucu yang ada, yang tak dapat balik hanya kakak CM di perlis bersama 3 orang anaknya...
2 cucu yang lain....termasuk seorang anak CM di UNITEN Muadzam dan seorang lagi cucunya di UK....
hu..hu.. gamatnya rumah bonda sambut hari kemerdekaan........

psst....Kesian Kak Ah..... ( kalau nak balik sempat lagi ambil ticket ke kt... )

Monday, August 24, 2009

Dah kena rampas?

petang tadi CM ke Tanah Merah, ambil anak bujang dari asrama Maahad Tahfiz Sains untuk bercuti & berpuasa bersama keluarga.
Bimbang letih & mengantuk di bulan puasa, CM bawa Amar, 7 tahun buat peneman bercakap sambil memandu.
Sambil berbual-bual, keluarlah satu topik yang membuatkan CM tersenyum memanjang.....


sudah beberapa kali dia menceritakan tentang Aqilah, kawan sedarjahnya.... dan dianggapnya sebagai girlfriendnya...CM layan jerr...

tapi hari ni....

Dia: Aqilah buke gewe Amar doh.... Nik Ahmad Hazim dah rampas drp Amar.

umi: lepas tu, Amar nok ko sapo?

Dia: Shuhada.... tapi dia pun orang lain dah rampas ( dia sebut nama, CM tak ingat ) .

Umi: jadi.. Amar tak dok gewe lahh...

Dia: Ada... nama dia Adawiyah. tapi dia tak comel sangat.

Umi: Kalu orang lain rampas pulak?

Dia: Amar cari orang lain pulak!

Umi: Kawan-kawan perempuan dalam kelas Amar nak ke ko Amar?

Dia: Nak..... Amar bagi dia pinjam pensil warna.... dia baiklah ngan Amar.

Aduissss...... Kelakar betul!
darjah satu dah tahu istilah rampas merampas..... comel tak comel!

CM layan jer.... budak-budak!!
kalau dia tahu n3 kali ni pasal dia, mengamuk tak habis!

Sunday, August 23, 2009

Tazkirah di bulan Ramadhan

Khalid bin Ahmad menyatakan, bahawa manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu

1. Manusia yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, dan boleh dijadikan pemimpin.

2. Manusia yang tahu, tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang sedemikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya dia menjadi cerdas.

4. Manusia yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang sedemikian perlu di jauhi.

Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Ramadhan kali ini.
Wallahualam.

( dipetik daripadaDiari Islam )

Friday, August 21, 2009

29 Syaaban......


29 Syaaban 1430, genap 3 tahun dia meninggalkan kami sekeluarga

dia meninggal sehari sebelum menyambut ramadhan.
dan tahun ini, kali keempat kami melakukan ibadat puasa tanpanya...

Sama-sama kita menghadiahkan Alfatihah untuknya ,
Semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman...


doakan kami tabah meneruskan hidup tanpanya !

Wednesday, August 19, 2009

dilemma.....

pergi sekolah tadi....
ramai yang tanya pasal mahkamah semalam..

huhu... ramai juga yang tahu..
kerana terpaksa minta kebenaran keluar ..
untuk ke mahkamah!!

jawapannya......
Tak ada penyelesaian...
dan selepas ini
mungkin CM akan mengalah....
kerana mengalah bukan bererti kalah!
Bagaikan kata en-me.... itu hanya harta dunia!!
di akhirat kita akan di persoalkan semula!

Kata Lawyer... kita akan dapat...
sebab itu hak CM,
tetapi risikonya
pudarlah hubungan kekeluargaan


CM sudah letih menghadapi situasi ini...
penat.....
dan sudah terlalu penat!!

biarlah......
kesukaran hidup saat ini
mungkin kerana Allah nak lebihkan rezeki CM kemudian hari!



(sesiapa yang tidak memahami n3 ini, sila abaikan!)
kerana ini adalah rentetan daripada kisah-kisah sebelum ini!!

Tuesday, August 18, 2009

trial exam PMR

Trial Exam PMR sudah bermula...
hari ni dah masuk hari ketiga


Adui.....
tengok pada students yang ambik exam tu, nampak gayanya cikgu yang terlebih tension..
they all relax jerr..



dan ada yang masih sempat bermimpi semasa menjawab soalan....

kawan-kawan diluar sana,
sape-sape yang sudi hantar soalan trial PMR negeri masing-masing, CM sangat alu-alukan....

Sunday, August 16, 2009

letihnya memikirkannya!!

Ohh.....
penat fizikal.....
penat mental!

Kadang-kadang kerja bertimbun,
tapi kalau kita enjoy melakukan...
penat tidak akan terasa.

hari ini taklah terlalu banyak kerja yang ada!!!
tetapi banyak berfikir!
dan kepenatan amat terasa!

18/8 ke mahkamah lagi...
aduh...
aku sudah letih....
dan sudah tidak mampu melawan keadaan.....

Thursday, August 13, 2009

jamuan lagi.... dan lagi!!

beraya sebelum puasa. he..he..

hari ini bilik guru kami ada jamuan lagi...
jamuan siri ke 3!


hari ini,
jamuan dibilik no 1 ( bilik jabatan Bahasa )
Menu: nasi kerabu, mee kari, lontong, lamb chop, pulut kuning dan .........
banyak betul menu hari ni!
Tak sempat nak rasa semua....
kekenyangan!
CM & TcherSally
(CM curi dari blog Tchersally...sorry yerr)
mangkuk yang ketiga, CM dapatkan puding, selepas mee kari & lontong.
Nasib baik mangkuk tu kecil ....
nak balik pun belum dapat habiskan makanan tu!!

Jamuan part 1
Pada hari khamis lepas, jamuan di bilik no 3 (bilik jabatan sains sosial )
menu utama ; Laksa, kuih muih , rojak buah, dll.


Jamuan part 2:
hari Isnin , jamuan dibilik no 2 ( bilik jabatan sains & matematik )
menu utama: soto ayam, bubur lambuk, makaroni bakar & kuih muih


Dan kita orang masih menunggu jamuan part 4
Jamuan oleh ketua-ketua bidang & pentadbir!
hari selasa akan datang...
menu belum diberitahu!!

Ada pelajar yang bertanya CM
'jamuan apa cikgu?'

CM menjawab
'jamuan ihya ramadhan'
he..he.. ada ke?

Tapi itulah kelebihan bilik guru kami.
sepakat & berkerjasama!

Wednesday, August 12, 2009

Dia cabut juga akhirnya...

lagi kisah anak teruna CM.....
Tiba-tiba dia call suruh menjemputnya di KB Mall.

Hanya sempat 3 hari kena kuarantin, hari ke empat dah chow,
katanya mintak nak balik dengan doktor.
and then doktor buat fully check up, dan dia dilepaskan balik..ho..ho..

Kat rumah pun boring, sbb orang lain semua kesekolah!
Study jauh sekali wp SPM just around the corner
entah apa yang dia buat sorang-sorang,
Tetapi balik dari sekolah petang tadi,
CM tengok PC kat rumah yang sudah dua bulan KO ,
hidup semula!

Ingatkan dah nak buang PC tu, nak ganti baru hujung tahun ni...
Dah 10 tahun umurnya..... dah upgrade berkali-kali!
Hinggakan kedai komputer pun nasihat tukar yang baru!

Alhamdulillah..
selamatlah duit buat sementara waktu ni,
Anak-anak pun tak berebut Lappy ni dengan uminya untuk online!

Monday, August 10, 2009

kuarantin....

tiba-tiba ada message di telefon...
'call sgr, penting'

~~~~~~~~~~
CM buat panggilan

'Umi...nak balik, boring! tak tau nak buat apa'

'Eh...mana boleh, kan kena kuarantin...'

'Boring... tak tau nak buat apa! Nak keluar bilik pun tak boleh'

itu luahan anak CM... ada pelajar di sekolahnya positif H1N1, pelajar kena kuarantine seminggu di asrama. Sekolah nya diberi cuti, tetapi semua pelajarnya tinggal di asrama!
Bayangkan.... seminggu di asrama tanpa ke bilik darjah, tidak boleh ke padang... makan pun terpaksa diangkut ke dalam bilik... dan setiap hari doktor ke sekolah untuk pemantauan... Semuanya kerana H1N1.
itu baru hari kedua kena kuarantin, masih ada 5 hari lagi.

Kesian... tapi apa boleh buat!!

Friday, August 07, 2009

seharian di Terengganu.

Semalam CM membawa 32 pelajar cemerlang tingkatan 3 melawat Terengganu.
Kami ke INSTEP, Planetarium dan sekitar Masjid Kristal.

Tidak ada apa yang menarik, tetapi bagi mereka mungkin ini satu pengalaman yang menyeronokkan. Lawatan yang di sponsor sepenuhnya sebagai hadiah kecemerlangan di dalam mid-year exam.

Dan CM beruntung, setelah hampir 20 tahun bertugas sebagai guru, semalam CM telah memperolehi ilmu baru tentang bidang kejuruteraan. CM dah dapat sedikit ilmu apa dia jurutera mekanikal, jurutera proses, jurutera instrument dsb.

perjalanan yang menyeronokkan..... bersama 32 anak remaja lelaki yang sedikit nakal tetapi cerdik , bermacam-macam perkara yang ditimbulkan... seperti comment En Azraai pada CM diINSTEP ' mereka pelajar cemerlang, minat & semangat ingin tahu mereka tinggi'....... dan itulah yang menjadikan sessi taklimat penuh dengan kelucuan yang ditimbulkan oleh mereka!!

Saturday, August 01, 2009

health screening

sekarang betul-betul tak ada masa nak post entri, budak hampir PMR, cikgu yang tak cukup masa!

Petang semalam CM ke Hospital pakar Perdana, mendengar taklimat promotion yang dianjurkan oleh KPJ. Itu pun setelah kali ketiga di pelawa melalui telefon. Ingatkan taklimat dalam bentuk ceramah, tetapi rupanya lebih kepada majlis konsultasi, perbincangan empat mata.

Penerangan hanya biasa, tertumpu kepada 4 main killer in Malaysia : heart disease, cancer, diabetes & stroke.

Apa yang nak disampaikan adalah pakej health Screening yang melibatkan 114 jenis test yang dapat trace penyakit tersebut di peringkat awal. Satu complete test melibatkan RM 2 500, tetapi pakej yang ditawarkan adalah untuk 5 tahun ( 5 kali screening ) dengan kos lebih kurang 5.5K. Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit dalam masa 3 tahun, bayaran bulananya lebihkurang RM 150. Berbaloi ke??

CM dah ada Prudential, tetapi prudential hanya bila kita dah terkena penyakit. Kalau ikut jurucakapnya semalam, selepas kita buat health screening dan kita memerlukan rawatan susulan, prudential boleh digunakan.

entahlah....mungkin ini cara hidup sekarang. Penyakit datang tanpa ada tanda... tau-tau dah stage terakhir, atau seperti Yasmin Ahmad, BILA TAU DAH TAK SEMPAT NAK DISELAMATKAN!

Monday, July 27, 2009

entri ke 100.....

ini entri yang ke 100,
selepas 6 bulan berblog.

rupanya blogging banyak mencuri masa CM,
tetapi banyak pula kelebihannya!
Yang nyatanya
rutin hidup CM bertukar selepas berblog
huhuhu....

Dalam sehari dua ni, tiada cukup masa untuk
CM menjelajah dunia blog rakan-rakan...

Dah namanya cikgu....
Bila habis sukatan, dah mula nak buat latih tubi...
nak set soalan....
nak isi program peningkatan prestasi
dan banyak lagilah...
tak cukup 24 jam sehari!
sape-sape yang mengajar kelas exam taulah.......

tapi...
tahun ni CM nak relaks sikit....
manja-manjakan diri dengan blog rakan...
jinak-jinakkan minda dengan menulis
happy-happy
nak lupalan semua masaalah yang ada
................
...................................................................................







Thursday, July 23, 2009

Accident kecil

dua hari berturut-turut berulang alik ke PBB Resort untuk Kem Tuju Kegemilangan PMR 2009. Penat tak usah nak cakap......
Tengahari tadi majlis berakhir, dan CM kesekolah buat apa yang patut.

After 2.00 pm, ingatkan nak balik rehat... tapi didalam perjalanan, bertembung pula dengan satu accident kecil berhampiran dengan SK Zainab 2.
Pelajar sekolah CM ( Budak form 2 ) dilanggar oleh sebuah kereta yang pemandunya seorang wanita , menyebabkan dia terjatuh.

CM berhenti dan mendapatkannya.
Tak adalah teruk.... dia boleh bangun & berjalan sendiri ke tepi jalan, cuma luka-luka dilutut & siku... mungkin kereta itu bergerak perlahan!

Bila diminta menghubungi ibu-bapa, dia seboleh mungkin tidak mahu memberitahu apa yang berlaku, tetapi atas dasar tanggungjawab, CM meminta untuk bercakap dan memberitahu ibunya tentang apa yang berlaku...

Ho.ho...
Ibunya hanya berada tidak sampai 100 m dari tempat lejadian.... menunggu anaknya dari SMK Zainab 1.
Dia melihat semua kejadian dari jauh, nampak pelajar-pelajar SMK & SRK Zainab keluar tetapi tidak menyangka itu anaknya....

Alhamdulillah.... Ibunya sendiri yang akan membawa si anak ke hospital, dan ini mungkin satu keadaan yang amat lega bagi pemandu tersebut... dapat menyelesaikan segalanya dengan parent tersebut!

Harapnya tidak ada apa-apa yang serius berlaku kepada pelajar terbabit.

Monday, July 20, 2009

celuparnya mulut cikgu....

petang ini balik lambat lagi....Program Teknik menjawab untuk calon SPM dan bengkel kecemerlangan & Teknik menjawab untuk calon PMR diadakan serentak... satu di ODT dan satu lagi di Dewan Tengku Mahmud!

tiba-tiba Amir datang...
"cikgu...pinjam laptop"
dan CM pun terdetik....
penceramah tak bawa laptop lagi ke.... semalam CM dah mencari-cari laptop untuk digunakan... bila melbihi jam 3.00 ptg, bilik PPSMI berkunci & nak cari laptop agak bermasalah.

disaat itu CM sedang menggunakan laptop CM yang lajunya bagaikan semut yang sedang demam merangkak.. takkan nak diberikan kepada penceramah.

CM bangun dan kebilik belakang, mencari takut ada cikgu-cikgu yang tidak menggunakan laptop sekolah... dan akhirnya laptop semalam juga yang tercapai oleh tangan CM..

"Lain kali buatlah pereparation awal..." buka niat untuk membebel, tetapi entahlah.... bila kita panggil penceramah luar, perkara ini tak sepatutnya berlaku.

"saya tak tahu, cikgu"

'Yalah... bukan awak... tapi.... dah dua kali awak menyusahkan saya" CM menjawab . Sebenarnya tidak ada susah mana pun mencari laptop daripada guru-guru yang tidak menggunakan!

"Baru dua kali cikgu...." Danial, my dearest student, menjawab dalam nada bergurau.

"Eh..Eh... tahun 2007, satu tahun awak dah menyusahkan saya!" kata CM sambil menghulurkan laptop. Mereka mengambil dan terus pergi!

CM juga ingin bergurau, .........??

Aduh..... celuparnya mulut cikgu bercakap dengan anak murid..... anak murid kesayangan lagi tu!
Hingga balik kerumah, CM masih rasa tidak sedap hati. Terasakah hati mereka??
I didn't meant it.... sebesar kuman pun tidak terasa mereka menyusahkan CM. Batch mereka Batch yang paling CM sayang....

I love them all.....

Friday, July 17, 2009

salah ker.......???

sekali sekala blogging menjadi media
untuk releasekan stress, tension dan masaalah....
sepotong ulasan daripada rakan-rakan maya,
baik berbentuk nasihat,
pujukan
atau simpati
boleh meleraikan separuh daripada apa yang kita hadapi.....

CM rasa amat dihargai dengan keprihatinan itu,
walau pun hampir 95% daripada sahabat maya
adalah
orang yang CM tak pernah bersua muka!
Tetapi CM suka dengan cara itu!

tapi hari ini ada orang yang pertikaikan!!!

'soal keluarga...tak payahlah masuk laman web...,'

salah ke???
CM tulis hal keluarga CM, anak-anak CM, cerita CM dan hidup CM.
rasanya tak pernah lagi mengata-ngata orang...,
menghina orang
atau memburuk-burukkan orang....

jadi disini...
di enty yang ke 97 ini...
setelah 178 hari CM mulai blogging......
CM minta maaf banyak-banyak
kepada sesiapa yang terasa pedas,
sesiapa yang terkena tempias,
dan sesiapa yang tak suka dengan entri CM...

Nak buat macam mana...
bukan mudah nak buat sesuatu yang menepati semua cita rasa orang

tetapi yang pasti....
CM akan teruskan blog ini
dengan cara CM sendiri!

Tuesday, July 14, 2009

ia hilang lagi.....

Web Page Counter.......
ni dah kali ketiga gadget ni di tampal kat sini....
sentiasa ghaib.... entah kemana...
harap-harap kali ni tak hilang lagi
agaknya sebab sebelum ni CM curi masuk melalui blog kawan tak minta permission
hari ni nak minta permission...
CM masuk ke laman Web Page Counter melalui blog cikgusic.... tak marahkan tchersally???

tapi sedey....
kena bermula dengan nombor 1 balik...
Tak best nak tengok!!

apa masaalahnya yer?
siapa yang boleh bantu??

Sunday, July 12, 2009

HAPUS PPSMI ...(versi pelajar)

Pagi tadi masuk kelas 1 GIGIH.
ajar tajuk TRIANGLE,
then guna sikit-sikit term BM
equilateral triangle - CM tulis di sebelahnya segitiga serba sama
dengan menggunakan marker merah,
isosceles triangle- CM catat segitiga sama kaki
dan ada beberapa term lagi yang CM perkenalkan istilah BM
(sebenarnya banyak term BM yang CM tak dapat nak recall balik semasa P&P tadi)

dan CM sebut pada class
' as your preparation untuk hapuskan PPSMI 2112'
then one boy bangun
"teacher, tak bolehkan kita continue belajar dalam bahasa inggeris,
kita baca soalan math dalam bahasa melayu pun tak faham!
biarlah budak standard one tahun depan mula dengan BM...."

CM terdiam sekejap... tak tahu nak kata apa.
dan keadaan mulai bising dengan pendapat ramai...
semuanya tidak mahu bertukar semula ke BM.

itu pandangan pelajar cemerlang!

dan akhirnya CM bersuara
"ini hanya dasar, perlaksanaan tak tahu macam mana lagi..
masa masih panjang, tak payah nak fikir sekarang!.."

walau bagaimana pun,
CM teringat beberapa tahun lepas
pernah CM buka ZOOM A untuk anak di darjah 4.
soalan sains & math dalam bahasa melayu, langsung dia tidak faham... tak dapat nak jawab!

dan CM juga terfikir...
apa nasib mereka nanti...
BM tak boleh nak junjung, BI pun tak boleh nak kelek..
dan hasilnya knowledge sains & matematik hanya ada di bahagian kulit,
isi dalamnya hilang disebabkan bahasa!







Friday, July 10, 2009

miss communication!

Semalam balik kerumah bonda...

pagi jumaat, bercadang nak ke dusun durian,
bila Che Ma tanya masa nak bertolak, CM jawab sebelum breakfast,
seperti minggu lepas,
beli nasi kat tepi jalan dan kita breakfast kat dusun....

Tetapi bangun pagi tadi..
Che Bah sudah bersedia untuk goreng nasi
...dan kata bonda..
'kita pergi selepas makan... senang!!'

Selepas sarapan kita orang bertolak
Uhhuuu.....
bila sampai ...
Che Ma sudah mahu pulang!
they all sampai awal, dan breakfast di dalam pondok durian berdua-duaan....

hi..hi..hi..
kesiannya!
dah dua kali berlaku
minggu lepas they all datang lewat....bila tiba, kita sudah bertolak pulang..
dan keretanya ikut pulang!
teknologi canggih ada, tetapi tidak digunakan....



oleh-oleh dari dusun yang dibawa pulang ke KB

buah sseto

buah dughiye

Tuesday, July 07, 2009

Nasib baik...., kalau tidak!

naluri kita kadang-kadang tahu apa yang berlaku nanti... walau pun kita sendiri tidak mengetahuinya....

Sebelum ini, data dan enrolmen pelajar setiap bulan dibuat oleh unit data & maklumat kerana DATA EMIS memerlukan maklumat itu, dan keluar masuk pelajar dibuat oleh unit pendaftaran, yang sebelum ini CM buat setiap bulan
dan hasilnya data yang sepatutnya dihantar ke JPN setiap bulan tidak berlaku, dan fail yang sepatutnya berisi menjadi kosong kerana data berada di dua unit yang berasingan.
Bila tiba HEM baru, bermula era baru...., yang kosong perlu diisi... Khamis minggu lepas, CM diamanahkan untuk mengambil tugas itu....
dan siapalah CM untuk menolaknya!!

Semalam,
CM buat apa yang patut.
print apa yang patut diprint,
fotostat mana yang perlu difotostat,
cari mana yang missing,
satukan mana yang sepatut disatukan,
dan minta tandatangan Boss untuk pengesahan.
akhirnya
perbanyakkan untuk fail HEM, fail unit pendaftaran, Fail pejabat dan satu salinan untuk dihantar ke JPN
kerja yang sepatutnya dibuat daripada 6 bulan yang lepas....
kerja beres hampir 3.00 petang.
Sebelum balik CM masukkan satu copy ke dalam Fail HEM.

Pagi tadi serah dua copy ke pejabat, dan satu copy masih ada untuk simpanan boss unit pendaftaran.

Jam 12.00 tengahari, sewaktu CM mengajar dikelas, masuk dua pegawai JPN....
berinteraksi dengan pelajar...
briefing Cluster school , dan sedikit motivasi untuk pelajar..
Alhamdulillah!

sebelum balik tadi, HEM beritahu....
'Fail dah kosong semula... semuanya dia orang ambil.........'
tak sampai 24 jam kertas tu disitu..
( tersiratnya: CM kena duplicate semula, isikan kedalam fail balik !)


CM cuma mengurut dada, sambil mengucap Alhamdulillah......
'kalau lah aku tak buat semalam.... apa aku nak jawab hari ni...'

Monday, July 06, 2009

The Stupid Test!

Here Is A Fun And Real Challenge!

CM dah lama terima e-mail ini daripada seme SIC, tapi tak berpeluang untuk berkongsi dengan kawan-kawan..


So, hari ini kita cuba selesaikan test ini..


OK. Pay close attention. Here is a very simple little test comprised of e easy question to determine the level of your intellect. See if you have what it takes to be considered smart
Your replies must be spontaneous and immediate, with no deliberating or wasting of time . and PLEASE no cheating!
On your mark, get set, GO!

1: You are competing in a race and overtake the runner in second place.
In which position are you now?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Answer: If you answered that you're now in first,
you're wrong!
You overtook the second runner and took his place, therefore you are now in second place.


For the next question try not to be so dim.
2: If you overtake the last runner, what position are you now in?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Answer: If you answered second to last, you are wrong once again.

Think about it...
How can you overtake the person who is last? If you're behind them, they can't be last.You would have been last.
It would appear that thinking is not one of your strong points.


Anyway, here's another question to try. Don't take any notes or use a calculator, and remember, your replies must be instantaneous.


3: Take 1000. Add 40. Add another 1000.
Add 30. 1000 again. Plus 20.
Plus 1000. And plus 10.
What is the total?

.

.
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.Answer: 5000?
Wrong again!
The correct answer is 4100.
Try again with good calculator.


Today is clearly not your day, although you should manage to get the last question right...


4: Marie's father has five daughters:
1. Chacha
2. Cheche
3. Chichi
4. Chocho
5. ?


Question: What is the fifth daughter's name?
Think quickly... you'll find the answer below..

.

.

.

.

.
.

.

.

.

.

.

.

.

.

Answer: Chuchu?
WRONG!

It's obviously Marie!
Read the question properly.


Satu soalan memberikan 25%, berapakah markah anda!!!!

he..he..he..

Now challenge your friends!