Followers

Tuesday, November 24, 2009

cerita cuti 1

hari khamis bermula cuti sekolah, CM dan anak-anak pulang kerumah bonda untuk majlis kenduri kahwin anak lelaki kakak CM, iaitu Kimi & Hani...

Perkahwinan di musim tengkujuh (klik di sini untuk kisahnya) ......

hujan yang lebat menyebabkan sekitar rumah bonda & rumah kakak CM dinaiki air, orang-orang tua risau memikirkan masaalah kenduri, anak-anak kecil berpesta main air banjir.....jalan depan rumah bonda...


Selepas bermain air ....lapar!!!!

kenduri yang paling bermakna...
orang yang sepatutnya memasak gulai tidak dapat hadir kerana tersekat air banjir......
ayam yang sepatutnya siap digoreng, hanya diterima dalam bentuk ayam mentah kerana rumah tukang masaknya banjir....
maka semuanya menjadi tukang masak bidan terjun....
nasib baik anak-menantu bonda ramai..... dan jiran-jiran terdekat turun membantu...
yang paling menjadi kenangan.... tetamu yang datang terpaksa mengharungi air untuk ketempat kenduri!Apa pun... selamat berbahagia buat
AMIR HAKIMI & HANI SUHANIZAN

13 comments:

sonata anak kancil said...

selamat berbahagia...akan2 datang cuba ubah2 sikit tarikh kalau nak buat kenduri kawen....dalam kesusahan begini...seronok tetap seronok kan....harung air lagik!

Cikgu Adham said...

salam..
heh heh mantap.. x kira hujan ... bagus.
hujan bukan penghalang kan..

cikgu_math said...

sok>>
pengalaman...
next time...insyaAllah tak akan ada kenduri musim tengkujuh lagi!!

cikgu_math said...

adham>>
he..he.. dah terpaksa... semua boleh jadi

kakcikseroja said...

agak2nya pengantin boleh tidur lena ke dalam keadaan banjir yang melanda??:)

Meen Eunos said...

Salam cekgu.
Saye baru bercadang nak
ke majlis perkahwinan seorang
kawan di Terengganu bulan Disember
ni.

Tak tau la masih banjir ke tak.

the life of cikgu sue said...

CM
Tahniah dapat anak saudara baru.Tahun depan merasalah pegang cucu saudara pulak.

Inilah yang dikatakan hujan api lagikan diredah,inikan pulak setakat air banjir.

the life of cikgu sue said...
This comment has been removed by the author.
cikgu_math said...
This comment has been removed by the author.
cikgu_math said...

meen>>
InsyaAllah time tu cuaca baik...
sampailah ke negeri penyu nanti....

cikgu_math said...

kak Na>>
bakal jadi nenek......

zino said...

oops minggu lepas zino pegi kenduri kawin kalau tak salah hakimi juga nama pengantin lelaki tu.. hehe

cikgu_math said...

zino>>
bukan kenduri dalam banjir ye!!