Followers

Friday, March 30, 2012

tanggungjawab...

hari ini keluar daripada kawasan sekolah awal... sekitar jam 12.30 kerana ada majlis penyerahan result peperiksaan di sekolah Iqah.
Selepas program balik rumah  terus!! he..he... budak sekolah rendah pun belum sampai....

tidak lama kemudian ADAM NUAIM muncul!  keseorangan ... dengan jalan terjengket-jengket..

Mana Amar??
Adam balik Ustaz hantar. Kaki Adam sakit.
jawabnya bila disoal kenapa Amar belum sampai.

basikal Adam???
Nanti kawan Amar yang hantar.
Ustaz suruh rendam kaki dalam air bercampur ais.

dan soalan-soalan CM selepas itu dibiarkan tanpa jawapan.

Bila Amar balik barulah tahu cerita sebenar....

Dia terjatuh didalam kelas kerana bermain bersama kawan-kawan.
tergeliat kaki dan tidak boleh berjalan.... bahagian buku lalinya bengkak.
Bila tiba waktu pulang, Amar yang dua tahun lebih tua daripadanya  mengangkatnya di atas belakang ( macam dalam cerita korea),
dan katanya nak telefon CM . tapi tak sempat...
ustaznya nampak dan menghantarnya kerumah..
Basikal nya ditinggalkan di sekolah dan sekali lagi Amar yang bertanggungjawab membawa basikal itu ke rumah....

CM terharu sebenarnya....  mereka berdua bagaikan anjing dengan kucing di rumah... tetapi bila tiba saat-saat kritikal, tahu pula Amar menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang abang.... walau pun saiz tubuh hampir sama besar!!

petang tadi CM bawa adam ke tukang urut... dan alhamdulillah malam ni dah boleh berjalan... dan sudah ke Pasar malam walau pun langkah kaki masih tidak sempurna.





Wednesday, March 28, 2012

mereka tidak sedar....

Biasanya CM mengajar dalam keadaan santai...
budak-budak enjoy  belajar......

tetapi hari ini
taufan besar melanda di kelas 3T
hanya kerana satu ayat yang tidak sepatutnya ada,
ditulis di dalam buku pengesanan ponteng di kelasnya
ayat yang berbaur lucah untuk mereka yang baru di tingkatan 3!!

Bila CM mengamuk bertanyakan siapa yang menulis
ada pula pelajar yang mengaku, kemudian menafikan
mengaku lagi... dan menafikan semula..
seolah-olah satu permainan debat
dengan 1001 alasan...

bagi mereka....  tidak ada perkara yang serius
walau pun cikgu marah, tidak ada apa-apa kesan ke atas jiwa mereka
menjawab dengan nada yang tinggi
hanya satu perkataan yang sesuai...Biadap!!!

mereka menjawab seolah-olah cikgu tidak ada hak ke atas sikap mereka
dan akhirnya
satu penampar jatuh dimuka tanpa sedar!!!
walau pun tak kuat, tapi kesannya amat terasa
(kelas menjadi senyap serta merta)

CM amat rasa bersalah...
(dan memang pun salah disisi undang-undang)
cuma harapan CM
~ dia tidak  panjangkan kes ini ke mahkamah!!! haha..

nasib baik selepas itu keadaan bertukar seperti sedia kala!!.


Monday, March 26, 2012

kenapa tak nak faham???

Panas!!!
Bilik guru dan banyak bilik darjah yang 'black out'
aircond di bilik guru dan kipas dalam bilik darjah tidak dapat berfungsi....
cikgu panas...., pelajar pun sama!!!

Dan kebetulannya
kena mengajar matematik di tingkatan 3 taat pada masa akhir...
3 taat - kelas yang boleh membuat cikgu-cikgu hilang akal...
di tambah pula dengan topik factorise....
topik yang amat sukar untuk di ajar, dan terlalu amat sukar untuk difahami oleh pelajar......

Dah berkali-kali diulang ajar perkara yang sama, bincang soalan yang sama....

and at last............................

"teacher, kita belajar tajuk ni esuk lah...
Math masa pertama dan kedua ....
kalau waktu pagi cepat sikit nak faham!!"

Huh.....
stressnya bila mengajar anak murid tak faham!!!!
kecewa sangat-sangat!!!!







Monday, March 19, 2012

masaalah itu, masaalah ini....

Dia mula mengajak kawan-kawannya ke cyber cafe
Dan dia mula membeli barangan yang diminatinya secara sembunyi-sembunyi...


kemungkinan yang berlaku...

dia mula belajar mengambil duit daripada beg ibunya tanpa kebenaran.
jumlahnya tidak banyak.... hanya cukup untuk mengajak 2-3 orang kawannya masuk cyber cafe melayani computer game!.

bila si ibu masih tidak menyedari, dia mula mengambil untuk menambahkan koleksi barangan peribadi, yang harganya mungkin tidak mahal...



Apa yang patut dibuat???

Memujuk si anak untuk menceritakan semua perbuatannya? Kemungkinan besar si anak yang berumur 10-11 tahun itu tidak mengaku, malah 1001 alasan akan diberi untuk selamatkan dirinya, walau pun 95% cerita yang tidak logik .

Memaksa? Paksa si anak untuk mengaku segalanya??. Ibubapa menjadi seperti polis.... buat segalanya untuk dia mengaku.
Bagaimana kalau dia tidak melakukan? kerana ini hanya kemungkinan semata-mata, walau pun disokong oleh persekiatan yang ada!

Atau membiarkan saja perkara yang lepas...
Tetapi berhati-hati  untuk masa akan datang..
pemantauan berterusan pada aktiviti harian
ditambah dengan doa dan tawakkal....

alangkah sukarnya menjadi ibu dizaman siber ini??

Apalagi seorang guru... yang mempunyai anak-anak dirumah, dan mempuyai anak didik yang juga minta cikgu yang selesaikan masaalahnya!!!!!






Wednesday, March 14, 2012

sekali lagi....

entah kenapa asyik terlupa jer...
agaknya terlalu banyak memikirkan benda-benda yang remeh temeh... atau sememang nya dah masuk fasa tua...

dua tiga hari lepas, ambil duit tetapi duitnya tertinggal dimesin ATM. ceritanya disini

pagi tadi lain pula ceritanya...

selesai masuk kain kedalam washing machine, CM panaskan kuah sup yang masih ada, kononnya tengahari ni nak masakkan nasi ayam penyek resepi rekaan sendiri...he..he..

sementara menunggu sup mendidih, CM siapkan kerja-kerja lain yang menimbun.. dan kemudian terlupa terus apa yang ada di atas dapur.

bersama dengan Adam, kami keluar untuk membeli nasi berlauk untuk sarapan, dan bila melihat tidak ramai pelanggan yang ada, kami terus makan disitu... di kedai Kakak ipar CM. Sambil- sambil itu sempatlah tolong bungkuskan nasi untuk makanan anak-anak dirumah!!

sampai jer kat pintu rumah... MasyaAllah!!! bau hangit penuh satu rumah. Kuah sup satu periuk kering kontang, dan periuknya sudah menjadi hitam,  hangus!!

Nasib baik... Naseef masih dengan game komputer di biliknya, dan bau hangit menyedarkannya ada sesuatu di dapur...
kalau dia tidur selepas subuh, apa agaknya nasib rumah CM tadi....

apa-apa pun, kesyukuran perlu dipanjatkan kepada Allah swt.
semua yang berlaku pasti ada hikmatnya...
CM perlu berhati-hati...
Dah masuk fasa cepat lupa..



Saturday, March 10, 2012

bukan rezeki...

kalau dah tak ada rezeki... nasi dimulut lagikan jatuh!

petang tadi CM ke Maidin Mall untuk belikan bahan-bahan nak buat kek,
kononnya Amar nak jamu kawan-kawannya makan on his birthday, esuk..
sebelum tu singgah di mesin ATM, draw duit RM 300.00.....

Lepas tu terus masuk Maidin ,
CM angkut beberapa barang masuk troly, kemudian  ke kaunter bayaran.
tak sampai setengah jam pun di dalam!!

Masa nak bayar, cari duit dalam purse tak ada...
CM baru perasan duit di mesin ATM belum di ambil...
Selepas kad kelurt dari mesin ATM tu, CM  ambil kad dan dan terus masuk,
lupa duit belum diambil ...

akhirnya
terpaksa minta adik di kaunter tu menunggu sekejap.
Terpaksa ke mesin ATM semula dan  draw duit lain...
Kalau dab bukan rezeki ....
300.00 ringgit hangus begitu saja...
dan beruntunglah sesiapa yang mengambilnya...

Monday, March 05, 2012

mendidik hati....

mungkin ada saki baki memo pertukaran yang masih belum dilaksanakan..
bila ada pertukaran guru, maka 1001kisah yang mungkin timbul..

kawan CM yang baru menerima memo pertukaran ke sekolah yang dihajati selama lebih 8 tahun,  setelah hanya setahun mengajar bersama CM
tetapi hatinya masih berbelah bagi, samada mahu menerima atau tidak.....

'seronok di sini... terasa sangat dihargai!!!'

agak hairan  bila katanya terasa dihargai,  kerana kami semua adalah sama, tidak ada lebih dan tidak ada kurang di antara kami... dan masing-masing tidak berhenti mengeluh kerana kesibukan masing-masing!

'disekolah lama  saya tidak pernah diberi tugas, dan bila diberi tugas disini, terasa kerja buat amat dihargai, dan menyebabkan kita sangat rapat dengan rakan-rakan sebaya.'

alangkah tulusnya dia...

CM yang sentiasa mengeluh kerana tugasan-tugasan disekolah tidak pernah terfikirkan perkara sebegitu,
dan itulah barangkali sebabnya terasa tugas yang diamanahkan menjadi satu bebanan....
yang mungkin barangkali tidak ada ganjaran untuk itu...

saat untuk bermuhasabah dan mendidik hati menjadi lebih ikhlas dalam menikmati hidup yang tinggal sisa-sisanya lagi....

Sunday, March 04, 2012

Terengganu lagi..

semalam baru balik dari lawatan penanda Aras ke Kuala terengganu dan Kuantan selama 3 hari...

Hari rabu minggu lepas baru membereskan urusan rumah sukan pertolongan cemas PBSM semasa kejohanan merentas desa, peralatannya masih lagi bersepah dibilik guru..

kerja-kerja menaip untuk borang keluar masuk dan reten bulanan masih belum dsiapkan lagi, apalagi bila berpuluh-puluh orang yang keluar ke SBP dan berpuluh-puluh orang masuk memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan...

dan pagi tadi, CM menerima surat ini.


terpaksa menghadiri kursus di Kuala terengganu selama 3 hari...

Adusss.... banyaknya perkara yang nak difikirkan....

terpaksa meninggalkan anak-anak bersendirian
( terpaksa ditumpangkan kerumah ibu saudaranya )

kerja-kerja yang masih bertangguh...
( termasuk kelas tambahan masa cuti nanti. )

serta kertas peperiksaan yang menunggu untuk di tanda...

dan yang paling stress adalah tugas selepas kursus...
kerja yang belum tentu dapat dipikul menunggu...

Orang kata:
... Inilah yang dinamakan ujian, untuk Allah menguji kesabaran & ketabahan.
maka redha dan berserahlah... ( ayat untuk release tension  )





Saturday, March 03, 2012

starting point

entri pertama 2012....
dah masuk 3 bulan, tetapi blog masih terbiar
nak kata sibuk... orang lain lebih sibuk,
tetapi keadaan di awal tahun memang terlalu memerlukan komitmen yang lebih terhadap kerja-kerja sekolah
ditambah dengan proses adaptasi dengan jadual harian yang baru,
terutamanya urusan anak-anak.

dan alhamdulillah
semuanya berjalan dengan baik....