Followers

Wednesday, March 28, 2012

mereka tidak sedar....

Biasanya CM mengajar dalam keadaan santai...
budak-budak enjoy  belajar......

tetapi hari ini
taufan besar melanda di kelas 3T
hanya kerana satu ayat yang tidak sepatutnya ada,
ditulis di dalam buku pengesanan ponteng di kelasnya
ayat yang berbaur lucah untuk mereka yang baru di tingkatan 3!!

Bila CM mengamuk bertanyakan siapa yang menulis
ada pula pelajar yang mengaku, kemudian menafikan
mengaku lagi... dan menafikan semula..
seolah-olah satu permainan debat
dengan 1001 alasan...

bagi mereka....  tidak ada perkara yang serius
walau pun cikgu marah, tidak ada apa-apa kesan ke atas jiwa mereka
menjawab dengan nada yang tinggi
hanya satu perkataan yang sesuai...Biadap!!!

mereka menjawab seolah-olah cikgu tidak ada hak ke atas sikap mereka
dan akhirnya
satu penampar jatuh dimuka tanpa sedar!!!
walau pun tak kuat, tapi kesannya amat terasa
(kelas menjadi senyap serta merta)

CM amat rasa bersalah...
(dan memang pun salah disisi undang-undang)
cuma harapan CM
~ dia tidak  panjangkan kes ini ke mahkamah!!! haha..

nasib baik selepas itu keadaan bertukar seperti sedia kala!!.


6 comments:

the life of cikgu sue said...

Memang.Kita patut bertindak sekali sekala.Jangan sampai cacing naik ke mata.

cm said...

kadang-kadang tanpa sengaja ia berlaku.... bila dah keterlaluan.

Puan Sue said...

salam CM..lama saya tak tulis komen, biasanya jd silent reader jer.

Jgn risau, kalau seorang cikgu bg hadiah penampar, tandanya dia sayang anak murid tu, penampar tanda sayang la tuh..insyaAllah budak tu akan ingat sampai mati..semuga dia faham apa silap dia dan bersedia utk berubah..

AtiqahMazlan said...
This comment has been removed by the author.
cm said...

Pun Sue> alhamdulillah kalau budak berfikiran macam tu. CM dah lama tak bagi penampar budak.. masa muda-muda dulu adalah.. dan alhamdulillah,rmaja dulu lain drp sekarang!

Anonymous said...

wow. kena tampar. berani betul budak2 sekarang eh?