Followers

Tuesday, December 19, 2017

peneman......

keseorangan... kesunyian....
itu yang kebanyakan di rasa bila mendatangnya hari tua kita.

saya mempunyai keluarga yang besar... dengan sembilan anak.
Tetapi anak ramai hanya terasa semasa mereka masih kecil, bila dah besar semua meninggalkan rumah...
kalau dulu, musim cuti sekolah adalah musim yang ditunggu kerana semua anak-anak berkumpul. Masa untuk memasak di dapur... makan bersama.
tetapi sekarang
musim cuti atau tidak, semuanya sama.
Kalau musim cuti bertiga dan kalau bukan musim cuti tinggal berdua...
Cantik aturan Allah...
saya melahirkan anak bongsu di awal 40an, dan dua tahun selepas itu suami meninggal.
Sukarnya hidup dengan anak sulong masih bersekolah dan anak bongsu masih baby..
Tetapi Allah sediakan keluarga yang sangat supportive
Allah kurniakan kawan yang sangat membantu
dan sekarang barulah saya sedar
anak bongsulah yang menjadi peneman hidup saya sekarang
Dia tidak cemerlang dalam pelajaran seperti kakak dan abangnya yang sentiasa mendapat A yang banyak dalam UPSR
Rupanya Allah telah aturkan demikian
supaya dia tidak impikan SBP atau MRSM
yang membolehkan dia menjadi peneman hidup saya sekarang...

Sunday, December 03, 2017

jadual waktu


cuti telah bermula, tapi saya baru nak mula kerja. Persiapan untuk 2018.
Guru-guru perlukan jadual baru untuk memulakan tugas.
Orang lain memulakan tugas tahun baru bila bermulanya bulan Januari, tetapi kami yang bertugas untuk membuat jadual waktu, berakhirnya sessi persekolahan maka bermulalah tugas kami....
tidak ada istilah bercuti..
tidak ada istilah rehat..
Stress???
hanya keikhlasan yang membuat kami tidak rasa stress
tahun baru bermula... cikgu-cikgu menerima jadual waktu, maka bermula lah episod baru..
mengapa saya diberi kelas tak elok?
mengapa saya sentiasa di waktu akhir?
mengapa saya setiap hari masa pertama?
Stress??
hanya keihklasan yang membuat kami tidak merasa stress..
tapi Ikhlas itu sukar...
itulah sebabnya hari mengagih jadual waktu guru, terasa ingin ambil CRK seminggu...

Saturday, January 07, 2017

WELCOME 2017
May Allah ease me everything 
Menggalas tugas dan tanggung jawab yang masih terpikul di bahu...
Dengan anak-anak yang jauh dari keluarga , 
~menunai amanah Allah untuk menuntut Ilmu
~ dan  menunai tanggungjawab lain yang dituntut oleh agama, bangsa dan negara.
Semoga blog ini terisi di tahun ini.