Followers

Friday, January 30, 2009

Hard times Vs Great times

Hu...hu..
cuti dah nak sampai ke penghujung. Dua hari lagi dah mula sekolah...
Alhamdulillah, all my children were coming home during this holiday, except the ones who studies Tahfiz Sains ...cutinya tak pernah sama dengan orang lain!
Bila ramai-ramai berkumpul, macam-macam yang dirancang, and at last they decided to have dinner for celebrating my belated birthday . Tempat: kena umi yang pilih, bayaran: di sponsor
(duit biasiswa tebal lagi dalam bank kut, kalau tidak, nak makan roti canai pun korek dalam beg umi!)
Teringat kepada surat dan Menu yang Mona tampal di pintu bilik guru, at last tempat yang paling dekat dengan rumah jadi pilihan.
Menu: Tom Yam, Ikan Kukus, Kailan ikan masin, Kerabu seafood, telur dadar dan ayam halia untuk 6-7 orang.
There were 8 of us, included my 5 and 7 years old sons. Walau pun makanan tak seberapa, samaada dari segi taste and kuantiti, but the time we spent together there was very meaningful. Masing-masing bercakap tentang kali terakhir kami sekeluarga makan di luar, hampir 3 tahun yang lepas, iaitu untuk celebrate my late hubby's birthday, sebulan sebelum dia pergi meninggalkan kami.
Thanks to God, although they were talking about their late father, but still dalam mood yang ceria tanpa rasa sedih, mungkin gembira setelah 3 tahun tidak dinner diluar ( Yang sebelum ini menjadi kebiasaan ) . But for me....its good enough, that the hard time that they had to face before, tidak lagi mempengaruhi kehidupan mereka hari ini, kerana kadang-kadang sukar untuk kita membaca apa yang ada didalam jiwanya, walau pun dia adalah anak kita sendiri!
And Now, I would said Alhamdulillah!!

Monday, January 26, 2009

cuti, kenduri dan balik kampung

bila ada cuti, adalah kenduri kahwin, dan cuti ni ( jumaat 23 Jan ) my niece kahwin. Cucu pertama Kahwin for my mother in Law.
SELAMAT BERBAHGIA UNTUK HASANAH & AJAK.
Hari Ahad Kenduri lagi....


Petang Ahad sempat balik kampung menziarahi bonda tercinta. Rumah pusaka 4 bilik tinggalah arwah Ayahanda hanya dia seorang yang ada. Kesemua sebelas anak-anaknya sudah ada commitment lain, yang pastinya pada kerjaya dan keluarga.Nasib baik ada di antara anak-anak yang membina rumah berdekatan....sekurang-kurangnya masih ada yang menjengok sakit peningnya dan menengok makan minumnya..
Cuti kali ni, adik daripada Kuantan pun dapat balik, dan sempatlah kami menyediakan sarapan nasi lemak serta menjemput kesemua family yang berdekatan merasanya. Riuh rendah dengan suara anak cucu!Satu periuk besar nasi lemak...licin!
Petangnya majlis kenduri lagi....Yang berada di Kuala Terengganu (Anak sulong & anak Bongsu bonda) pulang untuk menyertai konvoi 7 buah kereta ke Kampung La, Ulu Besut bagi meraikan majlis perkahwinan anak sepupu we all.Meriah!!
Selepas waktu asar, satu persatu pulang ke destanasi masing-masing.Tinggallah emak keseorangan lagi .....


Begitulah seorang ibu...berkat kasih dan restunya
susah payah meniti kehidupan untuk
membesar dan mendidik kami, sebelas anak dengan berjaya!
pensyarah, guru, doktor, engineer...semua bidang kami terokai
kini.....walaupun keseorangan
masih melontarkan senyuman ceria
bila sesekali bertemu mesra!
penat lelah hanya tersimpan di dalam dada.

my big family...emak & anak cucu!

begini kah kita satu hari nanti......
sebagai ibu?

Thursday, January 22, 2009

mesyuarat ....o....mesyuarat

Bermula jam 2 pm, berakhir jam 4 pm - mesyuarat Post Mortem peperiksaan Akhir tahun 2009 di Oktagon. Dua jam perbincangan....masing-masing memberikan post mortem dan strategi peningkatan untuk subjek masing-masing.
Itu usaha cikgu...120% cik gu berusaha untuk mencemerlangkan pelajar!..... bagaimana dengan pelajar??
Bak Kata Mr Eyu : "Di antara perkara yang menyumbangkan kegagalan ialah sikap pelajar"
Masa cik gu mengajar tak bagi tumpuan, Kerja rumah yang cik gu bagi tak pernah buat...kalau siap pun dengan cara meniru, sebab takut kena denda....kalau tak faham tak pernah nak tanya, kenapa ya??
WAHAI ANAK-ANAK KESAYANGAN
Ubah lah sikap anda...kalau sikap anda sikap pelajar cemerlang, pasti anda akan mengenggam kejayaan.


Wednesday, January 21, 2009

Kepenatan!!

hari ni semua kelas masuk..1 gigih, 1 Jujur ( okey lagi....tak ada masaalah) then 3 Yakin, dan bila masuk kelas anakanda sendiri, 3 Mulia...tau-tau lah...macam kena control 3 kelas.....
Balik rumah after school ( about 4.00 pm , nasib baik cik gu Reza beri perlepasan untuk perjumpaan PBSM, dia sorang yang handle pun boleh!!), sampai kat rumah baru tau my youngest child tak sihat.....demam, batuk dan lelah! muntah-muntah pulak tu...Masa nak ke sekolah pagi tadi masih sihat....
jam 8.00 malam, anak nak makan, terpaksa keluar cari makanan.
Ingatkan nak edit blog.....baru bermula, masih banyak lagi nak explore, so masih bersemangat lagi! Tetapi kekangan dari segi masa le...(ps: Uncle Dan....sabar menunggu ya...cik gu nak buat biar sama dengan anak murid, tapi kena belajar dulu....)
Tadi Sir Pathi baru hulur kertas untuk isi jadual kelas pengukuhan petang PMR. Kelas petang belum mula, tapi dah terasa kepenatannya.....Agaknya lepas ni tak ada peluang langsung nak mengadap komputer.
Esuk hari Khamis, lepas tu cuti seminggu.....Pada masa ni cik gu lebih gembira daripada anak murid. he..he..
HAPPY CHINESE NEW YEAR untuk semua yang akan bercuti!

Tuesday, January 20, 2009

saya budak baru belajar..

saja nak cuba-cuba...
tadi baru belajar dengan teacher sally, how to create a blog, and this hasilnya....dalam masa dua jam di depan komputer
lepas ni kena mengadap teacher lagi...