Followers

Tuesday, March 31, 2009

betulkah ia begitu???

hmmm....
Selepas cuti yang agak panjang
(dari hari jumaat hingga selasa)
esuk akan masuk kelas semula
kadang-kadang rindu nak jumpa they all...
bukannya apa...
kerana ......
kadang-kadang..
bila didalam kelas
apa yang kita rasa, kita luahkan, kita pamerkan..
marah, suka, lucu, merajuk.....
pasti mendapat respon segera!
dan kadang-kadang...
satu ayat daripada mereka
boleh menghilangkan tension yang dah seminggu terbeban
................................
tetapi ada ketikanya
hanya satu perkataan daripada mereka
membuatkan kita merana bagai nak mati...
......................???
dimanakan diri kita sebenarnya???
apa-apa pun
aku suka kehidupan ini..................
(kononnya.......)

lamanya cuti.....

baru perasan
bertapa lamanya cuti....
khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa.
orang lain masih di Batam sehingga pagi isnin
tetapi aku dah berada di rumah dari malam sabtu
tapi satu apa pun tak buat!
masih melayan sengal-sengal tulang dan sakit-sakit badan!

Opps..
dua perkara yang wajib disiapkan sebelum khamis ni..

1. kerja-kerja corridor of fame :
dah berhabuk fail,
tak sempat nak sentuh dari bulan februari lagi

2. mark sheet dan slip peperiksaan untuk Feb Test
(on the way)
aku akan buat sendiri bagi sape-sape
yang belum hantar komen guru tingkatan
( sorry...dah tak sempat nak tunggu )
sebabnya
bab sihir menyihir ni, aku memang pandai...


aku dah serik kena sound sbb tak siap kerja..
w/p itu sebenarnya bukan tugas aku 100%
( first time kena tegur setelah hampir 20 tahun mengajar)
teguran tidak secara direct...
malah aku boleh tersenyum & ketawa
tetapi
deep in my heart
amat terasa
...........

aku nak semua orang tahu
yang aku bukan jenis orang yang tak tak buat kerja
amanah yang di pertanggunjawabkan pasti aku akan laksanakan
cuma
berikan aku frame masa yang mencukupi
dan
berilah ruang untuk aku tentukan
mana satu yang lebih priority
atau
keluarkan amanah itu dari tanggungjawabku
dan pindahkan kepada orang lain yang
lebih mempuyai banyak masa
habis cerita!!

petang ni ke TM, hantar anak ke asrama
satu tanggungjawab juga tu...

Sunday, March 29, 2009

penat yang menyeronokkan

15 jam naik bas dari KB ke JB. Amat memenatkan!
tetapi banyak yang seronoknya!
seharian di JB....untuk lawatan penanda aras,
berehat semalaman di hotel,
kemudian 13 jam pula berada di dalam bas transnasional untuk balik keKB.
cikgu-cikgu lain meneruskan misi ke Batam.

kami bertolak jam 5.00 petang dari SIC dengan dua buah bas. Bas SIC dan bas SMKZ1


berposing sementara menunggu kawan-kawan semasa berhenti untuk makan malam
( bas SIC berhenti makan di Kuala Brang, tetap kami yang menaiki bas SMKZ1 berhenti diBukit Besi)

jam 8.30 kami check in di hotel, kemudian terus dengan program lawatan .
jam 9.30 kami ke Maktab Sultan Abu Bakar,tetapi sesat...lebih satu jam baru sampai.

kusyuk mendengar taklimat, dan menonton tayangan video korporat mengenai MSAB




Galleri atau muzium MSAB yang penoh sejarah....
sangat menarik..








kami kemudiannya ke STF....terlewat hampir dua jam disebabkan sesat sebelumnya.
kami sampai sekolah telah hampir lengang kerana guru-guru lelaki bersiap untuk solat jumaat.

sambutan yang diberikan amat memberangsankan!
kami dihidangkan tengan tayangan video korporat, perbincangan pintar, lawatan ke PSS, lawatan ke sessi P&P dengan menggunakan interactive board....
tetapi mata sudah terlalu mengantuk...
dan badan sudah sangat keletihan...
dan perut pun sudah berkeroncong..kelaparan...




sehinggakan Abiey dan tcherSally terawal sedikit kebawah semasa kita orang masih di dalam PSS
......sempat berposing lagi tu...







dan akhirnya kami dihaidangkan dengan jamuan tengahari....nasi ayam yang lazat, sbb dah kelaparan..akhirnya yang tinggal hanya pinggan kososng..







pada petangnya kami diberi kebebasan...ada yang ke singapura, ada yang ke The Zon dan ada yang melayan mata di bilik hotel
aku sempat melayan mata sekejap, kemudian ambil teksi ke The Zon...tapi kecewa...tak ada apa-apa pun kat situ. Besar lagi KB Mall. barang pun tak murah sangat w/p kawasan bebas cukai. agaknya murah lagi pengkalan Kubur dan Rantau Panjang........agaknya jiwaku jiwa katak dibawah tempurung!

p/s: inilah pemandangan bandar Johor Bharu dari tingkap bilikku.di hujung sana yang berbalam-balam tu adalah bangunan di bandaraya singapura.



pada malamnya kami di jamu dengan nasi beriyani gam di satu restoren ( tak ingat nama apa )
kami makan tak ingat apa-apa...hingga gambar pun terlupa nak klik! best..

Tuesday, March 24, 2009

....tapi bukan aku!

3 hari lagi cikgu-cikgu SIC bakal menjadi jutawan....tapi, bukan aku!

Taklimat guru petang tadi memperincikan tentang program lawatan penanda aras guru-guru SIC ke Johor Bharu.
Kami bertolak petang khamis, dan dijangka tiba di JB pada pagi Jumaat. Seharian kami akan berada diJB, melawat dua sekolah ternama, kemudian jalan-jalan, makan-makan, lihat-lihat..(apa yang ada heh...Huhu.. Sebenarnya aku tak pernah sampai ke JB, kecuali 25 tahun lepas, masa form 5. So tak dapat bayangkan bagaimana!)

kemudian hari sabtu, rombongan akan bertolak ke Batam.Maka jadi jutawanlah cikgu-cikgu SIC!.. tetapi bukan aku....kerana aku terpaksa bertolak pulang ke Kelantan pada pagi sabtu...sedihh.. nak juga kenal tempat orang, tp nak buat macammana?

hari ahad..shoppinglah kawan-kawan...dah ada duit berjuta-juta!
Tcher Sally, Abiey, ciguSue & sensei..dapatlah kalian rasa jadi jutawan...dan jangan lupa buah salak pun cukup lah untuk orang yang tak dapat nak rasa naik feri nih!
Hari isnin..baru bertolak pulang!

dan kawan-kawan bloggers.....kalau nampak Bas SM Zainab dan bas Maktab Sultan Ismail di hujung minggu ni di tempat anda.....kami berada di dalamnya..

Sunday, March 22, 2009

berhantukah akademi fantasia

Hari pertama: umi, marilah tengok diari akademi fantasia
Hari kedua : umi…diari akademi fantasia…
Hari ketiga: umi…marilah…naseef tak bagi tukar chanel
Dan aku pun terpacak depan tv dari pukul 9.00 hingga 10.00 malam

Asalnya hanya sebagai penunggu anak-anak perempuan supaya chanel 104 tidak ditukar kepada chanel lain oleh dua orang hero yang ada.
Kalau tidak…pasti chanel animax untuk hero yang besar
dan chanel sukan & ceria untuk hero junior,
maka heroin-heroin akan jadi ‘pengalah’ setiap masa…
So, time tu, aku bertindak sebagai penyelamat anak-anak perempuan....
supaya setahun sekali mereka boleh menguasai chanel tv pada waktu perdana walau pun masih tidak berkuasa memegang remote control..

Dan selepas hampir dua minggu….
Aku masih dipanggil oleh anak-anak untuk diari akademi fantasia..
Namun...
Kalau tidak dipanggil pun, naluri meminta untuk untuk aku bertenggek di sofa itu diantara jam 9.00 – 10.00 malam…mahu melihat aksi-aksi mereka....seolah-olah aku telah mengenali mereka semua!

Rutin malamku sudah berubah….
Betapa berhantunya Akademi Fantasi…
Sebagaimana berhantunya aku berblog..hu..hu..hu…

Saturday, March 21, 2009

khamis,jumaat,sabtu & ahad...

Kehidupan di dalam kenderaan amat memenatkan!

Hari khamis:

pergi kenduri, ooo…sukarnya mencari parking!!

kemudian bertolak ke rumah bonda..( balik kampung ..he..he..) sepanjang perjalanan mengekuri lorry dan bas. Huh! Boringnya….60-70 km/jam.

panjang giler kereta mengekurinya.

Hari Jumaat:

Balik semula ke KB. Jalan smooth je…orang dah nak balik ketempat masing-masing…so, kita menentang arus ler kiranya.

Kemudian ke tempat kenduri lagi.

Petangnya ambil anak yang baru balik dari perlis.

( kereta sempat rilex sekejap je dalam garaj )

Hari ni…(sabtu)

Sekejap lagi nak ke pasar..peti dah kosong sejak hari khamis..tak masak kat rumah…asyik makan kenduri jer..

Lepas tu nak hantar anak ke asrama Tanah merah, sure jalan banyak jam..sbb itu jalan utama untuk keluar dari Kelantan. Anak perantau sudah beransur-ansur meninggalkan negeri tumpah darahnya..

Petang nanti kena tunggu anak buah dari perlis untuk dihantar ke asrama di PC

Besuk …(Hari Ahad)

Emm….start ke sekolah semula..

Kesibukan bermula.. dengan rutin yang tak perlu dinyatakan…

….kelas tambahan petang akan bersambung, dan kelas golden night akan bermula.

penat-penatkan lah diri anda!semoga kepenatan kita berbaloi dengan mereka semua beoleh kejayaan

Wednesday, March 18, 2009

cerita anak-anak

cuti sekolah ni, gelanggang badminton di belakang rumahku di penuhi dengan anak-anak semula...
anak ku dan anak jiran-jiran. Dan bukan bermain badminton, tetapi bolasepak!

petang tadi aku sempat menjadi penonton dia orang bermain...
si dia yang paling kecil berbaju merah adalah anak lelaki ku, Amar yang terlalu obses dengan MU....
kalau ada perlawanan MU, pukul dua pagi pun sanggup kunci jam, tetapi dengan jam-jam locengnya sekali tertidur!




kadang-kadang terfikir juga...seawal 7 tahun, dia sudah menghafal nama kelab-kelab bola sepak dan pemain-pemain bola sepak dunia...sedangkan tidak ada yang minat bola dirumah, kecuali abangnya yang berada di asrama.


emm....mungkin gen arwah abah yang minat bola berada didalam dirinya..
Commentnya minggu lepas...Tak pa MU kalah...tapi tetap no 1...
Huh....aku tak tau apa-apa tentang bola, tetapi kakaknya hingga hari ini pun masih mengusiknya tentang kekalahan MU!

plan lain, lain yang jadi...

aduish...!!!!
aku kena buat analisa untuk peperiksaan februari.
cadangnya
lepas PTK boleh le ngadap computer lama sikit!
tetapi.....
program SPP yg ada dalam komputer bilik periksa hancuss!
kena serang virus...nak buka fail pun tak dapat!
Nak guna program lama (excell) untuk marksheet sebelum ni...semua aku dah delete dari laptop ni, sbb dah ada program baru..
what to do???
......moralnya: walau ada yang baru, yang lama jangan dibuang.....
emmm...
cuti ada 3 hari lagi...
kertas markah bersepah atas meja..
...hu..hu..
kenalah tunggu lagi........
sehingga s/u periksa buat sesuatu dgn program tu! ( mesti selepas cuti...)


so.....
besuk boleh balik kampung
bawa anak-anak jumpa neneknya...

Tuesday, March 17, 2009

celaru

wow!!!

PTK dah habis....
40 soalan bahagian satu berjawab..
dan 40 soalan bahagian dua pun berjawab.....
cuma hitamkan ruangan jawapan...
mudahkan!
........

........

......... JUMPA LAGI PTK 2010.......

Monday, March 16, 2009

study....

S
T
U
D
Y
......... satu baris...
.....dua baris......
kemudian...

zzzz....zzzzz......zzzzz.....zzzzz

zzzz.....zzzzz......zzzzz.....zzzzzz

zzzz....zzzz.....zzzzz...zzzz

baru nak mula belek buku hari ni
dah jadi macam tu...
besuk exam!!

itulah....orang tua study
dibantu dengan cuaca sejuk......hujan tak berhenti-henti....

semoga ada keajaiban akan berlaku esuk....hu..hu..

Sunday, March 15, 2009

dengki yang berfaedah

dalam sehari dua ni...
dalam merayau dan menyinggah blog-blog yang terpilih,
banyak yang menulis tentang cek drp nuffnang
....aku dengki...
kerana blog aku tiada nuffnang
sebelum ni tak terniat nak memasukkan benda tu!

Selepas subuh hari ni
aku start mengoogle...
dengan cuaca yang tak menentu (hujan lebat wow!!!)
maka wireless juga tak menentu....sentiasa hang..
oho....dekat dua jam di depan laptop
aku berjaya akhirnya..

moga-moga dengki aku membawa faedah

Thursday, March 12, 2009

Hari ni...


perkara pertama
Result SPM keluar...
kelulusan 100% dan 15 orang yang dapat 9A keatas
Tahniah buat semua warga SIC!


yang kedua,
Jamuan Laksa telah dijayakan dengn sempurna
Jumlah kutipan....(Tak Tahu ler )
Kesian anak-anak PERTINE...penat!!!!
Berorban untuk Sekolah, insyaAllah mendapat ganjaran yang besar..


Esuk bermula cuti
Alhamdulillah….

Yang Bestnyer…
banyak kerja yang telah disiapkan (menjelang cuti...)
  • Buku latihan pelajar…telah siap disemak dan telah dihantar kepada ketua bidang untuk disemak
  • Markah February test...sudah diserah kepada form teacher,
  • Keluar masuk pelajar penyata februari….telah dihantar dan disahkan!
  • Buku rekod mengajar….beres!!! (sudah hantar pada KB.)


Yang tak bestnya….

  • Ada kelas tambahan masa cuti…tak boleh nak relaks sikit.....huhuhu..
  • PTK 17 feb…tak tau apa-apa nak jawab.. nak cari peluru hidup..(sape ada bekalan….tolonglah bagi sikit..!)
  • Kena buat analisa ujian februari…..form teacher!!!! Cepat ler hantar markah!!!

Kesimpulannya….cuti ker..tak cuti ker... sama saja.

Cuma,

cuti ni banyak majlis kenduri kahwin yang kena hadir!!!!!!

(dah ada 6 kad dalam tangan)

Wednesday, March 11, 2009

dunia dah tua...

Balik sekolah petang tadi…

Bibik dah sediakan ubi rebus yg diambinya dari belakang rumah….

Ingat masa kecil-kecil dulu…..sarapan dengan ubi rebus dan kopi o….

(anak-anak sekarang sarapannya dengan nugget ayam…)

Kemudian…

Ada pula sebiji durian….yang datangnya dari pokok sebelah rumah…

Aku rasa pokok durian ni dah nyanyuk...…berbuah sepanjang tahun…

(Sebenarnya tanah sebelah rumah tu adalah tanah my brother in law…tapi dia tak duduk kat sini…)

Dan aku yang beruntung…dapat merasa!!

……...sebenarnya dunia dah terlalu tua…...dah nyanyuk…....dah tak ingat musim…

Sebab tu dalam musim panas pun ada banjir.
Sekarang dah tak ada musim buah sebagaimana kita kecil-kecil dulu…
sebab sekarang ni, buah-buahan dah ada sepanjang tahun..

He..he…walau pun belakang rumahku ada pokok ubi kayu, pokok jambu batu (banyak lagi la..) dan sebelah rumah ku ada pokok durian, pokok petai tetapi rumah ku terletak di dalam Bandar…..cuma 4 km dari pusat bandar !

Cuma suasana kampong gitu…(memang pun orang kampong pun......)

Sunday, March 08, 2009

esok cuti....

esok cuti...Alhamdulillah...
tapi banyak kerja yang nak dibereskan

1. tanda skrip jawapan budak...kesian...
dah seminggu dia org tanya markah

2. semak buku latihan budak...bertimbun bawa balik kat rumah..
( kat sekolah banyak lagi...)

3. Surf internet untuk cari bahan PTK.(Rajinnye....!!)
Orang NUTP kata, cikgu-cikgu tak boleh guna pengalaman
untuk jawab soalan PTK, sebab Pengalaman menipu kita...
contoh:
1. Ikut akta: Jurujual tak boleh berniaga kecuali di kantin / koperasi atau pada hari terbuka,
ikut pengalaman: jurujual bebas berniaga bila-bila masa dan dimana saja selepas minta kebenaran dari pengetua..
( jual Insurans ler, everyday dia tu datang kat sekolah, boleh bagi meja satu untuknya dibilik guru..he..he..)
2. Ikut akta: cikgu yang tak tulis buku rekod mengajar boleh didenda tidak lebih drp RM 500.
ikut pengalaman: Sejak bersekolah hingga menjadi guru, tak pernah ada cikgu kena denda sbb tak tulis buku rekod mengajar. Yang dah naik pangkat mungkin ada ler....
3. Dan banyak lagi......tak tercatat!

apa-apa pun, pengalaman adalah guru yang tak pernah menipu....walaupun kita tertipu olehnya untuk menjawab soalan PTK!!

Friday, March 06, 2009

guava sp.

petang tadi, bila jalan-jalan belakang rumah, rupa-rupanya dah banyak jambu yang gugur . dah masak rupanya....hari sabtu minggu lepas rasanya baru bercerita tentang jambu ni..
untuk sape-sape yng ingin mengimbau kenangan dulu-dulu semasa di kampung........dibawah ni aku letakkan beberapa biji
hari ni makan colek jambu dengan cuka, gula , garam, belacan & cili api.
Anak-anak hanya ambil 2-3 keping aje......mana lah dia orang tahu makan jambu ni....
Kerana biasanya mereka makan jambu besar (Jambu zaman sekarang ) dengan 'kuah rojak' yang aku beli kat kedai sebagai pasangannya..

Thursday, March 05, 2009

hari ini.....(dlm sejarah)

mejar Dr Faiz Khalid, bakal angkasawan negara di di SIC!
kedatangannya sebagai tetamu untuk majlis sukan rakyat sempena Keputeraan Sultan Kelantan.
tak le gempak sangat......tapi rasanya rugi jugak kalau tak lihat wajahnya secara life walau pun melambak gambarnya di media..
tapi... hari ni kelas penuh...masa 1 & 2 ada kelas, sambung lagi masa ke 3.....
masa ke4 free.... pergi kantin, after that, pergi sekejap intai apa yg ada dekat gerai angkasawan negara.
Ada beberapa perkara yg mungkin menarik minat pelajar, esp video latihannya...tapi bukan aku!
Muka Dr Faiz , aku intai dari jauh je lah sbb students ramai sangat.....masa rehat diorang!
then, masa ke 5 & 6 ada kelas lagi..
Masuk kelas, sibuk bebudak tu membodek......
'teacher...pergi lar ambik gambar dgn Dr Faiz.....klu cikgu, tak payah beratur...masuk aje dlm kawasan tu, dia org benarkan...budak-budak kena beratur...'
aku tau lar.... sebenarnya diorg suruh aku keluar..tak payah belajar., dan diorg pun boleh lah meronda..... he..he..he..
habis masa ke6, semua pelajar dan guru dibenarkan balik
HUH!! AWALNYA......baru pukul 12.... Aku baru nak nak rehat hari ni......
masuk je bilik guru, tanya kekawan......boleh dikatakan semua dah posing dgn dr Faiz ( yg nak ler..) siap dapat postkad yg bertandatangan lg....

rasa dengki juga bila tengok cikgu-cikgu lain beredar untuk pulang....tapi buku rekod aku belum tulis ...huhu.....bukan tulis rancangan mengajar tetapi lapuran mengajar... hari ni kena hantar!

sebelum balik intai sekejap apa yg ada kat tepi padang tu..
Tempat Dr Faiz dah kosong...
aku melencong ke gerai celcom sekejap.... ingatkan nak ambil schoolpac untuk Naseef, tp tak ada salinan IC.
pastu ke TMnet....kawan sebelah kata streamyx combo cuma RM60 sebulan modem percuma...
yg ada kat rumah skrg ni RM 66 sebulan, router sendiri (sbb nak wireless ), kira mahallah..
rupanya yg RM60 tu untuk 384 kbps, klu 512 RM 9o sebulan.
Hohoho...(bacanya: jgn dengar cakap orang ..... diorg tak tahu....)
aku bertolak balik jam 1.15 tengahari...sampai kat rumah Adam terus tanya..'umi..umi tak gi skoloh ke...'
pelikbenar dia, umi balik awal..
before this, paling awal pun 3.30 ptg.

Wednesday, March 04, 2009

first button given to me sejak aku masuk group bloggers 2 bulan lepas. Thanks to chekgu bh.

apa-apa pun orang nak kata, bagiku blogging adalah satu cara untuk berkongsi rasa dengan sesiapa saja .Gembira...sedih...marah...hatta merajuk pun! And the top of it, ianya merupakan satu cara untuk melepaskan tension dan menghilangkan stress.(kerja cikgu ni banyak stress la...)


masih mengenai rasa...

sedih...marah...kecewa..???
dalam sedap-sedap mengadap laptop, tiba-tiba....
umi!!!!kereta umi langgar tiang!!!!!!
oh my god.....my daughter yang baru dapat lesen memandu dua minggu lepas buat hal!
biasanya okey je drive.... tetapi malang tak berbau..
petang tadi dia ambik kereta ke rumah kawannya, bila balik nak masuk parking yang luasnya muat 3 buak kereta, boleh pulak dia langgar tiang!!

inilah hasilnya avanzaku...


dan dia cuma kata 'sorry umi.....'

Monday, March 02, 2009

CIKGU KE KERANI??

sape-sape yang bergelar cikgu-cikgi tu, pernah tak kena siapkan benda ni??rasanya di sekolah lain kerani yang buat, hanya di SIC
guru unit pendaftaran yang kena buat.
Dah bertahun aku buat kerja ni...(tahun lepas off, tak tahu kenapa, ttpi tidak di suruh) dan tahun ni bermula semula!
kerjanya tak susah, cuma masukkan nama pelajar , tarikh masuk / tarikh keluar dan dari / ke sekolah mana.
Tapi mak oii...penyata bulan Februari, yang keluar untuk ke MRSM dan SBP dah berpuluh-puluh daripada form 1, tak masuk form 4 lagi, ke MRSM, SBP , Teknik, balik kampung, etc...MACAM-MACAM!
ditambah dengan pelajar form 1 yang masuk untuk panggilan kedua, ketiga, keempat.....tak kuasa nak kira! hinggakan drp USA pun ada! tapi orang melayu la....
Bulan Mac nanti kemasukan form 4 plak...menggantikan yang dah keluar!

Ni yang aku sedang buat, dah hampir 60 pelajar bertaip. Stop sekejap untuk n3 blog ni...
Agaknya ni lah sbbnya kerani sekolah tak nak buat, dan we all di unit pendaftaran yg jadi mangsa!Terlalu banyak yang keluar masuk!
Dan yang anehnya....keluar masuk pelajar di sekolah yang tercinta ini berlaku sepanjang tahun, dari januari hingga Disember...tak pernah miss!

Hu..hu..hu..terpaksa ku lupakan sekejap skrip jawapan budak-budak tu malam ni...

Sunday, March 01, 2009

cikgu vs students

hari ni exam mate utk form 1...Soalan drp JPN dan Huda yang uruskan soalan.
Aku yg start paper tingkatan 1 J. Tingkatan yg aku ajar.
Ada satu pembetulan soalan......aku tulisnya di atas white board
5 minit...10 minit...15 minit...and then 1 student came to me...'teacher, no 16 tak ada jawapan'. Aku pun mengiralah drp kertas pembetulan yang dibuat.
Kemudian, aku menjawab 'ada.....awak yg tak pandai kira'
5 minit lagi, seorang lagi dtg, aku jawab benda yang sama.
Lepas tu dua tiga orang datang dan aku jawab benda yang sama.
Tak lama lepas tu, budak yg sama datang, 'teacher, sy dah kira bnyk kali. jawapan dia 14.'
Aku pun....dengan suara yg lantang ( musim exam, suasana sunyi sepi..) 'sy dah check soalan, semua ada jawapan, jangan yakin sangat jawapan awak betul...calculator pun mungkin tak betul, kalau tak dapat, kira lagi'
Senyap budak-budak tu hingga akhir...
Dan bila time pungut kertas, one boy kat depan sekali dengan ragu-ragu berkata 'teacher, lepas semua hantar kertas, teacher tunjuk bagaimana nak kira soalan tu?'
Bila semua settle, aku dengan confidentnya menyelesaikan soalan pembetulan yg aku tulis di white board....and the answer is .......14. oh my god....
Check punya check...rupanya aku tersilap salin soalan.
tetapi cikgu tak kan kalah dgn students.... 'okey...i'll give you free mark for this number' ehek..ehek......suke ler bebudak tu...dan hilanglah silap aku hari ni...