Followers

Sunday, March 01, 2009

cikgu vs students

hari ni exam mate utk form 1...Soalan drp JPN dan Huda yang uruskan soalan.
Aku yg start paper tingkatan 1 J. Tingkatan yg aku ajar.
Ada satu pembetulan soalan......aku tulisnya di atas white board
5 minit...10 minit...15 minit...and then 1 student came to me...'teacher, no 16 tak ada jawapan'. Aku pun mengiralah drp kertas pembetulan yang dibuat.
Kemudian, aku menjawab 'ada.....awak yg tak pandai kira'
5 minit lagi, seorang lagi dtg, aku jawab benda yang sama.
Lepas tu dua tiga orang datang dan aku jawab benda yang sama.
Tak lama lepas tu, budak yg sama datang, 'teacher, sy dah kira bnyk kali. jawapan dia 14.'
Aku pun....dengan suara yg lantang ( musim exam, suasana sunyi sepi..) 'sy dah check soalan, semua ada jawapan, jangan yakin sangat jawapan awak betul...calculator pun mungkin tak betul, kalau tak dapat, kira lagi'
Senyap budak-budak tu hingga akhir...
Dan bila time pungut kertas, one boy kat depan sekali dengan ragu-ragu berkata 'teacher, lepas semua hantar kertas, teacher tunjuk bagaimana nak kira soalan tu?'
Bila semua settle, aku dengan confidentnya menyelesaikan soalan pembetulan yg aku tulis di white board....and the answer is .......14. oh my god....
Check punya check...rupanya aku tersilap salin soalan.
tetapi cikgu tak kan kalah dgn students.... 'okey...i'll give you free mark for this number' ehek..ehek......suke ler bebudak tu...dan hilanglah silap aku hari ni...

13 comments:

Melawis said...

Guru pun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

the life of cikgu sue said...

kitakan cikgu....

Chekgu BaniHassim said...

huhu...
besela tu...
cuma kita ni ade ego...
harap dorg tak memperlekehkan kite atas kesilapan kecik nih...

selamat menyemak kembali soalan ye...
huhu

tchersally said...

hohoho~ uiks!!! cikgu kantaoi..x pe nobody is perfect..

shinrei said...

mesti syok student dapat markah free..

manje said...

salam ziarah

hehe besh ar dpt markah free... tetmbh subjek math huhu

Ira said...

salam...salam singgah.

cikgu_math said...

melawis>> yeap...sbb kita makhluk tuhan...

cikgu sue>> ..dan mereka tu student kita..

chekgu bh>> klu sekali-skala tak pe...hanya jd perencah je...
bab nak semak skrip jawapan ni yg rasa nak demam ni..

tcher sally>> betui-betui kantoi...sib baik form 1..budak kecik lg..

cikgu_math said...

shinrei>>..tu yg terlupa terus cikgu buat silap..happy dpt free mark!!

manje>> welcome...
best gak...tp 1 mark tak cukup makan...

Ira>> u're welcome..
ada masa jenguk-jenguklah selalu..

mademoiselle azieshakespeare said...

tingat lecturer last sem
bile tersilap, die slalu buat statement macam ni
" xpe... cikgu tak penah buat silap.. anak murid je silap sebab tak tegur"

tp yg ni, biase la... nobody's perfect ;)

cikgu_math said...

azie>> ...ayat keramat tu yang menjadi conclusion bila cikgu vs students!

bluehope said...

Ni part yg BlueHope paling suke. "Markah bonus" sbb cikgu yg wat salah bukan BlueHope ataupun muka2 selamba yg kat kelas BlueHope.

cikgu_math said...

blueHope>> markah nak cover line tu...1 mark je...