Followers

Tuesday, November 17, 2015

sendiri....

Terpaksa ke pejabat Tanah Pasir Mas untuk tandatangan dokumen...
Dan saya berpeluang menyusuri jalan yang menjadi laluan saya setiap hujung minggu semasa Akiff belajar di Maahad Tahfis Sains Tanah Merah 7 tahun lepas. Akiff berpindah ke Tanah Merah dari Tumpat selepas Abahnya meninggal dunia, dan setiap minggu saya kesana bersama Adam dan Amar. Tapi kali ini saya keseorangan.... memandu sambil mengumpul kenangan. Amar sudah memasuki sekolah berasrama dan Adam sendirian  di rumah. Sudah tidak ada keseronokan untuk menemani uminya bila tidak ada kawan.....

Rupa-rupanya sudah lebih enam  tahun saya tidak melalui jalan itu . Selepas Akiff menduduki SPM saya tidak ada kepentingan ke sana.

..... Banyak tempat yang meninggalkan kenangan di laluan itu.
Tempat yang saya berhenti untuk lelapkan mata bila terlalu mengantuk......
kedai yang kami selalu singgah bila ada barang-barang diperlukan untuk di bawa ke asrama....
stesyen petrol yang saya berhenti untuk penuhkan tangki minyak kereta...
Dan banyak lagi...

7 tahun lepas kereta akan riuh rendah dengan suara kanak-kanak yang bertanya itu ini, menyanyi-nyanyi dan kadangkala bergaduh sesama sendiri. Sendirian di dalam kereta menyebabkan saya menjadi rindu.....terlalu rindu.....  rindu kepada masa yang lalu....

Kenyataannya bila anak-anak dan besar, kita akan sendirian semula...