Followers

Thursday, October 29, 2009

Hanya ujian........

ahad lepas dah decide nak balik rumah bonda petang ni, tetapi malam tadi tiba-tiba Akif call suruh ambinya diasrama, ada masalah dengan mukanya...

so, balik sekolah tadi, around pukul 3.00 pm terus pecut ke Tanah Merah, ambil nya dari asrama dan bawa ke klinik pakar kulit...( huh... mahalnya bayaran! Tapi biasa ler kalau dah namanya pakar , cuma CM tak terfikir pula semahal itu bayarannya!!)

bila siap semuanya, kereta pula buat hal... tak boleh nak start! Dan lebih mengharukan, CM tak tahu apa-apa pasal kereta... hanya tahu drive dan isi minyak....
Dalam kekalutan itu, CM sempat telefon adik yang berada di kampung, dan pastinya tidak dapat menyelesaikan masalah

Tetapi Allah mempermudahkan jalan... rupanya kereta CM park betulbetul bersebelahan dengan sepupu arwah suami, dan kami berjumpa semasa dia mahu pulang. Rupa-rupanya officenya adalah diatas bangunan yang sama!

Alhamdulillah... dia yang menguruskan semuanya.... memanggil mekanik ( atau kawannya??), dan selepas diperiksa hanya masalah bateri! Dia & kawannya yang pergi membeli bateri kereta, menggantikannya sehinggalah kereta hidup semula sewaktu azan maghrib berkumandang.

Dan Alhamdulillah juga, tempat berlaku ini adalah berdekatan dengan bank. Taklah sukar untuk CM membayar harga bateri , walau pun duit didalam poket sudah dihabiskan kepada doktor!
Semasa di bank, secara tak sengaja, terjumpa pula student CM, Afiq and her mother yang juga ingin berurusan dengan mesin ATM. Baiknya mother dia.... mereka menunggu CM dari awal hingga akhir, sehingga CM bertolak pulang kerumah!

Didalam kepenatan dari subuh hingga maghrib, dengan ujian yang diberikan Tuhan, tetapi Dia masih permudahkan jalannya....

janji tetap janji.... Anak-anak sudah bersiap untuk kerumah bonda... dan kami akan bertolak selepas solat Isya nanti.
Semoga Allah mempermudahkan lagi perjalanan hidup kami...

nota: sudah seminggu bibik tiada.... hidup masih dalam kelam kabut!!!

Saturday, October 24, 2009

pelik bin ajaib.....

penapis air yang hilang dah dikembalikan...
yang peliknya, ia ada semula di dalam kereta, sedangkan sebelum tu, dah cari disegenap penjuru!

Yang tahu penapis tu hilang hanyalah bibik...
kemudian bonda sebab telefon untuk confirm benda tu tak tertinggal dirumahnya.
dan hanya pembaca blog ini....

Mungkin kah bibik yang menyoroknya...
Tetapi tak sempat nak buat soal siasat...
sebab dia dah bertolak balik malam tadi.!

Apa pun.... rezeki masih ada. Alhamdulillah.

Hari ni CM dah mula sejarah baru..
hidup tanpa bibik....
Aduii....
agaknya blog ni nanti bersemak samun...
kerja-kerja rumah pun tak sempat nak bereskan untuk masa 24 jam sehari!!!!

Monday, October 19, 2009

kemana ia menghilang.....

Dua minggu lepas, CM ke rumah bonda,
kakak daripada Perlis balik kampung ( hari raya baru-baru ni suaminya tak dapat cuti, dan kali ini baliknya sebagai ganti )

Baliknya bersama penapis air Bio Aura... dah lama dia minta CM menggunakan penapis air ni... akhirnya terpujuk juga!!

Semasa mahu pulang, Bonda masukkan kotak Bio Aura ke dalam Bonet kereta, sedangkan barang-barang lain CM hanya letakkan pada seat belakang Avanza kami.

Bila tiba dirumah seperti biasa bibik mengangkat semua barang...

dan selepas dua minggu.... pagi semalam....

'bibik, kat mana bibik letak penapis air?'

'penapis air apa?'

'kotak yang ambil kat rumah mak minggu lepas..'

'tak ada pun....saya tak bawa naik kotak.... saya hanya ambil kain baju'

'????"

CM cuba check semula dalam bonet kereta, walaupun 200% pasti ianya tak ada disitu...dah beberapa kali bonet bereta tu telah di isi dengan benda lain selepas itu!

Kemana ia menghilang??
Siapa yang 'mengambilnya'

Alahai..... bayar pun belum lagi... barangnya sudah hilang
harganya??? dekat separuh gaji bulanan CM..

bila Allah nak tarik rezeki.... dalam satu saat saja boleh berlaku...
Redha sajalah....
pasti ada hikmah disebaliknya!
(ayat memujuk diri yang paling baik....)

Thursday, October 15, 2009

Maha suci Allah...

Tadi CM menerima satu e-mail yang difowardkan oleh cikgu Rosman, dan bila membacanya, rupa-rupanya ia adalah daripada seorang rakan lama di SESMA hampir 30 tahun yang lepas, Tolahah Muda yang senior setahun dari CM.

CM cuba memasuki websitenya , dan inilah yang dapat CM kongsi dengan semua yang mengunjungi blog ini.. ( kejadian ini berlaku di Terengganu )




Kira-kira pukul 10.15 tadi (30.9.09) saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh kakak ipar menyuruh saya turun ke bawah melihat satu fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi. Sungguh menakjubkan… tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan bila saya melihat kembali gambar yang telah dirakam melalui LCD…. nah terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan. SubhanaAllah… Maha Suci Allah.




Wednesday, October 14, 2009

terurai sudah.....

segalanya sudah terurai.....
dan sepatutnya otak sudah rileks.....
tetapi kenapa ia tidak berlaku???

PMR sudah lepas...
Yang dinanti-nanti sudah tiba..., dan sudah berlalu!!


Kenapa fikiran tidak dapat lari dari memikirkan ketidaksempurnaan yang berlaku???
Dan itulah sebenarnya menyebabkan kita tension!!!


Aduhai....

Kelmarin PMR tamat...
semalam ke mahkamah lagi.....
Dan hari ini penantian berakhir...

Tetapi semuanya tidak sempurna!
Dimana silapnya????


Apa yang perlu hanya tunggulah keputusannya nanti.....................

Sunday, October 11, 2009

program 'on call' untuk math...

hingga ke hujung waktu....

esuk, anak-anak calon PMR akan bejuang dengan nombor-nombor... menjawab kertas matematik!
dan kami cuba membantunya sehingga saat terakhir!

Pagi sabtu kelmarin, masih ada program untuk pelajar yang belum memperolehi gred A & B... kemudian bersambung pula pada pagi tadi.
Alhamdulillah... walau pun bukan diwajibkan untuk semua pelajar, tetapi kehadiran amat menggalakkan. Cuma yang menyedihkan, pelajar yang sepatutnya hadir tidak hadir, pelajar yang tak diwajibkan ramai pula yang hadir.... bagaimana nak meningkatkan prestasi????

Sekalung ucapan terima kasih kepada Penolong PPD KB ( bhg Sains & matematik) Cik Hajjah Zakiah Idris yang sama-sama turun padang, sanggup menjejakkan kaki SIC walau pun cuti hari sabtu hanya untuk melihat dan bersama pelajar! Kami menghargainya......

Semoga mereka semua memperolehi kejayaan.....Amin!

Monday, October 05, 2009

SELAMAT MENEMPUH PMR ANAK-ANAKKU!

Huh...sibuk keterlaluan...sehingga mengubah jadual harian...
Blog pun tak sempat nak menjengah... masih entri 1st day raya... sedangkan hari ini dah 15th day raya!

sibuk Program PMR, sibuk jamuan Hari raya, sibuk menyediakan perkara itu, sibuk menyelesaikan hal ini...

Tinggal sehari lagi PMR bermula.
Dan anak-anak pelajar ada yang sudah berubah... Alhamdulillah

Yang masih belum berubah, masih ada masa...tak akan terlewat untuk berubah walau pun hanya ada kurang daripada 48 jam lagi...

Semoga anda semua akan menggenggam kejayaan.