Followers

Tuesday, June 30, 2009

kegembiraan berganda!!

hari ini CM betul-betul bahagia....
bersyukur kepada allah swt.

kerja analisa dah beres... dan diserahkan kepada ibubapa pagi tadi.

Balik petang semalam, ada surat daripada CITIBANK. CM hanya perlu bayar RM 250 daripada RM 6000 yang dibelanjakan oleh pencuri credit card CM hasil perbincangan dengan pehak Bank, Biro Pengaduan kewangan dan CM awal bulan lepas diKL.
Alhamdulillah...syukur sangat-sangat!
dan terima kasih untuk kawan-kawan yang mendoakan CM, esp Azani yg siap link address bacaan untuk CM amalkan.
Dan sekarang masih menunggu keputusan untuk kad yang satu lagi. Harapnya berita yang gembira juga!

sulaman CM dah 3/4 siap...cuma dibahagian lengan belum siap! ...ada masa CM akan tampalkan hasilnya disini.

Dan pagi tadi, jumpa Boss dipejabat. Dia hulurkan satu surat yang amat menggembirakan CM. APC untuk 2008.

CM berkerja untukkepuasan diri, untuk kepentingan anak didik, tidak mengharapkan apa-apa anugerah.
Kegembiraan yang paling besar ialah bila CM dapat menghasilkan 97% gred A matematik PMR 2008. Sudah cukup Allah berikan kejayaan itu!!

Tetapi bila usaha dan tenaga kita dihargai... itulah saat yang paling bahagia.
Anugerah ini CM ingin kongsi dengan semua guru PMR yang memberi 200% kerjasama pada CM semasa memegang S/U Kecemerlangan PMR 2008.
Terima Kasih semua.... Kerjasama anda semua menyebabkan CM dapat bekerja dengan cemerlang.

Syukur Alhamdulillah!

Sunday, June 28, 2009

Award....

hari ni dah siap buat analisa....
rileks sekejap, kerja untuk sekolah kluster sudah menunggu!

boleh CM buka balik peti sulaman.....
he..he..
dan sebentar tadi CM mengembara ke dunia maya
dan
dapat award daripada MeEn.

) Letak dalam Blog anda.

dah diletak pun!! Nanti CM tempal kat side bar pulak!

2) Letak link orang yang kasi award ini

MeEn

Thank you....

3) Awardkan kepada kawan-kawan lain.

CM nak hadiahkan award ni kepada semua blog yang CM baca...' blog yang saya suka singgah' disebelah....
kalau sudi, ambil lah yerr.

********************* xxxxx ***************************

....kadang-kadang perkara se'simple' ini boleh membuat kita teruja!
dan me'release'kan stress yang ada....

Huh...leganya bila kerja siap...
hari selasa akan ada perjumpaan dengan ibubapa.... untuk penyerahan slip exam!!

Saturday, June 27, 2009

dia guruku....

CM betul-betul gembira hari ni, walau pun seharian bertenyeh mata di bilik peperiksaan...

Tanpa disangka-sangka, pagi tadi CM terima SMS

' Cikgu Ramli Kadir SMSTrg
boleh call balik'

CM terus call time tu jugak!!
Cikgu Ramli adalah cikgu CM masa form 1,2 & 3. Batch we all dengan cikgu macam kawan....very closed. CM drp sekolah asrama, and cikgu pada masa tu agaknya baru habis belajar dan juga duduk asrama... jadi warden! perbezaan umur kami hanya di sekitar 10 tahun.... that's why boleh jadi geng!!
Ini terermasuk cikgu Wan Mohzan( Kedah),
Cikgu Shakri ( sekarang di PSPN Perak ),
Cikgu Arif (Pasir Mas ),
Cikgu Razali Mohamad (Johor)
Cikgu Tajuddin ( kedah )

Semuanya sudah lost contact, kecuali cikgu Shakri yang sekali sekala masih melayani batch we all dalam yahoo groups.

Cik gu Ramli balik ke Selangor sekitar tahun 1980... dan begitu dengan cikgu-cikgu yang lain.

hu..hu..
kami bertanya khabar, berbual dan recall 30 tahun yang lepas! berkongsi pengetahuan tentang rakan-rakan yang masih boleh dihubungi.
Alangkah indahnya alam persekolahan....
dan dia berjanji akan hantar nombor telefon cikgu-cikgu lain yang masih ada padanya.

Cikgu Ramli adalah cikgu seni.... pandai melukis, pandai menyanyi...
dulu selalu masuk dalam radio pantai timur, jadi penyanyi jemputan!

Sekarang kebanyakan cikgu CM dan pencen....bagaimana rupa cikgu sekarang?? Yang ada dalam bayangan hanya rupa cikgu 30 tahun yang lepas!

"cikgu dah tak boleh bayangkan bagaimana muka narizan... kalau macam dulu bolehlah..."
"ha..ha...Kalau jumpa, cikgu dah tak kenal saya... saiz saya dah 3 kali drp dulu..."
antara dialog yang ada pada pagi tadi....

dan CM pun terfikir...
nanti CM pencen, akan adakah murid-murid CM akan menghubungi CM?
Ceriakan hati dengan kenangan yang indah..., berkongsi kisah kawan dan rakan sebagaimana yang CM rasa hari ni???

Thursday, June 25, 2009

sambutan hari cikgu-cikgi...

Baru sempat sambut hari guru peringkat sekolah....

banyak acara yang disediakan... dua tiga hari lepas telah bermula perlawanan acara sukan, karaoke, congkak dsb

hari ni diadakan perlawanan sukan rakyat: bola kampung, cucuk manik, masuk air dalam botol dll... tapi macam tak best je kali ni sebab dah di luar musim...

CM pun join ala kadar jer... otak penuh dengan kerja yg perlu disiapkan..
Dengar khabar Encik PKP dah tanya analisa mid year exam form 3... Analisa untuk form 4 & form 5 dah siap!
Komputer yg ada sistem SPP hanya satu... semalam dah mengadap hingga 4 ptg, & petang tadi CM sorang-sorang dibilik peperiksaan hingga 4 petang..
hehehe... ada orang tanya tak takut ker? ada cerita di situ...
CM senyum jer... takut, tapi buat-buat berani. Kalau tidak bila nak siap? Semua penganalisa memerlukan komputer itu sekarang!!!
'jangan pandang belakang congkak'


Tuesday, June 23, 2009

betulkan niat anda sekarang!!

Kluster School???

Apa pun bunyinya, kebanyakan sekolah menginginkan taraf itu...
dan sekolah CM dah dapat sejak april 2009...

Apa perubahannya??
cikgu masuk kelas mengajar, students macam biasa..yg rajin belajar, yg malas sikit tidor dalam kelas dan yang malas sangat.. ponteng kelas ( tak ramai species ni di SIC ...he..he.. kenyataan yg sangat boleh dipercayai!)

dua tiga kali mesyuarat kluster school sebelum ini, CM tak terlibat pun...ALHAMDULILLAH!!!!!

tapi pukul dua semalam, CM dipanggil untuk mesyuarat ini.... 7.45 pagi tadi ada lagi mesyuarat dan akan bersambung pada sabtu ini.... Alahai....banyaknya kerja!!!!!!! semuanya untuk menjayakan kluster schoo!!

agenda lain terpaksa dikiv dulu...
analisa mid year exam belum siap... masih menunggu maklumat dari form teacher! merangkak-rangkak betul perjalanannya kerana semua guru busy tahap gaban sekarang!

sulam tudung & sulam baju dah bungkus... masuk peti berkunci!! tak tau bila nak buka semula.

pukul dua tadi ada CM exam BI.... kajian untuk PPSMI (exam bersambung esuk..hi..hi.. exam pun boleh bersambung, hanya kerana cikgu-cikgu dah tak larat nak habiskan! penganjur terpaksa ikut!)

Dan sekarang CM dah nak bersiap... ada program golden night.... kelas tambahan di sekolah.

kalaulah kesibukan ini boleh ditukar dengan seketul emas....
atau pahala yang disediakan untuk membantu pelajar ini dapat dilihat .....
pasti CM tidak akan merungut ....

Alahai hati.... ikhlaskanlah niat kerana Allah....

Sunday, June 21, 2009

HAPPY FATHER'S DAY

Dah lama tak wish happy father's day...
Ayah CM meninggal 1991..17 tahun yang lepas!masa tu tak tau lagi ada father's day ni..
so CM tak pernah wish father's day pada arwah ayah.

anak-anak CM sempat menyambut perayaan hari bapa bersama arwah abah mereka,
buat kad sendiri..., give him a present.... kdg-kdg hadiah yag terlalu kecil , just sebatang pen kilometrico yang dibeli drp koperasi sekolah, atau sehelai saputangan kecil yang dijual oleh guru mereka disekolah..... but he really appreciate it! Akan diwarwarkan kepada anak-anak lain apa yg dia dapat on that day. Perkara yang sama berlaku on his birthday!

anak-anak CM yang besar pasti miss saat-saat itu, (misalnya suasana ini,) tetapi anak-anak yang masih kecil tidak berpeluang untuk merasainya....

Apa-apa pun percayalah... apa yang Allah buat ada hikmahnya... dia yang lebih ariff tentang hidup kita....

Friday, June 19, 2009

fikir pun sudah penat!!

azamku hanya separuh jalan...
tarikan untuk menjengah blog masih kuat!

hari ni sibuk berfikir...tapi kerja tak buat pun.Banyak betul yang nak disettlekan dalam masa sehari dua ni...

1. Sistem Pengurusan Peperiksaan - untuk analisa markah pelajar. Aduss......CM kena key in markah 11 subjek untuk 226 pelajar tingkatan 3. SPP ni masih baru untuk CM... masih merangkak-rangkak. Kenapalah tak buat macam sekolah lain... guru subjek yang key in markah. Penganalisa hanya memantau & menganalisa??? ada sesiapa yang boleh jawab?


2. surat taksiran semula dari LHDN... sbb tunggakan naik DG 44 pd tahun 2006. Kena bayar dlm tempoh 30 hari..., sepatutnya CM tak kena bayar, so kena buat rayuan.

3. Kena hantar semua resit buku, resit komputer,dan semua jenis penyata & resit untuk disemak oleh LHDN . Bukan setahun...tetapi untuk 2004 hingga 2008. Huh..nasib baik CM simpan semua tu...cuma tak sempat nak susun lagi...

malam ni nak off internet...
~ nak key in markah, then eksport data kedalam sistem SPP ahad ni...( masih ragu-ragu, berjaya kah? atau CM kena key in semua markah tu ke dalam sistem terus!!)

~ nak siapkan sulam baju.... sulam tudung belum masuk agenda!!( Semangat ni...)

~ nak rehatkan fikiran.... esuk hajatnya nak mengadap seseorang yang CM takut... huh..hu.. nak bincang & selesaikan soal harta pusaka!! ( beranikah aku???? )

Thursday, June 18, 2009

aZamKu ketika ini....

sejak februari 2009 CM berblog..
dan sejak itu banyak kerja-kerja lain ditinggalkan, masa free asyik menjelajah blog!

CM suka sulam tudung bawal..... tetapi selepas Feb 2008, tak ada sehelai pun yang siap di sulam........

CM suka menulis,dan hasilnya disimpan di dalam satu folder khusus di dalam komputer ... tetapi mukasuratnya tidak bertambah-tambah sejak beberapa bulan yang lepas..


hari ini CM cuba menjahit semula... sulam bunga pada baju kurung, dan harap-harap ianya dapat disiapkan...
kemudian, minggu lepas terbeli pula dua helai tudung bawal kosong, konon-kononya nak jahit shadow stitch.... semoga ianya juga dapat disiapkan.....

jadi.....
CM Kena kurangkan masa berblog.
woo woo wooo....
BOLEH KE?????????

Saturday, June 13, 2009

kembali semula!

umi... buku penulisan Amar tak jumpa lagi!!


umi... kalau Iqah buat ini dulu, boleh tak?


umi... nak duit, naseef nak gunting rambut malam ni...

semuanya sibuk...
mencari buku,
menyiapkan kerja sekolah,
memperkemaskan diri & uniform...

itu tandanya
kita kembali ke dunia asal...
dunia persekolahan!!!
huk..huk..huk...

Friday, June 12, 2009

dah di penghujung cuti( angan-angan lagi!)

kalau balik rumah bonda, anak-anak selalu kata
' umi, kalau berkumpul, mesti cerita hal sekolah... tak ada topic lain..'
dah sememangnya kami semua guru.... 14 orang dlm family adalah guru, kalau berkumpul mesti riuh rendah kerana topic sama di bincangkan...

tetapi sekarang...
bila semua berkumpul dirumah bonda, sudah ada dua group.
satu group bincang topic education , and the other group bincang topic engineering....sekarang ni dah ada 4 orang dalam group ni, oktober nanti 2 lagi engineers to be akan balik dari UK, dan cucu-cucu bonda yg sedang belajar engineering pun ramai lagi!

untuk masa akan datang..
Che Da perlu tarik lebih ramai anak buah masuk medical( sekarang dah ada 2 doctors to be ), supaya dapat membentuk satu group lagi ...group perubatan!

bayangkan...cuti nanti dirumah bonda....
sambil berBBQ,
....satu kumpulan yang dan veteren berbincang tentang masalah disiplin pelajar,
....satu kumpulan anak-anak muda ( erk... yg ada diMSET tu dah masuk golongan tua )bincang pasal stadium runtuh,
.... dan satu kumpulan wanita muda berbincang tentang operations & on calls..

yang tidak ada dalam kumpulan ni..
kena jadi tukang bakar ayam... jangan hangit sudah!!!!
( siapa lah tu yer...akauntan, bio teknologist, mathematicians....)

Thursday, June 11, 2009

cerita-cerita di KL

tiba kat Shah Alam 6.30 pg, singgah solat & mandi rumah Kak Ina... nasib baik UiTM cuti... bolehla buat rumah sendiri...
selepas meeting dengan wakil CTBank di Darul Takaful ( Thanks to my BIL, Soleham yg sempat drop us there sebelum attend Seminar di KLCC ) ,masih ada 7 jam sebelum masa untuk menaiki bas untuk pulang ke KB.
Then we ( CM, Kak Ina,my niece & Kak Ah, my daughter) went to time square, bukan nak shopping...... saja-saja nak habiskan masa.
Kak Ina & Kak Ah decided nak tengok Syurga Cinta....
'Kalau umi tak nak tengok, umi tidor je lah dalam panggung tu...'
terfikir jugak...nanti org kata 'eh.. mak cik tu pun tengok wayang. ' wakakaka.......
but think twice.... this is KL, not KB
Beratur punyalah panjang, hingga lenguh kaki CM meround sementara they all dapatkan ticket, bila tiba gilirannya, tiket SC sold out, and they all beli juga tiket untuk 17 again..... But.. at last they decided not to go in. Burnt RM 21.00!!

seksanya menghabiskan masa tanpa tujuan....
selepas solat, kami melepak-lepak.. and at last we all masuk Borders.... tengok-tengok, baca- baca dan sempat juga tangkap 2 novel di situ!!!

around 4.00, we all ke Mall, naik bus kat hentian putra, so lepak-lepak di The Mall lagi selamat!
tak nak shopping, tetapi terlekat juga satu handbag, 70% discount.
Kak Ina & Kak Ah pun sama... nasib baik duit biasiswa dah masuk!!!

and luckily, Abe Aizu juga ada training di KL, and sempat join we all sebelum balik Shah Alam. and thanks sbb belanja Che Zan makan!!!
Adoi.... makan pun ambil masa hampir dua jam.... just untuk habiskan masa.. lagi pun bukan selalu dapat berbual dengan anak saudara yg sentiasa sibuk ni....

sampai KB 4.30 pg...
15 jam di KL...
hasilnya....pehak bank kata credit card yang digunakan oleh pencuri tu terpaksa dibayar kerana kecuaian CM, cuma cara bayaran boleh dirundingkan...
CM... kena ikat perut ler... mana nak cari RM 12 000, tak masuk interest lagi tu!!!
Keputusan drp Biro (FMB): kena tunggu 3 bulan lagi untuk penelitian kes!

doa-doalah supaya that boy yg guna credit card CM (dekat chalet sri Nipah, Bachok ) di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah... sengsaranya hamba Allah yg menjadi mangsanya ....... sebab ini buka kes pertamanya!!

Sunday, June 07, 2009

..... semuanya kerana jalan jam!!

Allah jadikan sesuatu perkara, mesti ada kebaikannya... Itulah yang berlaku pada CM semasa dalam perjalanan pulang ke rumah bonda.

Dalam merungut-rungut sebab pergerakan kereta bagaikan semut mengangkut gula kerana jalan jammed , tiba-tiba ada one guy yg juga terperangkap beritahu tayar kereta CM pancit.

CM cakap dengan anak-anak tak jadi balik kampung... dan terus ambil jalan untuk balik semula kerumah, tetapi bila CM melalui jalan Kubang Kerian, masih ada kedai tayar yang beroperasi walaupun dah melebihi jam 6.00 ptg.

CM decided untuk beli tayar baru, sbb spere tyre yg ada juga dah bocor...
dan CM pun bukannya pandai bab-bab tukar tayar ni..
selepas tukar tayar kereta, sempat pula masuk kedai makan! Ingatkan nak beli makanan untuk berbuka puasa di rumah bonda, tetapi akhirnya berbuka puasa di dalam perjalanan dengan air milo.

Nasi ayam hanya dirasa selepas sampai jam 8.30 mlm...

Pada pagi jumaat, kami ( 3 keluarga shj... yg lain balik rumah mertua masing-masing) bungkus semua makanan untuk sarapan, dan dengan 3 buah kereta we all bertolak ke pantai untuk bersarapan

Pantai Air Tawar


sarapan... best juga bersarapan di tepi pantai!

dan melepaskan anak-anak mandi pantai...
Pagi Sabtu, kita orang berkonvoi 4 buah kereta ke Paka, Terengganu untuk satu majlis kenduri kahwin

Selepas makan, bergambar & buat apa-apa yang patut, kita orang bergerak pulang....

aduiss... perjalanan balik ke Kuala Terengganu yang sepatutnya memakan satu jam lebih telah berpanjangan sehingga 4 jam.... penat, panas, dan segala rasa!

hanya kenderaan yang kelihatan.... betul-betul terperangkap !
Ingat nak juga singgah Bandar kuala Terengganu, atau Pengadang Baru, nak tenguk Syurga Tudung yg dikunjungi oleh Mr PB dulu...

Tetapi harapa tinggal harapan.... traffic jam punya pasal....
apa pun sempat juga CM menjejakkan kaki ke Desa Murni Batu 6. masuk untuk intai-intai & jeling-jeling.....

Selepas Solat Jamak Zohor & Asar di KT, kami bertolak pulang dan sampai ke rumah bonda cukup-cukup waktu untuk solat maghrib.

harap-harapnya selepas ini tidak ada anak-anak yang menyoal ' umi... bila lagi kita nak pergi bercuti...'.

Thursday, June 04, 2009

cuti...

petang ni balik rumah bonda...
Esuk bercuti spenuhnya/ rehatkan minda/ release tension
atau BBQ lagi????
Lusa ke Paka...
balik mungkin singgah di K Terengganu, kalau tak pun terus ke KB.

sempatlah blog ni berhabuk sekejap... tapi hari ahad ni tuan rumah sapu balik!

Tuesday, June 02, 2009

BBQ....

selepas pertemuan dengan lawyer yang tak memberi apa-apa berkeputusan
akhirnya kami anak beranak memecut balik kampung..... rumah bonda. Apa-apa berlaku, di sanalah tempat mencurah rasa................

Acara BBQ, selepas waktu maghrib, di perkarangan rumah bonda....
walau pun bukan semua berkumpul, tetapi sekurang-kurangnya masih kuat ikatan antara kami...

menyediakan bahan.... ikan ayam & sotong ! Thanks Che Ma!


sessi membakar, sambil menadah pinggan...

masih membakar.... walau pun sebahagiannya sedang menjamu selera


menjamu selera...


dan menghabiskan apa yang ada...


sehingga licin..... dah semuanya kekenyangan
seawal jam 7 pagi tadi, we all dah bertolak balik ke KB, dan jam 8.30 pagi sudah sampai ke SKKK 3 untuk melunasi kelas tambahan Atiqah.


Monday, June 01, 2009

musnahkah keluarga kerana harta!

Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Rasional keharusan pembahagian harta sepencarian menunjukkan pengiktirafan syarak terhadap hak, habuan dan pemilikan pihak berusaha mendapatkan harta itu sepanjang perkahwinan. Hukum harta sepencarian tidak dinyata secara jelas. Cuma pembahagian itu dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak.

Ini termasuk sumbangan isteri menguruskan rumah tangga, menjaga anak, melayan suami, menyebabkan suami merasa kehidupan yang tenang dan dapat menumpukan kerjaya sehingga suami dapat memperoleh harta dalam tempoh perkahwinan mereka. Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isteri.

hari ini air mata ku menitis lagi...
Hampir 20 tahun menganyam bahagia, menjadi isteri dan ibu kepada 9 orang anak,
dan selepas 2 tahun 9 bulan meniti kehidupan dan menggalas tanggungjawab sendirian selepas pemergiannya di sisi Tuhan,
kini aku dipersoalkan kelayakan ku menuntut harta sepencarian,
sadisnya...yang mempertikaikannya adalah ibu dan kakak arwah suamiku sendiri....
banyakkah harta peninggalannya, sehingga begitu sekali menjadi rebutan????

aku malu untuk berbicara didepan Hakim...
aku malu untuk turun naik mahkamah....
aku malu untuk membongkarkan segala fail-fail lama...
hanya untuk sejumlah itu....
tetapi aku terpaksa menuntut hak kami,
kerana anak-anak masih perlu makan dan belajar.


Kuatlah wahai diri!!!!!
dan doakan aku supaya lebih tabah.....