Followers

Sunday, February 20, 2011

Bila adam mula kesekolah...( 3 )

Hari ini, selepas 52 hari bersekolah, Adam mula bersuara tentang sekolahnya...
Dia mula memberitahu dia ada kerja sekolah, dan untuk pertama kalinya dia membuat kerja sekolahnya tanpa disuruh... Alhamdulillah!!

Bila disoal keadaannya disekolah, dia sudah boleh bercerita,....
"bolehkah umi marah pada cikgu Adam?"
"Kenapa?"
"Cikgu marah Adam"
"Sebab?"
"Adam main dalam kelas"
"Dia marah macam mana?"
"ADAM!!!" ajuknya dalam suara yang kuat.

bila dibawa berbual tentang sekolah , banyaklah kisah yang keluar, dan diantaranya ;
"Kenapa Ustaz Lan marah Adam?"
"Sebab Adam main Ultraman"
"Adam main macam mana?"
"Adam guna pencil & gunting"

Ultraman dalam hidupnya ada dimana-mana....
depan komputer pasti mengadap ultraman
dihalaman rumah penuh dengan ranting kayu yang digunakan untuk menjadi ultraman dan raksasa
bila disekolah, gunting dan pencil pula menjadi ultraman!!

apapun , satu peningkatan yang sangat baik untuk Adam Nuaim Mazlan!!!

Monday, February 14, 2011

Bila adam mula kesekolah...( 2 )

Dah masuk enam minggu Adam bersekolah, so far so good, walau pun pantang ada kakak atau abang bercuti kat rumah, maka dia pun terasa ' nak demam '. Bab kerja sekolah... itu cerita kedua!!

3 minggu pertama adalah minggu transisi, minggu ke empat pelajar diasingkan mengikut kebolehan dan Adam terjungkit jauh daripada kelas 'A'manah ke kelas 'G'igih. Kelas pelajar yang tak tahu membaca!! Tapi setakat hari ini kehadiran kesekolah masih 100%.

Petang semalam satu  cerita baru dibawa pulang.

"Adam tak nak bertugas... Adam mana tahu menyapu!"

"Adam buatlah.. lama-lama Adam akan pandai..." CM menjawab.

"Tak nak! Adam tak pandai menyapu", dan akhirnya perkataannya bertukar menjadi tangisan!!!

Alahai..... 8 orang anak CM sebelum ini tak pernah pun menyapu sampah kat rumah semasa berumur 6 tahun, tetapi ianya tidak menjadi issue. Tiba-tiba, bila tiba ke anak yang ke sembilan, tak tahu menyapu pun satu  jadi satu perkara yang amat besar.

Agaknya pagi semalam, dia dimarahi oleh gurunya kerana kelas kotor, dan Adam ini adalah Adam yang keras jiwanya... tidak cuba untuk belajar perkara yang dia tidak minat....

Apa yang boleh  dilakukan???,
hingga sekarang  dia masih belum dapat membaca, tetapi kalau search internet, semua jenis nama Ultraman dia tahu, hanya  dengan melihat  tulisan yang ada di atas skrin komputer... kerana dia adalah peminat ultraman no 1!!