Followers

Thursday, December 19, 2013

pengalaman pertama...

pengalaman pertama menyediakan majlis perkawwinan untuk anak perempuan...
Kenduri kahwin anak CM pada 14 hb Dis dan hari ini sudah 19hb Dis, tetapi penat badan masih terasa... hingga demam !
Sangat sukar bila dari merancang lagi kerja bersaorangan, apalagi bila tiba masa untuk melaksanakan nya.
tetapi alhamdulillah... ramai kawan dan saudara mara membantu dan memberi sokongan..
Sesungguhnya rintangan dan kesukaran itu hanyalah ujian yang kecil untuk hamba-hambaNya .



tahniah untuk anakanda Farhani Dan Danish... berusahalah untuk menjadi pasangan yang paling  baik dan diredhai oleh Allah swt.. menjadi siteri solehah, suami yang bertanggungjawab dan ibu bapa yang penyanyang..

famili pehak lelaki...


famili CM


semoga dipermudahkan segalannya....

Wednesday, December 18, 2013

rehat yang panjang...

Alhamdulillah, masih ada nafas lagi blog ini
walaupun dah setahun tidak dikemaskini.
Tarikh yang tersurat untuk entri terakhir adalah 28 dis 2012.
Dan ini mungkin satu-satunya entri untuk 2013
sebelum tirai masa melabuhkan dirinya.

Dalam setahun terlalu banyak kekangan untuk menulis diblog ini...
Buka laptop, ada saja kerja yg perlu dibereskan terutamanya tugas-tugas guru
yg semuanya perlu menggunakan online.
PBS, SAPS, e-operasi dan sebagainya yang akhirnya
menjadikan saya seorang pemalas...
Malas menunggu di depan latop yang loading memanjang......
walau pun kadangkala sempat menulis status di dalam facebook
sekadar untuk berhubung dengan kawan-kawan di alam maya.

Terlalu banyak cerita untuk diletakkan disini untuk dijadikan
kenangan dan memori di masa hadapan......
dan insyaAllah selepas ini akan ada catatan susulan.
Semoga dipermudahkan.