Followers

Thursday, August 27, 2009

sambut kemerdekaan versi kami!

bebrapa kali bonda telefon... bertanya khabar bila nak pulang ke kampung sempena cuti sekolah.
Cadang nya ujung minggu ni, tetapi terpaksa dibatalkan sebab Farhani & Alia akan tiba pada hari sabtu.... sambut kemerdekaan dirumah!!!

tadi bonda berkunjung ....menumpang adik CM yang
kebetulan ada hal di KB!

Disuruh CM balik hari ahad lepas sekolah...
( he..he.. CM sekolah Ahad ni..., kacau betul!!)

Bonda nak buat majlis berbuka puasa keluarga...
daripada 11 anak, 9 menantu dan 38 cucu yang ada, yang tak dapat balik hanya kakak CM di perlis bersama 3 orang anaknya...
2 cucu yang lain....termasuk seorang anak CM di UNITEN Muadzam dan seorang lagi cucunya di UK....
hu..hu.. gamatnya rumah bonda sambut hari kemerdekaan........

psst....Kesian Kak Ah..... ( kalau nak balik sempat lagi ambil ticket ke kt... )

Monday, August 24, 2009

Dah kena rampas?

petang tadi CM ke Tanah Merah, ambil anak bujang dari asrama Maahad Tahfiz Sains untuk bercuti & berpuasa bersama keluarga.
Bimbang letih & mengantuk di bulan puasa, CM bawa Amar, 7 tahun buat peneman bercakap sambil memandu.
Sambil berbual-bual, keluarlah satu topik yang membuatkan CM tersenyum memanjang.....


sudah beberapa kali dia menceritakan tentang Aqilah, kawan sedarjahnya.... dan dianggapnya sebagai girlfriendnya...CM layan jerr...

tapi hari ni....

Dia: Aqilah buke gewe Amar doh.... Nik Ahmad Hazim dah rampas drp Amar.

umi: lepas tu, Amar nok ko sapo?

Dia: Shuhada.... tapi dia pun orang lain dah rampas ( dia sebut nama, CM tak ingat ) .

Umi: jadi.. Amar tak dok gewe lahh...

Dia: Ada... nama dia Adawiyah. tapi dia tak comel sangat.

Umi: Kalu orang lain rampas pulak?

Dia: Amar cari orang lain pulak!

Umi: Kawan-kawan perempuan dalam kelas Amar nak ke ko Amar?

Dia: Nak..... Amar bagi dia pinjam pensil warna.... dia baiklah ngan Amar.

Aduissss...... Kelakar betul!
darjah satu dah tahu istilah rampas merampas..... comel tak comel!

CM layan jer.... budak-budak!!
kalau dia tahu n3 kali ni pasal dia, mengamuk tak habis!

Sunday, August 23, 2009

Tazkirah di bulan Ramadhan

Khalid bin Ahmad menyatakan, bahawa manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu

1. Manusia yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, dan boleh dijadikan pemimpin.

2. Manusia yang tahu, tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang sedemikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya dia menjadi cerdas.

4. Manusia yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang sedemikian perlu di jauhi.

Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Ramadhan kali ini.
Wallahualam.

( dipetik daripadaDiari Islam )

Friday, August 21, 2009

29 Syaaban......


29 Syaaban 1430, genap 3 tahun dia meninggalkan kami sekeluarga

dia meninggal sehari sebelum menyambut ramadhan.
dan tahun ini, kali keempat kami melakukan ibadat puasa tanpanya...

Sama-sama kita menghadiahkan Alfatihah untuknya ,
Semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman...


doakan kami tabah meneruskan hidup tanpanya !

Wednesday, August 19, 2009

dilemma.....

pergi sekolah tadi....
ramai yang tanya pasal mahkamah semalam..

huhu... ramai juga yang tahu..
kerana terpaksa minta kebenaran keluar ..
untuk ke mahkamah!!

jawapannya......
Tak ada penyelesaian...
dan selepas ini
mungkin CM akan mengalah....
kerana mengalah bukan bererti kalah!
Bagaikan kata en-me.... itu hanya harta dunia!!
di akhirat kita akan di persoalkan semula!

Kata Lawyer... kita akan dapat...
sebab itu hak CM,
tetapi risikonya
pudarlah hubungan kekeluargaan


CM sudah letih menghadapi situasi ini...
penat.....
dan sudah terlalu penat!!

biarlah......
kesukaran hidup saat ini
mungkin kerana Allah nak lebihkan rezeki CM kemudian hari!



(sesiapa yang tidak memahami n3 ini, sila abaikan!)
kerana ini adalah rentetan daripada kisah-kisah sebelum ini!!

Tuesday, August 18, 2009

trial exam PMR

Trial Exam PMR sudah bermula...
hari ni dah masuk hari ketiga


Adui.....
tengok pada students yang ambik exam tu, nampak gayanya cikgu yang terlebih tension..
they all relax jerr..



dan ada yang masih sempat bermimpi semasa menjawab soalan....

kawan-kawan diluar sana,
sape-sape yang sudi hantar soalan trial PMR negeri masing-masing, CM sangat alu-alukan....

Sunday, August 16, 2009

letihnya memikirkannya!!

Ohh.....
penat fizikal.....
penat mental!

Kadang-kadang kerja bertimbun,
tapi kalau kita enjoy melakukan...
penat tidak akan terasa.

hari ini taklah terlalu banyak kerja yang ada!!!
tetapi banyak berfikir!
dan kepenatan amat terasa!

18/8 ke mahkamah lagi...
aduh...
aku sudah letih....
dan sudah tidak mampu melawan keadaan.....

Thursday, August 13, 2009

jamuan lagi.... dan lagi!!

beraya sebelum puasa. he..he..

hari ini bilik guru kami ada jamuan lagi...
jamuan siri ke 3!


hari ini,
jamuan dibilik no 1 ( bilik jabatan Bahasa )
Menu: nasi kerabu, mee kari, lontong, lamb chop, pulut kuning dan .........
banyak betul menu hari ni!
Tak sempat nak rasa semua....
kekenyangan!
CM & TcherSally
(CM curi dari blog Tchersally...sorry yerr)
mangkuk yang ketiga, CM dapatkan puding, selepas mee kari & lontong.
Nasib baik mangkuk tu kecil ....
nak balik pun belum dapat habiskan makanan tu!!

Jamuan part 1
Pada hari khamis lepas, jamuan di bilik no 3 (bilik jabatan sains sosial )
menu utama ; Laksa, kuih muih , rojak buah, dll.


Jamuan part 2:
hari Isnin , jamuan dibilik no 2 ( bilik jabatan sains & matematik )
menu utama: soto ayam, bubur lambuk, makaroni bakar & kuih muih


Dan kita orang masih menunggu jamuan part 4
Jamuan oleh ketua-ketua bidang & pentadbir!
hari selasa akan datang...
menu belum diberitahu!!

Ada pelajar yang bertanya CM
'jamuan apa cikgu?'

CM menjawab
'jamuan ihya ramadhan'
he..he.. ada ke?

Tapi itulah kelebihan bilik guru kami.
sepakat & berkerjasama!

Wednesday, August 12, 2009

Dia cabut juga akhirnya...

lagi kisah anak teruna CM.....
Tiba-tiba dia call suruh menjemputnya di KB Mall.

Hanya sempat 3 hari kena kuarantin, hari ke empat dah chow,
katanya mintak nak balik dengan doktor.
and then doktor buat fully check up, dan dia dilepaskan balik..ho..ho..

Kat rumah pun boring, sbb orang lain semua kesekolah!
Study jauh sekali wp SPM just around the corner
entah apa yang dia buat sorang-sorang,
Tetapi balik dari sekolah petang tadi,
CM tengok PC kat rumah yang sudah dua bulan KO ,
hidup semula!

Ingatkan dah nak buang PC tu, nak ganti baru hujung tahun ni...
Dah 10 tahun umurnya..... dah upgrade berkali-kali!
Hinggakan kedai komputer pun nasihat tukar yang baru!

Alhamdulillah..
selamatlah duit buat sementara waktu ni,
Anak-anak pun tak berebut Lappy ni dengan uminya untuk online!

Monday, August 10, 2009

kuarantin....

tiba-tiba ada message di telefon...
'call sgr, penting'

~~~~~~~~~~
CM buat panggilan

'Umi...nak balik, boring! tak tau nak buat apa'

'Eh...mana boleh, kan kena kuarantin...'

'Boring... tak tau nak buat apa! Nak keluar bilik pun tak boleh'

itu luahan anak CM... ada pelajar di sekolahnya positif H1N1, pelajar kena kuarantine seminggu di asrama. Sekolah nya diberi cuti, tetapi semua pelajarnya tinggal di asrama!
Bayangkan.... seminggu di asrama tanpa ke bilik darjah, tidak boleh ke padang... makan pun terpaksa diangkut ke dalam bilik... dan setiap hari doktor ke sekolah untuk pemantauan... Semuanya kerana H1N1.
itu baru hari kedua kena kuarantin, masih ada 5 hari lagi.

Kesian... tapi apa boleh buat!!

Friday, August 07, 2009

seharian di Terengganu.

Semalam CM membawa 32 pelajar cemerlang tingkatan 3 melawat Terengganu.
Kami ke INSTEP, Planetarium dan sekitar Masjid Kristal.

Tidak ada apa yang menarik, tetapi bagi mereka mungkin ini satu pengalaman yang menyeronokkan. Lawatan yang di sponsor sepenuhnya sebagai hadiah kecemerlangan di dalam mid-year exam.

Dan CM beruntung, setelah hampir 20 tahun bertugas sebagai guru, semalam CM telah memperolehi ilmu baru tentang bidang kejuruteraan. CM dah dapat sedikit ilmu apa dia jurutera mekanikal, jurutera proses, jurutera instrument dsb.

perjalanan yang menyeronokkan..... bersama 32 anak remaja lelaki yang sedikit nakal tetapi cerdik , bermacam-macam perkara yang ditimbulkan... seperti comment En Azraai pada CM diINSTEP ' mereka pelajar cemerlang, minat & semangat ingin tahu mereka tinggi'....... dan itulah yang menjadikan sessi taklimat penuh dengan kelucuan yang ditimbulkan oleh mereka!!

Saturday, August 01, 2009

health screening

sekarang betul-betul tak ada masa nak post entri, budak hampir PMR, cikgu yang tak cukup masa!

Petang semalam CM ke Hospital pakar Perdana, mendengar taklimat promotion yang dianjurkan oleh KPJ. Itu pun setelah kali ketiga di pelawa melalui telefon. Ingatkan taklimat dalam bentuk ceramah, tetapi rupanya lebih kepada majlis konsultasi, perbincangan empat mata.

Penerangan hanya biasa, tertumpu kepada 4 main killer in Malaysia : heart disease, cancer, diabetes & stroke.

Apa yang nak disampaikan adalah pakej health Screening yang melibatkan 114 jenis test yang dapat trace penyakit tersebut di peringkat awal. Satu complete test melibatkan RM 2 500, tetapi pakej yang ditawarkan adalah untuk 5 tahun ( 5 kali screening ) dengan kos lebih kurang 5.5K. Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit dalam masa 3 tahun, bayaran bulananya lebihkurang RM 150. Berbaloi ke??

CM dah ada Prudential, tetapi prudential hanya bila kita dah terkena penyakit. Kalau ikut jurucakapnya semalam, selepas kita buat health screening dan kita memerlukan rawatan susulan, prudential boleh digunakan.

entahlah....mungkin ini cara hidup sekarang. Penyakit datang tanpa ada tanda... tau-tau dah stage terakhir, atau seperti Yasmin Ahmad, BILA TAU DAH TAK SEMPAT NAK DISELAMATKAN!