Followers

Tuesday, November 17, 2015

sendiri....

Terpaksa ke pejabat Tanah Pasir Mas untuk tandatangan dokumen...
Dan saya berpeluang menyusuri jalan yang menjadi laluan saya setiap hujung minggu semasa Akiff belajar di Maahad Tahfis Sains Tanah Merah 7 tahun lepas. Akiff berpindah ke Tanah Merah dari Tumpat selepas Abahnya meninggal dunia, dan setiap minggu saya kesana bersama Adam dan Amar. Tapi kali ini saya keseorangan.... memandu sambil mengumpul kenangan. Amar sudah memasuki sekolah berasrama dan Adam sendirian  di rumah. Sudah tidak ada keseronokan untuk menemani uminya bila tidak ada kawan.....

Rupa-rupanya sudah lebih enam  tahun saya tidak melalui jalan itu . Selepas Akiff menduduki SPM saya tidak ada kepentingan ke sana.

..... Banyak tempat yang meninggalkan kenangan di laluan itu.
Tempat yang saya berhenti untuk lelapkan mata bila terlalu mengantuk......
kedai yang kami selalu singgah bila ada barang-barang diperlukan untuk di bawa ke asrama....
stesyen petrol yang saya berhenti untuk penuhkan tangki minyak kereta...
Dan banyak lagi...

7 tahun lepas kereta akan riuh rendah dengan suara kanak-kanak yang bertanya itu ini, menyanyi-nyanyi dan kadangkala bergaduh sesama sendiri. Sendirian di dalam kereta menyebabkan saya menjadi rindu.....terlalu rindu.....  rindu kepada masa yang lalu....

Kenyataannya bila anak-anak dan besar, kita akan sendirian semula...

Saturday, October 24, 2015

sibuk dan kosong

saya cikgu yang sibuk...
sibuk dengan tugas-tugas mengajar, sibuk dengan tugas-tugas diluar daripada pdp. Sibuk dengan tugas yang bukan semua cikgu boleh buat. Buka email, baca email dan hantar laporan melalui email. Benda yang remeh tetapi banyak mengambil masa rehat saya. itu tidak termasuk tugas online guru yang 1001 jenis...
saya merasainya.... dan saya menghayatinya..

bila habis peperiksaan PT3, dalam masa yang sama tugas menyiapkan pindah peruntukan kebitaraan SKK siap dan  ketika itu juga profail  individu siap dikemas kini.... Silibus tingkatan 1 sudah habis. Tugas setahun saya hampir 95% sudah dibereskan... hanya menunggu menanda skrip PT3.

Saya merasa bebas seketika. Saya 'delete' semua 'fail' yang ada di dalam kepala. kosong!
Tenang dan Relaks!
Saya balik ke rumah jam 2.30 petang, berbanding sebelum ini, semasa azan asar berkumandang, saya masih lagi memegang stereng kereta di atas jalan, atau masih bersama pelajar saya di bilik guru. Hebat!! Dan lebih hebat bila tekanan darah saya menurun dari 141/89 kepada 124/81

Daripada situasi ini saya sedar sesuatu....

bila kita mahukan otak kosong , maka ia akan kosong... dan kita menjadi blur..

 pada masa itu saya tak memikirkan itu kereta siapa, teapi apa yang saya fikir kenapa kereta saya berbeza!!!

dan lagi....
bila kita meletakkan diri kita sangat sibuk , maka perkara yang penting untuk diri menjadi remeh... tidak termasuk dalam senarai untuk diselesaikan!
Sehinggalah pada satu ketika otak kita tidak lagi memberi fokus utama kepada kerja..barulah kita sedar banyak yang terabai...



rata-rata komen yang saya dapat dari facebook adalah mempersoalkan apa yang saya fikirkan... dan  adakah saya tersangat sibuk sehinggakan perkara ini berlaku??

jawapan saya....
saya tidak sibuk kerana masa sibuk saya telah berlalu....
dan saya tidak banyak berfikir kerana saya telah mengosongkan fikiran saya untuk kerja....









Tuesday, October 20, 2015

cikgu

Sungguh...
terlalu banyak duri dan selumbar didalam bidang pendidikan sekarang
cikgu-cikgu berperang dengan masalah disiplin anak-anak pelajar..
masalah tidak minat dengan pelajaran
masalah tak ada fokus dalam kelas
kerana dunia mereka lebih luas... wassap, telegram, facebook, dan segala-segalanya...

cikgu-cikgu sekarang berjuang untuk mantapkan emosi dan perasaan
bila setiap waktu disalahkan..
anak ponteng, cikgu tak prihatin
anak gagal, cikgu tak pandai mengajar
anak biadap, cikgu tak pandai mendidik

dan sekarang
lagi parah.....
bila sistem pendidikan tidak seperti yang diharapkan..
cikgu-cikgu dituduh menjadi penyebabnya...