Followers

Tuesday, December 27, 2011

2011

hari ni sudah 27 Disember.
lagi 4 hari untuk 2011 menjadi sejarah
begitu cepat masa berlalu
Rasanya baru saja mendaftar Adam untuk ke tahun satu
kini sudah masuk ke darjah dua....

Selamat datang 2012
Semoga 2012 akan lebih baik daripada 2011
semoga semua
yang tertangguh di tahun 2011 akan selesai di 2012
yang tersimpul di 2011 akan terurai di 2012
yang terputus di 2011 akan bersambung di 2012
Dan yang paling penting...
biarlah 2012 menjadi tahun gembira buat CM dan anak-anak!!






Friday, December 09, 2011

cuti sekolah vs masa lapang!

kadangkala  lapang itu membebankan.....
hampir 3 minggu sekolah bercuti, dan selama itu juga CM mempunyai masa lapang yang panjang, tetapi rasanya masa terbuang dengan sia-sia......satu kerja pun tak dapat nak siapkan..

alangkah banyaknya rancangan yang ada dalam kepala, tetapi bila terlalu banyak, inilah hasilnya!!!!

CM sekarang sedang menghabiskan buku JANGAN BERSEDIH. JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA
dan catatan bekalan daripada penulis buku tersebut ' jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki'.

mungkinkah ada penambahbaikan  ke atas sesuatu yang telah dilakukan selama ini??? Wallahualam.

Thursday, November 10, 2011

memandang ke hadapan....

sessi persekolahan 2011 sudah hampir ke penghujungnya..
rasanya baru jer menerima tugas & amanah yang diberikan semasa mesyuarat guru kali pertama pada hujung disember yang lepas. Tugas yang tidak banyak menuntut komitmen masa dan tenaga untuk tahun 2011!!

tetapi :
pagi tadi CM didatangi oleh SUP sekolah..
" Tahun depan kita nak masuk balik nama CM dalam unit peperiksaan, cuma tak tahu nak letak kat mana lagi!"
"kalau tak ada post tak payahlah letak, baru setahun nak rileks dari unit Peperiksaan".. Itu jawapan CM. Moga-moga kata-kata itu diambil kira!
 kemudian ada lagi lamaran yang datang selepas itu...
"Bolehlah ambil tugas Penyelaras tingkatan 3? Rasanya awak lebih berpengalaman" itu katanya..
"Alahai.... kalau nak,  berilah tugas lain pulak.. Saya dah puas dengan penyelaras tingkatan 3.. dari tahun 2003, berhenti setahun ambik balik, kemudian berhenti sekejap, orang bagi semula! Ini baru tahun kedua rileks dari tugas penyelaras tingkatan 3.. takkan saya nak ambik semula". CM menolak, tetapi masih sempat mencadangkan beberapa nama boleh memegang tugas itu.
InsyaAllah akan diterima cadangan yang CM kemukakan tu...
Alhamdulillah tahun ini pembahagian tugas untuk 2012 sangat telus. Sekurang-kurangnya kita dah dapat bayangan dan merancang apa yang patut dibuat untuk tahun 2012 nanti...

Semoga 2012 lebih banyak masa untuk update blog!!!!



Wednesday, November 09, 2011

Seni memasak

Kata Chef Riz memasak itu adalah seni, dan CM patut mengakuinya... Apalagi membuat sesuatu yang cute dan comel seperti ini...


bermula daripada kerja anak-anak menghabiskan masa cuti semester 3 bulan , tempahan diterima daripada rakan-rakan mereka, Tetapi bila semuanya pergi meninggalkan rumah bila semester baru bermula, CM sendiri yang menyiapkan tempahan dari rakan-rakan.. setakat 100-200  masih boleh dibuat selepas waktu persekolahan...

Tetapi bila tempahan mencapai 1000 untuk aidiladha yang lepas, kalut nak menyiapkannya, tetapi masih bernasib baik kerana permintaan untuk dua hari, iaitu hari khamis dan jumaat, dan bantuan daripada Wawa yang kebetulan baru lepas menghadapi peperiksaan SMU boleh dimanafaatkan....

walau penat, tetapi masih sanggup melakukannya.... bila melihat hasilnya yang berwarna warni... Jom... layan jer gambar



bancuhan tepung yang sudah diwarnakan


siap diplastikkan untuk memudahkan ....

cup cake yang diatur didalam acuan

ha..ha... mula  memenihi acuan

inti untuk menambahkan perasa

sedia untuk dikukus selepas di'polkadot' dengan pelbagai warna

siap!!!!

untuk dihantar kepada tuan punya yang menempah!!!
Esuk masih ada 500 biji untuk disiapkan... 

Friday, September 23, 2011

lima tahun berlalu...

23 September 2011
Sudah lima tahun beliau meninggalkan kami....


ALFATIHAH UNTUKNYA... SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN!!

Monday, September 12, 2011

back to normal

empat bulan lebih kami sekeluarga berkumpul,
kadang-kadang bersama-sama buat itu ini....
kadang-kadang bermasam muka...
ada yang bertikam lidah..., bergaduh
semuanya menambahkam masam manis hidup berkeluarga!
mencorakkan bunga kehidupan adik beradik
selepas raya, satu persatu balik ke kampus....
ada yang balik ke asrama
dan rumah CM kembali kepada asal...
Amar, Adam, dan aseef yang masing-masing dengan aktiviti sendiri yang tidak dapat di kongsi...

Akhirnya
CM terasa sunyi di rumah sendiri
sunyi seorang ibu yang melahirkan 9 anak!!!

Wednesday, August 31, 2011

hari kemenangan.....

aidil fitri... hari kemenangan buat umat Islam, dan hari berkumpul buat CM sekeluarga....
Berkumpul di rumah bonda....
Dan Alhamdulillah
kita semua masih sempat menyambut aidilfitri pada tahun ini.
Tahun depan belum tentu kita sempat  berkongsi nikmat di bumi Allah ini....
hanya yang sempat berkumpul.... masih ada yang belum tiba!!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!

Sunday, August 28, 2011

AIDIL FITRI 2011

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ
/______/~\     
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ˚ ✰* ★
| 田田 |門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥
 



SALAM KEMAAFAN DARI CM UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG INI.....

Wednesday, August 24, 2011

wordless wednesday - model kecil.

ibu doktor, ayah engineer, anak nak jadi model... Boleh???

Thursday, August 18, 2011

bunyi mercun itu....

mengantuk.... suatu yang tidak dapat dielakkan bila kertas latih tubi diagihkan kepada didalam bulan ramadhan ini...
pelajar sibuk mengira dan menghitung... cikgu kat depan dah bepuluh kali bangun duduk mengelakkan diri dari tertidur... pusing kiri, pusing kanan, kebelakang, kedepan. .tetapi mata masih belum mahu berkerjasama!
"Cikgu tidurlah dulu.... kita orang tak kisah.."
Alahai... bila dah ada yang bersuara, pasti mereka semua dah perasan yang cikgu dah mencuba 1001 gaya menahan mengantuk!!
"Sape yang dah bela jin dalam kelas ni... sampai cikgu tak dapat nak buka mata hari ni?? ...." biasalah... walaupun sangat  nyata dan jelas kelemahan CM, tetapi pelajar juga yang jadi mangsa, walau pun dalam suasana yang agak kelakar.

tiba-tiba.....

DUMMM....
bunyi mercun yang kuat dibangunan sebelah!!
Dan tiba-tiba mata CM dah terbuka luas... tidak ada lagi rasa mengantuk!!

walaupun mercun diharamkan, tetapi rupanya masih ada yang dapat keuntungan daripadanya....

Wednesday, August 17, 2011

setelah 33 tahun berlalu

sangat teruja dan terharu..... bila tiba-tiba bekas guru yang telah mengajar CM 33 tahun yang lepas tiba-tiba telefon bertanya khabar..

cikgu yang mengajar CM Pendidikan Seni dan  BM semasa di tingkatan 1 dan 2.
CM amat menyanjunginya kerana hubungan  rapat beliau dengan kami, anak-anak didiknya pada masa itu..
 tingkatan 2 sains 1
( tahun 1978)
beliau sebagai guru kelas...

tertanya dalam diri... mampukan CM nanti seperti itu.....
mengingati anak-anak pelajar sehingga ke hujung kehidupan... 
sedangkan sebagai pelajar pun CM tidak mampu untuk menelefon bekas-bekas guru untuk bertanya khabar, malah  ada yang sudah kabur di dalam ingatan rupa paras guru-guru yang mengajar CM dulu...
Terima Kasih cikgu... Semoga CM mampu menjadi seperti beliau..
entry ini khusus buat Cikgu Ramli Kadir yang kini sudah bersara dan menetap di negeri selangor!

hobi yang ditinggalkan.....

Kadang-kadang sesuatu yang lama ditinggalkan menjadi perkara yang amat seronok bila dibuat semula....
Hujan yang mulai membasahi bumi menyebabkan CM mula menyentuh semula pasu-pasu yang kontang dek kemarau yang panjang beberapa bulan yang lepas...


hasilnya pokok terung sudah mengeluarkan bunga...
pokok cili sudah beberapa kali dipetik hasilnya..
pokok capsicum sudah mengeluarkan hasil sulung yang saiznya 4 kali lebih kecil daripada yang dibeli dipasar..
dan terakhir, pokok kacang bendi yang disemai beberapa minggu yang lepas sudah mengeluarkan 4-5 helai daun ...
Teruja... memang sangat teruja untuk melihat kasil tanaman walau pun ianya hanya ditanam didalam pasu bunga.. walau hanya terselit dicelah-celah pokok bunga yang hidup segan mati tak mahu!

Monday, July 18, 2011

kembali semula.....

entah kenapa, tiba-tiba terasa nak update blog... dah bersawang !!!
hari ini sangat-sangat happy sebab sukatan untuk PMR sudah dikhatamkan.. sekarang nak menyelongkar bahan untuk latih tubi..

Dan dalam masa yang sama, kotak jahitan sudah dibuka kembali..sketch yang dah bertahun tersimpan dalam file akan dipindahkan keatas baju kurung sebagai sulaman shadow stitch.... semoga tak ada aral yang menghalang kali ini.

Sunday, June 05, 2011

Kelebihan Bulan Rejab: Artikel copy and paste... semoga ada keberkatannya!!

hari ini dah 2hb Rejab????
Cepatnya masa berlalu.....

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.


Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).


* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.


* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).


* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.


* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.


* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.


* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.


* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.


* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.


* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.


* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.


* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.


* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.


Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.


Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.


Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.


Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:


* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.


Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan

Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Wednesday, May 25, 2011

hari Ibu.... Hari Guru....

Bulan Mei hampir memencilan diri....
Satu bulan yang sepatutnyaditunggu-tunggu oleh seorang guru dan seorang ibu seperti CM..
tetapi kesibukan yang melanda mrnyebabkan ianya berlalu begitu bersahaja.

Sambutan Hari Guru???
Meriah diperingkat sekolah dengan acara yang biasa....
dapat hadiah daripada anak murid, persembahan didewan dan acara sukaneka..
Tetapi pertama kali dalam sejarah selepas 21 tahun mengajar,
semangat yang ada di dalam diri menjadi begitu hambar,
mungkin pengaruh persekitaran... atau suasana dalam bilik darjah, dang mungkin juga faktor pelajar yang CM dapat pada tahun ini.... semoga semangat yang hilanh itu tidah berpanjangan!!!

Sambutan hari Ibu??
seperti biasa, ada hadiah daripada anak-anak, tetapi tidak ada yang istimewa untuk hari ibu pada tahun ini... tidak ada makanan istimewa atau sebagainya...
Entah mengapa, tiba-tiba hari ini, CM membuka blog dan terjumpa entri ini: Hari-hari hari Ibu. 
he..he... betapa sibuknya seorang 'umi' sehingga tidak terbaca apa yang sepatutnya dibaca pada hari ibu yang lepas!!!

Begitulah....

Friday, April 15, 2011

Jumaat...

Jumaat... hari yang paling sibuk dalam seminggu
hantar anak taekwando, pusat tuition & etc

ke pasar, ke supermarket, mydin etc
basuh baju,basuh kasut sekolah
kemas rumah
masak untuk lunch dll
kerana
hanya sekali dalam seminggu dapat memegang title surirumah....

tapi
masih nak juga jenguk blog dan FB

Monday, April 11, 2011

hari kelam kabut.....

Hari yang paling kelam kabut....

Hari ini CM terpaksa menguruskan perkhemahan PBSM sendiri selepas guru penasihat utama bertukar.. Pendaftaran di Kem pukul dua petang dan peserta di arah berkumpul  dimasjid SIC jam 1.00 pm untuk menunggu bas, tetapi....

Dalam jam 12.00 tengahari, tiba-tiba ada 2 pelajar ke kelas CM...
'teacher, PK HEM nak bercakap dengan teacher, kita tak ada surat kebenaran ibubapa'
'Hah!!!'
Benda yang paling penting itu boleh terlupa!!!
Dan CM terus tinggalkan kelas, jumpa PK HEM dan buat apa yang patut..
Ada yang balik ambil tandatangan ibubapa, ada yang telefon dan ada yang parents sendiri datang kesekolah.. akhirnya semuanya settle dan kami bertolak ke kem  jam 2pm.

Selepas everything selesai, CM kesekolah semula, bereskan apa yang patut... dan jam 4.00 pm balik kerumah..
Sekali lagi kelam kabut... Adam tidak ada di rumah transitnya... dan dah 2 kali abang dan sepupunya carinya disekolah, tetapi tiada.
4.30 pm CM pecut kereta ke sekolah Adam. Kosong... tak ada pelajar yang berkeliaran.... dan selepas 5 minit budak-budak fardu ain keluar dari masjid!

Orang yang pertama keluar , CM terus tanya tentang Adam. ( Nasib baik dia kenal Adam & Amar)
'Adam tertinggal bas... jadi Amar bawa dia masuk kelas fardu ain'
Alahai..... rasa macam dah boleh terbang merentas dunia!! Lega.....
Patutlah si Naseef tidak berjaya menemui Adam, rupanya Amar telah menjalankan tanggungjawabnya lebih dahulu...

Tuesday, March 22, 2011

entry tertunda... happy belated birthday untuk Amar Marwan Mazlan>

Dicelah-celah kesibukan kenduri kahwin,
kami cuba memanafaatkan saat-saat  berkumpulnya anak-anak bonda  untuk meraikan ulangtahun kelahiran yang ke 9 Amar Marwan ( anak CM) , dan ulangtahun kelahiran Nuqman Wafiq yang pertama ( anak buah CM).
Majlis simple tetapi meriah....
Dalam kepenatan, CM sempat membuat macaroni bakar, kakak & adik CM bergabung tenaga mengoreng meehoon dan keropok...
Dan Mama Wafiq sempat lagi menyediakan goodies bag yang berisi belon, topeng, alat tulis dll untuk diagihkan kepada anak-anak saudara yang ada..
Best... kerana bukan selalu kami berkumpul... kecuali ada kenduri atau pada hari raya!!

Thursday, March 17, 2011

Cuti yang tak cuti...

Hari Jumaat cuti bermula tetapi CM terpaksa mengisi slot  Kelas tambahan pada pagi jumaat... kemudian terus memecut kereta ke rumah bonda untuk menyiapkan barang hantaran anak buah CM yang akan kahwin pada 13hb. Kali ini terpaksa meninggalkan Naseef, Iqah dan Wawa di rumah kerana masing-masing mempunyai kerja  dan kelas tuition.

Pagi Sabtu balik semula ke Kota Bharu untuk mengambil anak-anak yang di tinggalkan.... masih sempat ke supermarket mencari hadiah kahwin sebelum balik semula ke rumah bonda.

Hari Ahad Kenduri kahwin... majlis yang amat meriah walau pun dalam hujan lebat!!! tahniah untuk Nur Amalina dan Syahrul.

Pagi Selasa CM bertolak seawal jam 8.15 am kerumah bonda, untuk bersama-sama rombongan ke majlis resepsi di Kuala Terengganu  yaang dijangka bertolaj pukul 10.00 pagi., dan sampai semula ke rumaj jam 7.30 pm. Penatnya hanya Tuhan yang tahu!!

Hari rabu nak relaks.... hari Khamis terpaksa mengiringi anak murid ke peringkat Akhir Kuiz 'so you think you can spell scientific term'.
Permintaan kawan CM untuk tolong mengajar anaknya matematik dalam masa cuti kali ni tak dapat di penuhi....masa cuti terlalu pendek untuk CM!!

Sunday, March 06, 2011

Grrr!!! tapi nak senyum!!!

time untuk merelaxkan otak...
hari banyak free .... kononnya nak menyambung kerja-kerja menyiapkan borang keluar masuk pelajar yang dah betangguh sekian lama... masih seperti ini

dah berjam-jam key in data ke dalam excel, tiba-tiba....
nak delete row, tetapi terdelete sheet!!
Alahai.... sia-sia kerja hari ni!!!
Dah malas nak sambung ....

time untuk blogwalking
time untuk relax....
time untuk berfacebook!

he..he.. bilalah nak siap kerja ni??
sedangkan kena hantar ke JPN dan PPD sebelum 6 hb setiap bulan!!
hehe... itu tarikh hari ini!!!

Grrrrr.....

Friday, March 04, 2011

Setiap akhir bulan Februari...

setiap hujung bulan februari, CM pasti kehilangan mood untuk buat kerja-kerja lain.... selagi reten bulanan belum disiapkan!!
Terlalu ramai pelajar yang keluar masuk ke SIC...  pelajar form 4 ke SBP dan Mara, pelajar form 1 juga keluar.... dan digantikan dengan pelajar baru untuk mengisi kekosongan...
dah hampir 100 data pelajar sudah bertaip, tetapi masih banyak lagi yang belum diselesaikan.
dan rasanya setiap tahun perkara ini akan berulang selagi tugas guru pendaftaran & pertukaran pelajar masih masih dibahu CM ...seperti yang tertera disini
stress sangat-sangat bila enrolmen pelajar dan borang keluar masuk pelajar tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan oleh JPN &  PPD.
semuanya hanya disebabkan segelintir guru tingkatan yang mengisi buku jadual kedatangan tidak mengikut specifikasi yang ditetapkan, sama kes disini

Tetapi yang pastinya Tuhan  telah meluangkan masa untuk meneutralkan hati...
Semalam CM membawa pelajar ke USM, menyertai kuiz 'So you think you can spell scientific term' anjuran Jabatan Neurosains, Pusat pengajian perubatan USM. Dapat release tension... melayan 4 peserta yang CM bawa, pelajar-pelajar yang nakal tetapi genius. Kami melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya.
Dan, on the top of that, dapat bertemu dengan Pakar Saraf ternama dunia, Professor Dr Jafri Malin bin Abdullah, yang merupakan ketua jabatan Neurosains. Very humble... dalam kesibukan beliau dalam arena peubatan dunia, beliau masih sempat  menjenguk peserta-peserta kuiz, bergambar dan melayan mereka semua... seorang yang patut dijadikan idola.

Semalam juga peperiksaan  PKBS 1 sudah bermula... CM harus melapangkan fikiran dengan tugas pengkeranian ini , sebagai persediaan mental untuk menanda kertas pelajar, yang mungkin menjadikan CM kehilangan mood lagi...

Thursday, March 03, 2011

tiba-tiba....

tiba-tiba jer...
buka blog dan edit blog..
Blog CM dah bertahun tak edit, menulis entri pun berbulan-bulan selangnya...
mungkin selepas ni akan rajin menulis..
siapa tahu???

Sunday, February 20, 2011

Bila adam mula kesekolah...( 3 )

Hari ini, selepas 52 hari bersekolah, Adam mula bersuara tentang sekolahnya...
Dia mula memberitahu dia ada kerja sekolah, dan untuk pertama kalinya dia membuat kerja sekolahnya tanpa disuruh... Alhamdulillah!!

Bila disoal keadaannya disekolah, dia sudah boleh bercerita,....
"bolehkah umi marah pada cikgu Adam?"
"Kenapa?"
"Cikgu marah Adam"
"Sebab?"
"Adam main dalam kelas"
"Dia marah macam mana?"
"ADAM!!!" ajuknya dalam suara yang kuat.

bila dibawa berbual tentang sekolah , banyaklah kisah yang keluar, dan diantaranya ;
"Kenapa Ustaz Lan marah Adam?"
"Sebab Adam main Ultraman"
"Adam main macam mana?"
"Adam guna pencil & gunting"

Ultraman dalam hidupnya ada dimana-mana....
depan komputer pasti mengadap ultraman
dihalaman rumah penuh dengan ranting kayu yang digunakan untuk menjadi ultraman dan raksasa
bila disekolah, gunting dan pencil pula menjadi ultraman!!

apapun , satu peningkatan yang sangat baik untuk Adam Nuaim Mazlan!!!

Monday, February 14, 2011

Bila adam mula kesekolah...( 2 )

Dah masuk enam minggu Adam bersekolah, so far so good, walau pun pantang ada kakak atau abang bercuti kat rumah, maka dia pun terasa ' nak demam '. Bab kerja sekolah... itu cerita kedua!!

3 minggu pertama adalah minggu transisi, minggu ke empat pelajar diasingkan mengikut kebolehan dan Adam terjungkit jauh daripada kelas 'A'manah ke kelas 'G'igih. Kelas pelajar yang tak tahu membaca!! Tapi setakat hari ini kehadiran kesekolah masih 100%.

Petang semalam satu  cerita baru dibawa pulang.

"Adam tak nak bertugas... Adam mana tahu menyapu!"

"Adam buatlah.. lama-lama Adam akan pandai..." CM menjawab.

"Tak nak! Adam tak pandai menyapu", dan akhirnya perkataannya bertukar menjadi tangisan!!!

Alahai..... 8 orang anak CM sebelum ini tak pernah pun menyapu sampah kat rumah semasa berumur 6 tahun, tetapi ianya tidak menjadi issue. Tiba-tiba, bila tiba ke anak yang ke sembilan, tak tahu menyapu pun satu  jadi satu perkara yang amat besar.

Agaknya pagi semalam, dia dimarahi oleh gurunya kerana kelas kotor, dan Adam ini adalah Adam yang keras jiwanya... tidak cuba untuk belajar perkara yang dia tidak minat....

Apa yang boleh  dilakukan???,
hingga sekarang  dia masih belum dapat membaca, tetapi kalau search internet, semua jenis nama Ultraman dia tahu, hanya  dengan melihat  tulisan yang ada di atas skrin komputer... kerana dia adalah peminat ultraman no 1!!

Wednesday, January 12, 2011

Bila adam mula kesekolah...

Sudah masuk minggu kedua...
Tapi Adam masih sama....
Baju dan seluar umi yang pakaikan,
rambut umi yang sikat,
stokin, dia hanya hulurkan kaki. Nasib baik kasut dia boleh pakai sendiri.
Yang tak tahannya...
bila ditanya apa yang Adam belajar... siapa nama kawan Adam,  suka tak pergi sekolah, dan  tanyalah soalan apa-apa pun mengenai sekolah....
Jawapannya  hanya satu..."ENTAH!"

Friday, January 07, 2011

bila hujan mencurah-curah..

semalam hujan turun tak berhenti-henti, dan perbagai kisah yang terjadi ekuran daripadanya..

~bila hujan , semua parents akan cuba menghantar anak masing-masing ke pintu masuk kawasan sekolah, menyebabkan jammed yang sangat teruk!! dari SMKA Zainab I ke SIC mengambil masa lebih daripada 20 minit, sedangkan masa sepatutnya adalah kurang dari 5 minit...

~waktu pulang dari sekolah juga sama, hinggakan ada cikgu yang pusing semula dan masuk balik ke SIC... Bila berada diatas jalan terlalu lama, semua perkara boleh menjadi lupa! Hari ini CM terlupa mengambil Iqah dari sekolahnya di Amalin Aishah Putri, dan terlupa membeli nasi anak-anak untuk makan tengahari, semuanya kelaparan, lebih-lebih lagi hari hujan..
selepas solat zohor CM terpaksa  berada di atas jalanraya  yang masih jammed semula... ambil Iqah dan cari nasi anakanak.  Semuanya settle hampir jam 5.30 petang..

~tiba jerr kat rumah, baru perasan rumah arnab sudah ditenggelami air... 2 ekur arnab putih sedang kesejukan berendam dalam air.. dan sekali lagi CM bertungkus lumus mengangkat dan menyusun pasu-pasu bunga yg tidak digunakan , dan akhirnya adalah tempat arnab berehat tanpa digenangi air....

~semua anak pokok  lobak putih  ( Benih yang berikan oleh tuan punya blog tanam sendiri) yang baru dipindahkan 2 minggu yang lepas ditenggelami air.. akan hidupkan dia nanti???