Followers

Thursday, August 18, 2011

bunyi mercun itu....

mengantuk.... suatu yang tidak dapat dielakkan bila kertas latih tubi diagihkan kepada didalam bulan ramadhan ini...
pelajar sibuk mengira dan menghitung... cikgu kat depan dah bepuluh kali bangun duduk mengelakkan diri dari tertidur... pusing kiri, pusing kanan, kebelakang, kedepan. .tetapi mata masih belum mahu berkerjasama!
"Cikgu tidurlah dulu.... kita orang tak kisah.."
Alahai... bila dah ada yang bersuara, pasti mereka semua dah perasan yang cikgu dah mencuba 1001 gaya menahan mengantuk!!
"Sape yang dah bela jin dalam kelas ni... sampai cikgu tak dapat nak buka mata hari ni?? ...." biasalah... walaupun sangat  nyata dan jelas kelemahan CM, tetapi pelajar juga yang jadi mangsa, walau pun dalam suasana yang agak kelakar.

tiba-tiba.....

DUMMM....
bunyi mercun yang kuat dibangunan sebelah!!
Dan tiba-tiba mata CM dah terbuka luas... tidak ada lagi rasa mengantuk!!

walaupun mercun diharamkan, tetapi rupanya masih ada yang dapat keuntungan daripadanya....

6 comments:

pB said...

mercun ....



heran , walaupun dah tahu bahaya , tapi masih lagi menjadi idaman hati terutama budak budak di negeri kita ...



tok serik serik kor?????

cikgu_math said...

pB>> itulah...dalam kawasan sekolah pulak tu... yg jadi masalahnya mereka tak pernah tertangkap. Cikgu pun pening!!

a kl citizen said...

puasa2 ni memang mengantuk sangat dalam kelas . samalah kita :)

TqahMaz said...

KLC>>
ada cara ke nak hilangkan mengantuk ni??

ckLah said...

Pandaaaai je budak-budak ni cari pembekal kan kakZan!

the life of cikgu sue said...

memang ngatoklah Zan bila buat latih tubi ni.Nok wak guano tak tahulah...Faktor usia kot.Nampaknya tak jadilah nak pencen umur 58 tahun..