Followers

Saturday, February 28, 2009

POKOK BUNGA.......cikgu

BERTAPA SIBUKNYA HIDUP SEORANG GURU...perjalanan masa seakan tidak terasa!

Petang jumaat, semasa Kak Na ambil Irfan selepas kelas matematik, dia menegur sesuatu tentang pokok bunga, menyebabkan aku tertangkap sesuatu. Telah berkurun pokok bunga tidak ku jengah.
Pagi hari sabtu, aku mengambil sedikit masa untuk membuat lawatan mengejut!!( ayat power sempena musim lawatan mengejut ke seolah)
Dalam kehijauan pokok yang bercampur dengan rumput-rumput liar, rupanya masih ada yang sudi memberikan bunga, terutamanya orkid yang hanya tinggal beberapa spesies lagi tu...












Juga pokok bunga ros yang hidup segan mati tak mahu...

Spesies pokok ini sentiasa mengeluarkan bunga, tetapi banyak yang mati kerana terlebih air pada bulan disember lepas.
Pokok bunga kertas pun sudah hilang rajuknya...mula mengeluarkan bunga ...


dan pokok ini, yang membesar tanpa dijaga di belakang rumah, mengeluarkan buah yang lebat...jambu batu versi kampung...
buahnya hanya bersaiz 2-3 cm bila masak!

Friday, February 27, 2009

merepek.......

bila anak meningkat remaja,
masalah diorang pun terpercik sekali...
kita bukannya pakar psikology yg mahir merawat emosi,
bukan pula kaunselor yang sanggup menadah telinga sebelum melontarkan pandangan...

kalau disekolah, seorang guru boleh mengurus 30 orang anak-anak remaja.....
tetapi, bila tiba di rumah, hanya dua anak menceritakan masalah..
apa yang dapat dibuat oleh seorang guru bergelar ibu?? ...hanya mendengar!!
( cikgu belum cukup social skills : eh...ada kaitanke??)

bila dipanggil remaja, pemikiran belum sempurna matangnya...
so, biarlah....
akan sampai saat & ketikanya, mereka dapat menilai kembali kesilapan yang dilakukan , sebelum mereka dewasa melalui usia dan pengalaman..........

Wednesday, February 25, 2009

PTK !!!

sape yang tahu bhn bacaan utk PTK T3.
entah apa mimpinya, terasa nak mencari bahan.....bacanya belum tentu!
Exam lagi 3 minggu lebih kurang.
rase-rasenya masuk dewan dgn otak kosong...bawa pensil sebatang!

Tuesday, February 24, 2009

aku di 'observe'


dah lebih 2o tahun mengajar, tapi bila sebut nak kena observe, kecut perut....
Itu lah ceritanya...
hari ini katanya sekumpulan pemantau dari JPN kesekolah, nak memantau kurikulum secara keseluruhan. Itu urusan pentadbir, bukan kita guru biasa-biasa ni.....

Tetapi, tup..tup...jam 9.45 am, HEM datang ke meja ku...Pemantau nak masuk observe jam 10.00 am.
WOooou....aku terpilih daripada 90 orang guru di SIC, yang diantaranya beberapa org GC, bbp org yg dah ada masters, yang DG 52, yang DG 48 etc.... kecut perut, ketar lutut dan macam-macam.....nasib baik tak berulang ke tandas..
Berbekalkan buku rancangan mengajar yg cantik lagi menarik dn cute tu, (wp gam nya telah berganti), aku masuk ke kelas 3 yakin dengan kurang yakin.
From the first moment aku step in into the classroom, everything perfect!
Mat Ju, aime, pedi & Pipudin tak nampak nak tidur langsung.....Walau pun P & P sebelum ni... suruh berdiri atas meja pun mata masih lali...
Wafi & Syafiq bersopan lagi bersantun...tak ada pula nak meraung TEACHER!!!!!!!TEACHER!!!...... selang dua kelas boleh dengar....gitu!
Cayalah pelajar 3 Yakin...anda semua pelakun terhebat!
Dan kebetulan hari ni, perancangan mengajar yang ditulis selari dengan rancangan tahunan, jadual peperiksaan, dan sebagainya....Hu..hu..hu..
Rupa-rupanya dia belek buku rekod mengajar dari first page ke last page! Nasib baik 5 minit sebelum tu dah mengadap Kak Ani, suh dia Check sekejap. TOV pelajar, ETR pelajar, senarai semakan buku, senarai buku rujukan , semua jenis jadual, semua jenis cuti, semuanya complete.
Bila dia keluar pukul 10.45 aku boleh tersenyum dengan lega....
Comment dari pemantau? dia tak cakap apa pun...Kena tanya pentadbir nanti apa dia kata....OK ke KO!
Anyway......aku dah lepas....
kalau KO pun..... Why ME???? Orang lain ramai lagi!!!!!

Sunday, February 22, 2009

sempat. lagi!

sempat lagi nak update blog..

pagi di sekolah, petang kat PPD, dan balik dengan bebanan kerja yang banyak yang perlu dibereskan...cikgu-cikgu math form 1 taulah kalau sebut ujian kemahiran mengira. Soalan tak banyak mana, tetapi nak key in data untuk setiap pelajar dalam masa seminggu. huh!! Belum buat pun dah penat!!!!

sebenarnya buka ni, untuk lihat blog maktab , kut-kut ada majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas....... tak ada lagi.. hu.....hu.....sibuk betul cikgu-cikgu SIC!


Anyway, majlis pagi tadi boleh dipuji...On time! Aturcara pun okey...siap dengan gamelan lagi...kelas gitu!


Tahniah untuk Ketua Pemimpin Pelajar, Mohamad Danial Fitri dan anak-anak buahnya. Ramai pengawas-pengawas baru yang berwibawa, esp form 4, anda semua yang akan mencorakkan kepimpinan pelajar diSIC nanti.

dan satu lagi, cute cenderahati untuk tetamu jemputan...macam buah plastik...

tak sihat...

hari ni tak sihat lagi
tapi kena pergi sekolah sbb tak ambil MC
petang ada kelas tambahan
tapi kena pergi kursus di PPD, kena cancell kelas tambahan!
Hu..hu...macam mana nak buat ni????
Duduk saja-saja pun kepala pening semacam, batuk melengking-lengking, hidung pun berair tak henti-henti...Nasib baik ada suara walau pun dah serak semacam!
Huh...nak pergi sekolah pulak...

Saturday, February 21, 2009

nostalgia.....saat paling sedih dlm hidup

dah 3 hari aku tak sihat, batuk dan selsema, tak tahu nak buat apa...
petang semalam ajar math irfan & Fairuz...kesian budak-budak tu, sekejap-sekejap aku batuk, dia orang dengar je lah..
petang ni tunggu anak Kak Yoh, nak ajar apa tak tahu lagi, apalagi kalau batuk macam ni...

Bila dah duduk saja-saja macam ni, teringatlah kisah-kisah dulu..

23 sep 2006
hari tu adalah hari sabtu biasa, aku ke sekolah kerana hari persekolahan ganti.Dlm pukul 12 tengahari aku dan kak Muni pergi ke PPD nak ambil soalan latih tubi PMR drp Cik Zakiah, jumpa kak Azizah Mamat. Hoi....berbual panjang & bergelak ketawa sakan kami hari tu.

pulang dari sekolah lebih kurang 4.30 pm (aku memang pulang lewat, sbb siapkan kerja seolah dulu), aku pergi hantar Hanie tuisyen . Bila balik rumah, nampak kereta Mak Long (kakak iparku yang sulong) dan bibik depan rumah. Bila aku berhentikan kereta, bibik terus ambil Adam dari dalam kereta sambil menangis.
'kenapa?' aku tanya mak long
'zan sabar ye' itu yang dijawabnya
'kenapa?'aku tanya balik
'Lan accident, skrg di hospital' aku panik, tetapi okey lagi bila dengar dia di hospital
'Hospital mana?' dalam hati dah seribu macam persoalan
'Yala, Abang Sir dah pergi pagi tadi' katanya (Abang Sir adalah abang kepada suamiku)
'Lan macam mana? teruk ke?' dalam fikiranku kalau teruk pun agak sukar untuk aku ke hospital Yala, thailand dengan tidak ada passport
dia terdiam seketika, kemudian berkata 'Lan dah meninggal'
Oh Tuhan.....aku terduduk disitu, ditepi tiang rumahku, bersebelahan dengan kereta DAS 188 (sekarang ni dah tak ada : jual). air mata usah dicakap...
kemudian aku tak ingat apa yang berlaku...mungkin dia tarik aku naik atau aku naik sendiri ke dalam rumah.
Yang aku ingat dia kata' Abang sir suruh telefon Hj Husham utk urusan bawa balik Jenazah'
first thing yang aku buat ialah call mak aku, dan dalam keadaan sebak dengan air mata, hanya 4 patah perkataan aje yang keluar 'mak, Lan dah meninggal, accident!'
kemudian dia terdiam dan aku pun tersenyap sehinggalah telefon ku di ambil oleh mak long. dia yan menerukan percakapan.
bila aku dah okey sedikit, aku call lagi mak suruh uruskan Kak Ah, anak sulongku yang belajar di UNITEN Muadzam Shah.
Lepas tu Mak Long balik untuk uruskan gali kubur, mandi mayat , etc.
tinggallah aku sorang-sorang kat rumah.
Dalam air mata yang tak pernah kering, aku telefon Hj husyam beberapa kali, tetapi tak dapat, so aku telefon adiknya Ustazah rihan suruh dia maklumkan.
Kemudian aku beritahu tentang kematian ini kepada anak-anak yang ada kat atas rumah, masa tu yang ada akiff, naseef & aliaa. masing-masing tak nak percaya, ada yang tanya abah teruk ke? Ohh... betapa sukarnya untuk aku menyatakan abah dah meninggal!!
Anak-anak yang kecil masih bermain dengan riangnya di kawasan rumah! dan akhirnya mereka mengetahi daripada kakak dan abangnya.
Dalam keadaan panik dan sedih, Tuhan gerakkan hati aku untuk telefon Ustazah Mazuraini. Dia yang banyak membantu kerana suaminya adalah kawan arwah suamiku.
Tak sampai sepuluh minit kemudian, wakil Hj Husyam datang bertanya khabar, orang yang kedua ialah Dato Anuar Tan. Dan sebelum maghrib kereta dah memenuhi di hadapan rumah. Tapi apa yang mereka boleh buat... Jenazah masih belum sampai.
Aku boleh terlupa yang Hanie masih berada di kelas tuisyen dan belum mengetahui apa-apa, tetapi nasib baik suami cik gu roswatee ( dia sudah mengetahuinya ) tolong ambil dan hantar kat rumah. (Hanie yang paling last tahu)
pada waktu malam, rumahku sudah penuh dengan keluarga dan kawan-kawan. aku hanya menunggu dengan fikiran kosong. semua kerja orang lain yang uruskan. Dua tiga orang pemberita sudah menunggu. sempat aku jawab dua tiga soalan daripada mereka.
air mata sudah berhenti mengalir pada waktu tu, tidak seperti waktu petang. mungkin sudah kering, atau aku sudah boleh menerima takdir ...
Dan anehnya aku juga tidak lapar walau pun hanya makan di waktu pagi di sekolah. Mona beriya-iya suruh aku makan, tetapi mulutku tidak dapat menerima. tetapi akhirnya dia berjaya memujukku untuk menyuapkan nasi ke mulut memikirkan esuk adalah hari pertama berpuasa.

Jenazah tiba dalam pukul dua pagi. Aku hanya melihat dari jauh keranda dibuka. Dia masih memakai baju kemeja berwarna biru dan seluar hitam tetapi sudah di penuhi oleh tompoh darah. Ramai yang membantu tukar pakaiannya tetapi satu pun tidak ada di dalam ingatan kerana pada waktu itu aku hanya melihat dengan otak yang kosong. Kepalanya masih mengalirkan darah walau pun dia meninggal hampir 24 jam yang lepas (accident berlaku 1.30 pagi)
malam itu sepanjang malam aku berbaring dihujung kaki jenazah dengan tanganku memeluk kakinya. beberapa kali aku disuruh untuk tidur di bilik, tetapi aku menjawab aku bukan nak tidur, kerana sememangnya aku tidak berniat untuk tidur.
Mungkin melihat keadaanku menyebabkan orang lain menjadi sebak, aku tidak pasti.... aku hanya meninggalkan jenazah bila Dato Anuar Tan datang untuk membacakan Yassin (masa tu belum masuk waktu subuh ). Aku menghormatinya kerana dia adalah boss suamiku dan EXCo kerajaan Negeri.
Selepas subuh, jenazah dimandi dan dikafankan. Jenazah disembahyangkan pada jam 8.00 pagi berimamkan Tuan Guru Hj Ni Abdul Aziz. Lebih 100 orang yang datang, termasuk kawan-kawan ku dari SIC.
Di Kubur sekali lagi jenazah di sembahyangkan kerana ramai yang tidak sempat melakukan semasa dirumah. Dan mengikut anak lelakiku, jumlahnya mungkin hampir 100 orang.

Sudah hampir 3 tahun ia berlaku, tetapi kadang-kadang ia datang tanpa diundang ke dalam minda bagaikan semalam berlaku. masih terbayang diruang mata dan terdengar-dengar dicorong telinga.
Tapi yang nyatanya Tuhan kurniakan kehidupan hari ini tanpa ada bayangan kisah itu, kerana kami sekeluarga hidup sebagaimana orang lain...ceria dan gembira!

Thursday, February 19, 2009

nostalgia....lagu lama!



Where do I begin

Where do I begin
To tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me
Where do I start

With her first hello
She gave new meaning to this empty world of mine
Therell never be another love, another time
She came into my life and made the living fine
She fills my heart

She fills my heart with very special things
With angels songs , with wild imaginings
She fills my soul with so much love
That everywhere I go Im never lonely
With you my love, who could be lonely
I reach for her hand-its always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know Ill need her till the stars all burn away
And shell be there

Sunday, February 15, 2009

AL KISAHNYA..CERITA ANAK-ANAK KUCING

My youngest son always tanya bila nak beli semula Ebok dan Ebit. That were the names of his kittens, tetapi sekarang dah tak ada. Ebit mati , mungkin sakit and selepas tu Ebok pula menghilang. mungkin kesunyian...tak taulah..

Dan masa sukantara..........
bila Aizat bawa sekotak yang berisi dua ekur anak kucing yang kononnya untuk di buang, maka kotak pun bertukar tangan...
DBA 3001 membawa penumpang yang istimewa

Di rumah, kedua-dua Adam dan Amar tersenyum memanjang....

yang putih dinamakan Comel, dan yang celoreng dinamakan panda ( Mungkin they knew that the kittens from 5 Alpha, kalau daripada kelas taat lain pulak namanya kut!! he...he..he...)


but today... selepas watu rehat, someone from 5 Alpha came to see me and told me that ibu kucing dah mencari anak-anaknya. Hu..hu..kesiannya...
but, 'tak apalah teacher...lamo-lamo dia dia dok ingat lah tu..'
Kemudian selepas tu, si Siva came to me...'cik gu, kalu cikgu tok sir ambik ibu dia, esuk cikgu bawa semula anak kucing tu, ssie ko ibu dia..'
Okey....I will!!
Nak dijadi kan cerita, masa nak ke kelas 1G, terserempak dengan form teacher 5 Alpha, and she said 'memang kita nak buang semua kucing tu...kalau kak zan tak ambik pun kita akan buang juga...'
huh...I've to think twice about nak bawa anak kucing tu semula
After school....asked someone from 5 alpa... and I got Amin.....and called Danial: ask them to catch the mother of the kittens.
At last...about 3.30 Danial rang..'cikgu.....dapat doh..'
and, sekali lagi DBA 3001 menjadikan kucing as a passenger

dan hasilnya...
pertemuan selepas sehari berpisah...











Masih menyusu rupanya..


Si ibu tidak mahu masuk ke dalam rumah...terpaksa membawa si Comel dan si Panda turun..

pstt...5 Alpa
selalu-selalulah jenguk...kalau rindu, cakaplah...nanti kita letak gambar anak awak tu besar-besar..

















Saturday, February 14, 2009

sUkANtArA : WONG JUARA???betul ke?

Hilang stress, hilang tension....hari ni sepagi bersama pelajar di padang untuk sukantara Maktab.
Rasa seronok sekali- sekala bila bertugas diluar bilik darjah...
Especially bila bersama anak-anak didik yang 1001 macamragam..


S/u Sukan memberi taklimat kepada
guru-guru tentang tugas masing-masing.
Sekali setahun bertugas.... mana nak ingat...








CMath ditugaskan sebagai pengadil lompat jauh.
Rasa-rasanya dah adil.... Bila Ibrahim ( kuning), Mahyidden ( Hitam), Baker ( Merah), Mahmud ( Biru) dan Wong ( Hijau ) datang melompat...
Tak ada pulak nak bias walau pun CMath guru pasukan Wong.



pasukan Ibrahim yang sabar menunggu untuk
membuat lompatan.... ambil angin dulu beb..

gaya lompatan seorang yang
bukan juara..he..he..








Di antara penonton acara lompat jauh...
sebelum tiba giliran masing-masing





















tiba-tiba padang SIC menjadi berwarna-warni
meriah dan ceria....




Tetapi terdengar jauh-jauh dibawa angin bertiub, Wong juara untuk sukantara. Betul ke??? Kalau betul, berbaloilah ustaz kejar budak hijau hari ni......

Thursday, February 12, 2009

..........tensi........?????

sape kata jadi cik gu tak stress...???
hari ni masa mengajar ada 5 masa aje.....tapi macam tak ada rest langsung!
Hu..hu..hu...
kena tukar form teacher pulak!!!
TENSION!!!
Dua minggu lepas....dua tiga hari stayback dibilik guru untuk siapkan buku register...
tulis nama pelajar, biodata, etc...etc, kehadiran bulan januari, februari....
kemudian fotostat visi, misi,etc..etc..round Mydin cari kertas untuk balut softboard, cari plastik alas meja, arah budak buat itu, buat ini......Untuk keceriaan kelas, 99% dah siap!
tup..tup... hari selasa 10 feb 2009, semasa taklimat guru, kena tukar jadi form teacher kelas lain..
Oh...Tuhan!!!!
kelas yang baru dapat ni.....
Registered hanya ada nama pelajar ,
kelas kosong se kosong-kosongnya......hanya tertampal jadual waktu!
(Kata PKP 'keceriaan kelas mesti siap hari Ahad ni...Unit keceriaan akan round...')
..........................................
Kena pula form 1.....pelajar baru yang tak tahu nak buat apa kalau tidak di beritahu...terpaksalah bermula dari zero!!!
round Mydin cari kertas pembalut, fotostat mana yang perlu, agih tugas kepada pelajar untuk sudut imformasi subject, arah pelajar buat duty roster, carta organisasi, etc, etc...
Kemudian ...janji dengan pelajar nak siapkan papan kenyataan kelas after school, tetapi ada mesyuarat KWAMP pulak....tak sempat! (Harap-harap mereka buat walau pun tanpa guru )
...........................................
After mesyuarat, cari borang pendaftaran pelajar tingkatan 1, ingat nak tulis dan lengkapkan biodata dan nombor pendaftaran di dalam buku register...stayback di bilik guru hingga 4.30 petang............
tapi masih belum siap ...uh huk...
aduhai......tensionnya....
balik rumah
lepas ni nak tidur....nak rehatkan minda...nak rehatkan fizikal
Besuk jumaat...hari yang tak perlu fikirkan hal-hal yang berkaitan dengan sekolah.
Hari sabtu ni hari persekolahan, kena jadi pengadil lompat jauh untuk sukantara sekolah....
okeylah........sbb lepas tu ada jamuan laksa untuk guru-guru dan petugas sukantara
(Ada ke petugas sukantara bukan guru????)

Monday, February 09, 2009

fuh..lega....tugas sudah selesai!


Akhirnya....Jamuan Kecemerlangan Pelajar PMR dapat disempurnakan dengan jayanya..
Walau pun masih dengan bantuan guru-guru, pelajar-pelajar dapat menjayakan program pada malam tu dengan baik.
Guru-guru hanya duduk di meja dan makan....perjalanan majlis 100% di kendalikan oleh pelajar.
Pengacara majlis, ucapan, bacaan doa, hatta persembahan iringan semasa makan juga diuruskan sendiri..
Akhirnya...penat -penat pun berbaloi melihat kesungguhan dan kegembiraan mereka pada malam tersebut..
Dan Yang paling lega adalah kerana tugas dan amanah untuk kecemerlangan PMR 2008 telah berakhir.....











wajah-wajah gembira.....walau pun ada di antaranya yang akan meninggalkan SIC ke MRSM dan SBP

GOOD LUCK dan Selamat Maju Jaya di tempat baru....
Jangan lupakan kami di sini!

Saturday, February 07, 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Dah lama tak ikuti kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.
untuk siri pertama tahun 2009 di adakan di IPGM Kampus Kota Bharu.

tahun 2008, terlepas dua-dua kali ,
tapi tahun ni, Alhamdulillah...dah dapat mengikuti dengan jayanya?????

slot yang pertama: Kajian Tindakan oleh Pn Mazinah Muda.
Okey..best gak, tapi terpaksa keluar awal sbb nak ambil kawan anak kat airport. Bila balik semula kat dewan, slotnya dah habis.

Slot yang kedua: Masteri Learning
.......bukan tak best, tapi tak tau nak cakap apa!!
At last, buka laptop, siapkan kad jemputan untuk program esuk.
Alhamdulillah....walau pun tak mendengar 100% apa yang di ceramahkan, at least kad jemputan dapat disiapkan....
Member di sebelah siap rehatkan mata...
PKP datang layari tangan di depan mata pun tak sedar....hu..hu..hu..

Slot ketiga: Integrasi ICT dalam P&P
masa dibincangkan nampak menarik, minat habis...hinggakan password dan URL pun siap catat di dalam buku nota, tapi bila masuk makmal komputer, server jam..
Demonstrator kat depan beri penerangan, tapi suara terlalu perlahan....
akhirnya kami dibelakang buka kelas tersendiri, belajar nak buat buku pengurusan kecemerlangan , bullion stitch (Thanks Kak Na), border, flowers, ect.....
aduhai cikgu-cikgu....jangan lah perlahan sangat suara, nanti kat belakang pelajar buka kelas mereka sendiri, yang tidak ada kait mengait dengan learning objective & learning outcomes..
Akhirnya kita yang jadi cikgu syok sendiri. (adakah myself salah seorang daripadanya??
hanya pelajar-pelajarku saja yang tahu...)
Kesimpulannya : Kursus hari ini hanya ada di atas kertas: KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN MSI KALI PERTAMA.

Pengisiannya: 50% kut...( Dah banyak Tuuu..)
Kesian orang yang bersusah payah mengatur program...

Anyway....PENINGKATAN TETAP ADA, CUMA , BANYAK ATAU SEDIKIT!

Wednesday, February 04, 2009

DINNER LAGI....

malam ni dinner lagi...Dinner untuk guru-guru PMR 2008 di Restoren Payang serai...

Ahad 8hb ni mungkin ada lagi dinner...
jamuan pelajar cemerlang bersama guru PMR 2008. Walau pun sudah di dalam perbincangan, tetapi pagi ini baru confirm nak buat....
Penat woo......nak uruskan semua perkara dalam masa yang singkat!
Hari Selasa 10 hb , ramai yang dah nak meninggalkan SIC, so terpaksa juga adakan pada hari Ahad. Dalam masa dua hari....mana nak cari sponsor... nak kumpul dan tentukan pelajar yang akan hadir atau tidak....nak buat surat makluman untuk parents. Nak tentukan tempat...pilih menu... susun agenda..... panggil jemputan dsb.
Esuk khamis, lusa dah Jumaat & Sabtu, cuti... then Ahad will be coming...
InsyaAllah....semoga semuanya akan berjaya!!!
Hope this is the last event yang berkaitan dengan PMR 2008. Dah betul betul penat nak complete dan habiskan tanggungjawab s/u kecemerlangan PMR 2008.
( Still in memory....jamuan pelajar cemerlang PMR 2007....cikgu hanya bawa diri untuk makan di Grand River View Hotel.... Yang lain 100 % students yang uruskan.....
PMR 2007 : THE BEST BATCH IS YOURS!!!)


Kerja untuk 2009 dah bertandang dan mengetuk pintu. CORRIDOR OF FAME!!! Nampak macam tak banyak kerja........ rupa-rupanya....(Tak terkata??? ). Tapi.... kalau tak buat pun orang tak tahu.....kan...kan...kan...!
Semoga tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilunaskan dengan berjaya untuk 2009 ni... AMIN!

Monday, February 02, 2009

maut di depan mata????

happened to my daughter, Farhani last night...
Semalam dia bertolak ke kampus menaiki bas.....sorry my dear, tak sempat nak hantar 'cos ada dinner. So she went to Bus Station with her auntie. Everything is going okay until 1.37 am
( dah tidur pun masa tu...) dia message "Alhamdulillah, Ani terselamat daripada masuk gaung....Bas, brake tak makan"
hu...hu...panik!!..and then terus call dia, but dia masih terketar-ketar.....
tak boleh nak bercakap. The only thing yang boleh didengar dengan jelas adalah " Dah okey...... bas dah berhenti .....tunggu bas lain datang ambil"
Nak tanya panjang-panjang pun dia masih dalam keadaan panik. I just told her to call me later.
tunggu....tunggu ....tunggu....tak ada apa yang berlaku, so the best thing is layan aje mata... akhirnya tertidur!
About 6.00 am(???) terima message daripadanya....."Dah naik bas lain, bertolak jam 5.30 pagi tadi".
Alhamdulillah.....selamat
About 10.00 am ( ??? ), menyusul lagi message.." Ani dah sampai kangar.....dalam taxi nak ke kampus"
Huh...lega!!!
And about 8.30 malam, terima lagi message..."Umi, call Ani"...sesuatu yang biasa dilakukan untuk jimat credit!(Ha..ha..ha...) and after that, barulah tau cerita sebenar.
.........................
Bas yang dia naik tu .....rosak agaknya, tak boleh nak panjat bukit, that means bas tu turun balik.....just imagine... lebuh raya Grik, dengan jalan yang bengkang bengkuk dan gaung yang dalam di kiri kanan jalan...bas bergerak menuruni bukit dengan cara mengundur....and worst of it, brake tak berfungsi...
Driver cuba control bus (hanya menggunakan stering ) bas bergerak ke kiri dan ke kanan...... langgar pagar besi ( Sebelah tu gaung beb..), kemudian masuk longkang ditepi bukit, and then langgar lagi pagar di tepi gaung.... but at last bas tu terhenti selepas masuk longkang ditepi bukit.
Kita dengar pun dan menggigil.......dua kali nak terhumban ke dalam gaung......Tetapi orang kata ajal dan maut di tangan Tuhan......
umur masih panjang... ( Alhamdulillah...)
Last sekali terdengar dia berkata...."Ani dah takut nak naik bas..."
Tetapi apa boleh buat......Ke UiTM Arau dari Kota Bharu hanyalah ada bas.....

Sunday, February 01, 2009

jadual dah bermula....


kelas pengukuhan petang dah bermula.....
3.00 hingga 4.30,
sambung lagi siapkan kerja menulis register dibilik guru-
4.30 - 5.00
ring...ring...
si Iqah telefon, minta belikan buku latihan kefahaman, segera!!!
5.15 pm ke Sri Intan
hu..hu...penat...dapat buku terus pulang
sampai je kat rumah
si Amar mengamuk
sbb terlupa nak belikan bekas airnya
(Dah dua hari bekas airnya rosak)
biarkan....
8.00 pm ke oriental, Dinner Golden holidays
(Thanks,Mr Rosman)
kemudian ke Salamku, selesaikan apa yang belum beres
bekas air untuk bekal Amar kesekolah dah ada...
wow...hampir 10.00 pm baru sampai rumah
dan ....sikecil Adam sudah pun terlena
hm...perut sudah penuh,
lepas solat Isya, duduk mengadap komputer sekejap
sbb lepas ni nak layan mata yang dah lali...
kerana yang pastinya
esuk...rutin yang sama akan berulang