Followers

Saturday, February 07, 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Dah lama tak ikuti kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.
untuk siri pertama tahun 2009 di adakan di IPGM Kampus Kota Bharu.

tahun 2008, terlepas dua-dua kali ,
tapi tahun ni, Alhamdulillah...dah dapat mengikuti dengan jayanya?????

slot yang pertama: Kajian Tindakan oleh Pn Mazinah Muda.
Okey..best gak, tapi terpaksa keluar awal sbb nak ambil kawan anak kat airport. Bila balik semula kat dewan, slotnya dah habis.

Slot yang kedua: Masteri Learning
.......bukan tak best, tapi tak tau nak cakap apa!!
At last, buka laptop, siapkan kad jemputan untuk program esuk.
Alhamdulillah....walau pun tak mendengar 100% apa yang di ceramahkan, at least kad jemputan dapat disiapkan....
Member di sebelah siap rehatkan mata...
PKP datang layari tangan di depan mata pun tak sedar....hu..hu..hu..

Slot ketiga: Integrasi ICT dalam P&P
masa dibincangkan nampak menarik, minat habis...hinggakan password dan URL pun siap catat di dalam buku nota, tapi bila masuk makmal komputer, server jam..
Demonstrator kat depan beri penerangan, tapi suara terlalu perlahan....
akhirnya kami dibelakang buka kelas tersendiri, belajar nak buat buku pengurusan kecemerlangan , bullion stitch (Thanks Kak Na), border, flowers, ect.....
aduhai cikgu-cikgu....jangan lah perlahan sangat suara, nanti kat belakang pelajar buka kelas mereka sendiri, yang tidak ada kait mengait dengan learning objective & learning outcomes..
Akhirnya kita yang jadi cikgu syok sendiri. (adakah myself salah seorang daripadanya??
hanya pelajar-pelajarku saja yang tahu...)
Kesimpulannya : Kursus hari ini hanya ada di atas kertas: KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN MSI KALI PERTAMA.

Pengisiannya: 50% kut...( Dah banyak Tuuu..)
Kesian orang yang bersusah payah mengatur program...

Anyway....PENINGKATAN TETAP ADA, CUMA , BANYAK ATAU SEDIKIT!

3 comments:

tchersally said...

hmmmm..Sally ingat rugi dah Sally x attend..

Abiey69 said...

ni baru kebebasan bersuara... rasanya hari tu.. 40% pun tak dapat... tak apalah janji program dapat diikuti. yang pasti.... makan tetap diutamakan

cikgu_math said...

yeap....makan tetap diutamakan..
kalu tidak..lapar!! maca mana nak ikut kursus