Followers

Friday, March 04, 2011

Setiap akhir bulan Februari...

setiap hujung bulan februari, CM pasti kehilangan mood untuk buat kerja-kerja lain.... selagi reten bulanan belum disiapkan!!
Terlalu ramai pelajar yang keluar masuk ke SIC...  pelajar form 4 ke SBP dan Mara, pelajar form 1 juga keluar.... dan digantikan dengan pelajar baru untuk mengisi kekosongan...
dah hampir 100 data pelajar sudah bertaip, tetapi masih banyak lagi yang belum diselesaikan.
dan rasanya setiap tahun perkara ini akan berulang selagi tugas guru pendaftaran & pertukaran pelajar masih masih dibahu CM ...seperti yang tertera disini
stress sangat-sangat bila enrolmen pelajar dan borang keluar masuk pelajar tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan oleh JPN &  PPD.
semuanya hanya disebabkan segelintir guru tingkatan yang mengisi buku jadual kedatangan tidak mengikut specifikasi yang ditetapkan, sama kes disini

Tetapi yang pastinya Tuhan  telah meluangkan masa untuk meneutralkan hati...
Semalam CM membawa pelajar ke USM, menyertai kuiz 'So you think you can spell scientific term' anjuran Jabatan Neurosains, Pusat pengajian perubatan USM. Dapat release tension... melayan 4 peserta yang CM bawa, pelajar-pelajar yang nakal tetapi genius. Kami melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya.
Dan, on the top of that, dapat bertemu dengan Pakar Saraf ternama dunia, Professor Dr Jafri Malin bin Abdullah, yang merupakan ketua jabatan Neurosains. Very humble... dalam kesibukan beliau dalam arena peubatan dunia, beliau masih sempat  menjenguk peserta-peserta kuiz, bergambar dan melayan mereka semua... seorang yang patut dijadikan idola.

Semalam juga peperiksaan  PKBS 1 sudah bermula... CM harus melapangkan fikiran dengan tugas pengkeranian ini , sebagai persediaan mental untuk menanda kertas pelajar, yang mungkin menjadikan CM kehilangan mood lagi...

8 comments:

a kl citizen said...

wah... best dapat berjumpa idola tersebut ya

the life of cikgu sue said...

Entah bilalah Zan nak selesai bab-bab data pelajar ni.keluar masuk tak ada penghujungnya.Senarai tingkatan satu dah yang ke 9 sekarang.

cikgu_math said...

klc>> memang excited... sbb dia yg operate my brother 3 tahun lepas... balik dari China terus masuk OT untuk operate adik CM!!

cikgu_math said...

kak Na>> memang.. tst la..

AZANI said...

salam CM
mmg xdinafikan kerja menyenarai perlu tahap kesabaran yg tinggi

anismi said...

sabar aja leh...nasib baik barang-barang hantaran kak ina dah siap..kalau tak lagi harunya..bertambah-tambah kerjanya..

cikgu_math said...

azani>> kena belajar tingkatkan tahap kesabaran lagi kalau macam ni...

cikgu_math said...

barang hantaran kak ina dah beres... tapi barang hantaran abe, masih penoh satu meja..dah naik habuk kut!! sib baik lepas cuti!!