Followers

Saturday, August 01, 2009

health screening

sekarang betul-betul tak ada masa nak post entri, budak hampir PMR, cikgu yang tak cukup masa!

Petang semalam CM ke Hospital pakar Perdana, mendengar taklimat promotion yang dianjurkan oleh KPJ. Itu pun setelah kali ketiga di pelawa melalui telefon. Ingatkan taklimat dalam bentuk ceramah, tetapi rupanya lebih kepada majlis konsultasi, perbincangan empat mata.

Penerangan hanya biasa, tertumpu kepada 4 main killer in Malaysia : heart disease, cancer, diabetes & stroke.

Apa yang nak disampaikan adalah pakej health Screening yang melibatkan 114 jenis test yang dapat trace penyakit tersebut di peringkat awal. Satu complete test melibatkan RM 2 500, tetapi pakej yang ditawarkan adalah untuk 5 tahun ( 5 kali screening ) dengan kos lebih kurang 5.5K. Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit dalam masa 3 tahun, bayaran bulananya lebihkurang RM 150. Berbaloi ke??

CM dah ada Prudential, tetapi prudential hanya bila kita dah terkena penyakit. Kalau ikut jurucakapnya semalam, selepas kita buat health screening dan kita memerlukan rawatan susulan, prudential boleh digunakan.

entahlah....mungkin ini cara hidup sekarang. Penyakit datang tanpa ada tanda... tau-tau dah stage terakhir, atau seperti Yasmin Ahmad, BILA TAU DAH TAK SEMPAT NAK DISELAMATKAN!

4 comments:

zino said...

penjagaan kesihatan telah menjadi satu business...

Chekgu BaniHassim said...

prevention is always better than cure kan??

Neeza Shahril said...

pandai diorang buat duit kan.. memang kesihatan tu penting.. tapi cara ambik duit up front ni banyak jugak ya.. kalau neeza.. mungkin tak kot..

ahmad said...

hurm.. ala cikgu, pegi jer government hospital. sumernyer free. memang la kene tunggu lama sket. but mmg berbaloi. kerajaan kita subsidi, pergi jer ke husm or hkb. ubat pon free. boleh jimat lagi byk dr 5.5K.