Followers

Saturday, June 27, 2009

dia guruku....

CM betul-betul gembira hari ni, walau pun seharian bertenyeh mata di bilik peperiksaan...

Tanpa disangka-sangka, pagi tadi CM terima SMS

' Cikgu Ramli Kadir SMSTrg
boleh call balik'

CM terus call time tu jugak!!
Cikgu Ramli adalah cikgu CM masa form 1,2 & 3. Batch we all dengan cikgu macam kawan....very closed. CM drp sekolah asrama, and cikgu pada masa tu agaknya baru habis belajar dan juga duduk asrama... jadi warden! perbezaan umur kami hanya di sekitar 10 tahun.... that's why boleh jadi geng!!
Ini terermasuk cikgu Wan Mohzan( Kedah),
Cikgu Shakri ( sekarang di PSPN Perak ),
Cikgu Arif (Pasir Mas ),
Cikgu Razali Mohamad (Johor)
Cikgu Tajuddin ( kedah )

Semuanya sudah lost contact, kecuali cikgu Shakri yang sekali sekala masih melayani batch we all dalam yahoo groups.

Cik gu Ramli balik ke Selangor sekitar tahun 1980... dan begitu dengan cikgu-cikgu yang lain.

hu..hu..
kami bertanya khabar, berbual dan recall 30 tahun yang lepas! berkongsi pengetahuan tentang rakan-rakan yang masih boleh dihubungi.
Alangkah indahnya alam persekolahan....
dan dia berjanji akan hantar nombor telefon cikgu-cikgu lain yang masih ada padanya.

Cikgu Ramli adalah cikgu seni.... pandai melukis, pandai menyanyi...
dulu selalu masuk dalam radio pantai timur, jadi penyanyi jemputan!

Sekarang kebanyakan cikgu CM dan pencen....bagaimana rupa cikgu sekarang?? Yang ada dalam bayangan hanya rupa cikgu 30 tahun yang lepas!

"cikgu dah tak boleh bayangkan bagaimana muka narizan... kalau macam dulu bolehlah..."
"ha..ha...Kalau jumpa, cikgu dah tak kenal saya... saiz saya dah 3 kali drp dulu..."
antara dialog yang ada pada pagi tadi....

dan CM pun terfikir...
nanti CM pencen, akan adakah murid-murid CM akan menghubungi CM?
Ceriakan hati dengan kenangan yang indah..., berkongsi kisah kawan dan rakan sebagaimana yang CM rasa hari ni???

9 comments:

"" M.D.F.Z "" said...

insyallah i will!

TokNabe said...

InsyaAllah... seorang muring mungkin boleh mengingati 10 orang cikgu, tapi seorang cikgu rasanya tak mungkin boleh mengingati beratus atau beribu orang murid.

cikgu_math said...

danial>>
I know... you will!!!

TokNabe>>
CM rasa terharu sebab jadi salah salah seorang yang masih diingati oleh cikgu yang mengajar CM 30 tahun yang lepas....

m e E n said...

Walaopon saye bukan anak didik
cekgu,
Tapi saye tetap menganggap cekgu
sebagai cekgu yang penah mendidik
saye.
=)

UnGu VioLet said...

salam cikgu.. salam kenal.. cikgu nie mengajar di sekolah mane yer? sebab mar nie di UK.. skrg tgh bt thesis utk MASTER.. ingat, klu cikgu ade contact cikgu2 lain.. utk bt kaji selidik untuk thesis.. thanks.. please respond.. come n visit my blog.. thanks..

zino said...

seronok bila jumpa kembali bila dah lama tak jumpa.. kalau dah 30 tahun tentu dah banyak berubah..

teringat perjumpaan yg kami anjur dengan kawan sama belajar dulu 30 tahun tak jumpa.. bila jumpa memang ramai yg dah tak kenal. hehe

cikgu_math said...

Meen>>
TQ... cikgu dapat rasakan yg Meen dulu anak murid yg baik!!

Mar>>
cikgu di maktab sultan ismail kelantan.
insyaAllah nanti cikgu jenguk!!

cikgu_math said...

zino>>
memang teruja!

m e E n said...

oblging ones as always Cekgu Math.
nakal-nakal sikit tu biase la.