Followers

Friday, June 19, 2009

fikir pun sudah penat!!

azamku hanya separuh jalan...
tarikan untuk menjengah blog masih kuat!

hari ni sibuk berfikir...tapi kerja tak buat pun.Banyak betul yang nak disettlekan dalam masa sehari dua ni...

1. Sistem Pengurusan Peperiksaan - untuk analisa markah pelajar. Aduss......CM kena key in markah 11 subjek untuk 226 pelajar tingkatan 3. SPP ni masih baru untuk CM... masih merangkak-rangkak. Kenapalah tak buat macam sekolah lain... guru subjek yang key in markah. Penganalisa hanya memantau & menganalisa??? ada sesiapa yang boleh jawab?


2. surat taksiran semula dari LHDN... sbb tunggakan naik DG 44 pd tahun 2006. Kena bayar dlm tempoh 30 hari..., sepatutnya CM tak kena bayar, so kena buat rayuan.

3. Kena hantar semua resit buku, resit komputer,dan semua jenis penyata & resit untuk disemak oleh LHDN . Bukan setahun...tetapi untuk 2004 hingga 2008. Huh..nasib baik CM simpan semua tu...cuma tak sempat nak susun lagi...

malam ni nak off internet...
~ nak key in markah, then eksport data kedalam sistem SPP ahad ni...( masih ragu-ragu, berjaya kah? atau CM kena key in semua markah tu ke dalam sistem terus!!)

~ nak siapkan sulam baju.... sulam tudung belum masuk agenda!!( Semangat ni...)

~ nak rehatkan fikiran.... esuk hajatnya nak mengadap seseorang yang CM takut... huh..hu.. nak bincang & selesaikan soal harta pusaka!! ( beranikah aku???? )

10 comments:

pB said...

Salam CM

wah ....
sibuk sungguh kalustaro tuuu...

ambik upoh ko sulae baju tu??

AZANI said...

semoga Allah beri kecekalan pada cm dan mudahkan urusan cm.Amin.

zino said...

semuga segala urusan berjalan lancar... tak perlu takut kepada sesama makluk hehe

tchersally said...

sis..one thing at a time..

the life of cikgu sue said...

CM
Baca ayat banyok...biar lembut hati orang tu.hanya Allah tempat kita mengadu dan memohon.

cikgu_math said...

pB>> sibukkkkk....
kalu tak sibuk boleh juga ambik upah..he..he..
buat untuk diri & anak-anak jer.. tak sempat nak ambik upah menjahit pB!

Azani>>
semoga dimakbulkan ...Amin.


Zino>>
InsyaAllah....

sally>>
okey..okey...
nak rancang ni..

cikgu sue>>
tak jadi pergi hari ni...
pagi-pagi lagi imformer cakap dia dah berleter CM hal anak-anak....
Hari ini CANCELLED! tunggu mood dia baik...Ooo..la..la..

Abdul Aziz Yusof said...

kekgi reboh selepek...

DilOt said...

waaa..byknye keje...

tp dh lali gak dgn kerje2 cikgu sbnrnye....sbb mak pun cikgu gak,,,=)

cikgu_math said...

girst>>
keh..keh..
belum mau rebah...tidor dulu..ha..ha..ha..

Dilot>>
kalau boleh jgn jd cikgu!!! penat woo!

Anonymous said...

Thanks for ones marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you will be a great author.I will be sure to bookmark your blog and will often come back in the future. I want to encourage that you continue your great job, have a nice day!