Followers

Sunday, October 11, 2009

program 'on call' untuk math...

hingga ke hujung waktu....

esuk, anak-anak calon PMR akan bejuang dengan nombor-nombor... menjawab kertas matematik!
dan kami cuba membantunya sehingga saat terakhir!

Pagi sabtu kelmarin, masih ada program untuk pelajar yang belum memperolehi gred A & B... kemudian bersambung pula pada pagi tadi.
Alhamdulillah... walau pun bukan diwajibkan untuk semua pelajar, tetapi kehadiran amat menggalakkan. Cuma yang menyedihkan, pelajar yang sepatutnya hadir tidak hadir, pelajar yang tak diwajibkan ramai pula yang hadir.... bagaimana nak meningkatkan prestasi????

Sekalung ucapan terima kasih kepada Penolong PPD KB ( bhg Sains & matematik) Cik Hajjah Zakiah Idris yang sama-sama turun padang, sanggup menjejakkan kaki SIC walau pun cuti hari sabtu hanya untuk melihat dan bersama pelajar! Kami menghargainya......

Semoga mereka semua memperolehi kejayaan.....Amin!

8 comments:

xiiinam said...

Akhir-akhir ini begitlah CM kan....
Cikgu bersungguh-sungguh buat program itu ini...

Tapi ada 'sebahagian murid yang sebenarnya menjadi sasaran' kita, tapi yang itu pla tak ambil kisah...ibu bapa pula kurang menyokong...biasanya Melayulah yang begitu...

Yang lain, yang memang sudah pasti A dalam tangan....bersungguh-sungguh pula hadir di klinik (kat sekolah ckLah kami gelar 'Klinik PMR')

n@m@n said...

kat sekolah saya pulak dipanggil Menuju Puncak( tempias AF ni)

on call?? mcm doc pulak..

semoga apa yg dicurahkan oleh cikgu memberi manfaat

cikgu_math said...

cklah>>
memang...yang dah score A ramai... yang masih gred D tak nampak pulak!!

Naman>>
on call tu PPD yang bagi nama program... kita kat sekolah ikut jer..
Program klinik untuk pelajar kritikal dah berjalan sebelum ni..
apa pun, tujuannya sama... nak jadi juara...score A!

TokNabe said...

Harap ilmu2 dan tip2 terakhir menjadi bekalan berguna utk pelajar2 cikgu math.

Semoga mereka semua suksess dlm pmr.

cikgu_math said...

toknabe>>
insyaAllah......

a kl citizen said...

assalammualaikum

hingga ke titisan darah yan terakhir ya...
insyaAllah apa yang dihajat tercapai

laki cikgu kimia said...

guru bersungguh! anak murid hargai..

cikgu_math said...

aklc>>
kita sama-sama berdoa....


laki cikgu kimia>>
alhamdulillah... tapi ada yang tak pandang pun....