Followers

Monday, January 26, 2009

cuti, kenduri dan balik kampung

bila ada cuti, adalah kenduri kahwin, dan cuti ni ( jumaat 23 Jan ) my niece kahwin. Cucu pertama Kahwin for my mother in Law.
SELAMAT BERBAHGIA UNTUK HASANAH & AJAK.
Hari Ahad Kenduri lagi....


Petang Ahad sempat balik kampung menziarahi bonda tercinta. Rumah pusaka 4 bilik tinggalah arwah Ayahanda hanya dia seorang yang ada. Kesemua sebelas anak-anaknya sudah ada commitment lain, yang pastinya pada kerjaya dan keluarga.Nasib baik ada di antara anak-anak yang membina rumah berdekatan....sekurang-kurangnya masih ada yang menjengok sakit peningnya dan menengok makan minumnya..
Cuti kali ni, adik daripada Kuantan pun dapat balik, dan sempatlah kami menyediakan sarapan nasi lemak serta menjemput kesemua family yang berdekatan merasanya. Riuh rendah dengan suara anak cucu!Satu periuk besar nasi lemak...licin!
Petangnya majlis kenduri lagi....Yang berada di Kuala Terengganu (Anak sulong & anak Bongsu bonda) pulang untuk menyertai konvoi 7 buah kereta ke Kampung La, Ulu Besut bagi meraikan majlis perkahwinan anak sepupu we all.Meriah!!
Selepas waktu asar, satu persatu pulang ke destanasi masing-masing.Tinggallah emak keseorangan lagi .....


Begitulah seorang ibu...berkat kasih dan restunya
susah payah meniti kehidupan untuk
membesar dan mendidik kami, sebelas anak dengan berjaya!
pensyarah, guru, doktor, engineer...semua bidang kami terokai
kini.....walaupun keseorangan
masih melontarkan senyuman ceria
bila sesekali bertemu mesra!
penat lelah hanya tersimpan di dalam dada.

my big family...emak & anak cucu!

begini kah kita satu hari nanti......
sebagai ibu?

3 comments:

Sally said...

salam,
d awal cerita ..rasa gembira..d pertengahan..rasa sayu mengenangkan kedua org tua Sally yg dah tiada..di akhir certa..rasa sebakkkk..benar..adakah kita juga akan mengalaminya..

cm said...

yupp...
kadangkala ada cerita yang patut kita share....
supaya orang lain dapat rasa apa yang kita rasa...
anyway....thank you!

Abiey69 said...

Hidup ibarat roda.. kita pasti akan mengalaminya... mau tak mau.. pastii..