Followers

Tuesday, December 19, 2017

peneman......

keseorangan... kesunyian....
itu yang kebanyakan di rasa bila mendatangnya hari tua kita.

saya mempunyai keluarga yang besar... dengan sembilan anak.
Tetapi anak ramai hanya terasa semasa mereka masih kecil, bila dah besar semua meninggalkan rumah...
kalau dulu, musim cuti sekolah adalah musim yang ditunggu kerana semua anak-anak berkumpul. Masa untuk memasak di dapur... makan bersama.
tetapi sekarang
musim cuti atau tidak, semuanya sama.
Kalau musim cuti bertiga dan kalau bukan musim cuti tinggal berdua...
Cantik aturan Allah...
saya melahirkan anak bongsu di awal 40an, dan dua tahun selepas itu suami meninggal.
Sukarnya hidup dengan anak sulong masih bersekolah dan anak bongsu masih baby..
Tetapi Allah sediakan keluarga yang sangat supportive
Allah kurniakan kawan yang sangat membantu
dan sekarang barulah saya sedar
anak bongsulah yang menjadi peneman hidup saya sekarang
Dia tidak cemerlang dalam pelajaran seperti kakak dan abangnya yang sentiasa mendapat A yang banyak dalam UPSR
Rupanya Allah telah aturkan demikian
supaya dia tidak impikan SBP atau MRSM
yang membolehkan dia menjadi peneman hidup saya sekarang...

1 comment:

Alia said...

Terima kasih kerana menulis..saya suka membaca apa yang ditulis