Followers

Saturday, March 10, 2012

bukan rezeki...

kalau dah tak ada rezeki... nasi dimulut lagikan jatuh!

petang tadi CM ke Maidin Mall untuk belikan bahan-bahan nak buat kek,
kononnya Amar nak jamu kawan-kawannya makan on his birthday, esuk..
sebelum tu singgah di mesin ATM, draw duit RM 300.00.....

Lepas tu terus masuk Maidin ,
CM angkut beberapa barang masuk troly, kemudian  ke kaunter bayaran.
tak sampai setengah jam pun di dalam!!

Masa nak bayar, cari duit dalam purse tak ada...
CM baru perasan duit di mesin ATM belum di ambil...
Selepas kad kelurt dari mesin ATM tu, CM  ambil kad dan dan terus masuk,
lupa duit belum diambil ...

akhirnya
terpaksa minta adik di kaunter tu menunggu sekejap.
Terpaksa ke mesin ATM semula dan  draw duit lain...
Kalau dab bukan rezeki ....
300.00 ringgit hangus begitu saja...
dan beruntunglah sesiapa yang mengambilnya...

4 comments:

sonata anak kancil said...

MasyaAllah macamna boleh silap ! takat ni sy bab duit ni tak berlaku lagi...tp bab beli barang - lepas bayar terus tinggal ade le...lepas tu terjerit2 la budak casher panggil - alhamdullilah dapat semula.adalah berlaku 3-4 kali! Memory card dah nak penuh...

HASNAH said...

yakk, guano kak zae tuh? kito dgr pom terkilan, apalagi tuan punya badan.. sian pulok.. lain kali be carefull deh...

cikgu_math said...

sak>> dah nak masuk fasa baru barangkali... kadang-kadang bila habis kelas, adalah class monitor galas hand bag cikgu masuk bilik guru...

cikgu_math said...

cikgu Hasnah>> entahlah... sebenarnya kak zan nak cepat, sbb lepas kena ambik anak di padang sekolah... bila dalam otak nak cepat, semuanya nak buat express!!