Followers

Tuesday, November 10, 2009

sales??

sudah sampai ke penghujung persekolahan 2009, dan 90% tugas telah di sempurnakan.
Tunggu kertas jawapan students tingkatan 1J & 1.. itu pun hanya 18 + 21 orang. InsyaAllah dapat diselesaikan sebelum cuti!

Minggu ini CM boleh bernafas dengan lega! UNITEN sudah mula cuti, dan Adam sudah ada yang menemaninya di rumah!

Hikmah daripada ketiadaan bibik...
anak-anak sudah mula membuat kerja masing-masing.....
pinggan mangkuk masing-masing basuh sendiri...
baju masing-masing gosok sendiri...
Alahai...
suara CM bergema dalam rumah,
kalau tidak dipesan, tidak diperingatkan...tak tahulah apa akan terjadi!
CM pun sudah mula berjinak-jinak dengan dapur semula
minggu lepas dah siapkan puding pelangi, resepi daripada cikgu GSTT.
Petang tadi sempat pulak masak kek kukus masam manis.....

tetapi kalau ada yang ingin bertandang kerumah buat masa ini
jawapanya nya masa belum sesuai.......
kain baju masih seperti dalam supermarket semasa sales!!

Siapa mahu membantu!!!!!!

7 comments:

aza ni said...

selamat berjuang cm...

Kakcik Seroja said...

Salam Cikgu..

semoga semuanya dipermudahkan..

"" M.D.F.Z "" said...

wah sedih rasonyo,habis dh alam persekolahan sy kt sic..5 tahun kt sic,raso berat jh hati nk tinggal SIC KU TERCHENTA ini...huhu..apo2 pn cg,doakan sy u SPM 2009..salam~

cm said...

Azani>>
Semoga dipermudahkan..

Kak Chik>>
Alhamdulillah...

Danial>>
...dan akan menjadi orang dewasa!
InsyaAllah berjaya dalam SPM dan menjadi orang yang berjaya dalam hidup.
Jangan lups SIC dan cikgu-cikgunya...

anismi said...

nampaknya anak2 sudah pandai berdikari.... sekarang ni dah penghujung tahun..
tahun depan Adam dah mula bersekolah... jadi relaks ckit... cuma penat menghantar dan mengambilnya sahaja.

cm said...

cik ann>>
ha..ha.. selepas suara macam kena pasang speaker...
hari ni Iqah yang masak nasi ..hu..hu..

anismi said...

nasib baik ada iqah... tunggu bila Ani dan Yaa balik cuti... tapi rasanya kalau dah ada ramai2 tu masing2 malas pulak... mensti jadi perang lak... naik pulak speaker...