Followers

Wednesday, November 11, 2009

kursus di hujung tahun

CM dengki dengan CkLah yang students PMRnya memenuhi ke kawasan sekolah hingga kehujung tahun...
Di 'dunia' kami, selepas 2 minggu, program selepas PMR hanya tinggal di atas kertas, tidak ada pelajar untuk dilaksanakan!

Semalam CM didatangi oleh PKKo untuk mencari pelajar tingkatan 3 bagi menghadiri kursus pengurusan kelab sukan dan permainan selama 3 hari di Tok Bali. Alahai... punyalah susah untuk mencari pelajar yang berkepimpinan dan aktif bersukan. Sebut beberapa nama , semuanya tak ada disekolah. Akhirnya tangkap muat aje... nasib baik ada!!

Kemudia ada lagi satu surat yang dihulurkan kepada CM, meminta 10 orang pelajar tingkatan 3 untuk bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bagi menanam semula spesies paya bakau di daerah Tumpat pada hari khamis 12 nov. Ini tidak susah...... sape-sape pun boleh pergi! CM cuma hulurkan kertas, tulis nama siapa yang nak pergi! Briefing sedikit sebanyak tentang pakaian dan sebagainya, semua settle.

And then, kaunselor pula datang... minta dicari 4 orang pelajar tingkatan 3 bagi menghadiri kursus keselamatan jalanraya, di SMK Chengal. Adush.... cari jer sape-sape yang berhajat nak menaiki motorsikal kesekolah next year , semua boleh pergi!
Sorry inche kaunselor.... CM dah tak tau nak bagi nama siapa. Kenalah cari sendiri..... (betapa sukarnya mencari pelajar yang selayaknya daripada 224 calon PMR)... semuanya ghaib!!

Ynag menjadi masaalahnya, kenapa akhir tahun baru semuanya nak buat kursus! semuanya last minute!
Nasib baik ada pelajar tingkatan 3 .... yang lain semuanya final exam.
Dan esuk, lusa...CM tak ada disekolah.....pandai-pandailah budak-budak... jaga nama baik SIC!!

12 comments:

n@m@n said...

anak2 cKlah xpela pompuan semo..hehe

cikgu_math said...

naman>>
anak2 CM pulak semua lelaki..

zino said...

bila habis exam kira dah acara bebas la.. pasal tu habis ilang hehe

xiiinam said...

Haip...haip....siapa sebut-sebut nama ckLah itu...?
Ahaks!


Psst: Bukan senang juga kami nk pastikan mereka dtg.....w/pun semua perempuan.Banyak menuntut pengorbanan cikgu jugak laaa...ha..ha..

cikgu_math said...

zino>>
Cm dah ketiadaan palajar ......

CKLah>>
CM faham... tapi buat-buat tak tahu!

sonata anak kancil said...

cikgu pun gi kursus - anak murid pun hilang la! sama la last2 minit ni pun jabatan buat macam2 --- he3x duit lebih kot....

TokNabe said...

nak kursus sekarang orang main call je... nak kasi surat tak sempat sbb kekadang call ari ni sbb ada kursus esok. yg jd loratnya kita jelah...

a kl citizen said...

assalammualaikum

kat mana2 pun sama je ya... kursus last minute...

Precious said...

Budak2 kursus ujung tahun. Cikgu2 pun sama .. ekekeeee ... habiskan budget tahun ni!

Mr PenyuBiru said...

dulu masa jadik student,lepas abis exam lah saat paling best.dtg sekolah bleh lepak² sambil adakan jamuan perpisahan.hihi

Dari Hati said...

Salam ukhuwah CM..Slmat bercuti..minggu ni kan minggu last sblm cuti panjang..

T kasih sbb sudi jd follower blog sue.

Tgh berdebar ni,,result UPSR anak sulung Sue, rasa nya keluar minggu ni..

Anonymous said...

narizanhusin.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading narizanhusin.blogspot.com every day.
payday loans bc
pay day loans