Followers

Monday, November 02, 2009

jadual waktu baru......

Sudah 10 hari bibik balik.... dan rasanya dia tidak akan kembali kerana masaalah passport!
sejak arwah suami CM meninggal 3 tahun yang lepas, bibik sentiasa ada untuk membantu.
Bila dia tiada, terasa sangat kelam kabutnya....
24 jam terasa begitu singkat!!!

Nak siapkan macam-macam!
kerja rumah....
kerja sekolah.....
makan anak-anak....
gosok baju...
hantar anak
ambil anak
dan 1001 macam
Anak yang besar semua kat asrama!

Blog ni pun masuk dalam senarai....
agaknya ada ke masa nak menjelajah blog!

Nasib baik Naseef sudah habis PMR..
tugasnya menjaga Adam sementara tunggu cuti universiti.
Dia suka..... sebab tak payah cari alasan untuk tidak kesekolah!!!

11 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

faham sangat kekelamkabutan CM tu... semoga dipermudahkan Allah

n@m@n said...

semoga tabah..

blog tetap berblog..hehe

misz A.C.C.A said...

adoi naseef, naseef.....
tapi kan umi, ritu ka ah call naseef, dkat pukul 11 doh, adam x mandi lagi! =P

TokNabe said...

Mula2 susah..insyaAllah lama2 okey nanti bila dah biasa dengan jadual baru.

cikgu_math said...

aklc>>
Cm juga mengharapkan begitu.... semoga Allah permudahkan segalanya.

cikgu_math said...

naman>>
he..he.. itu nyang cari masa nak mengadap komputer.. baju blm bergosok lagi tu...

cikgu_math said...

Tok nabe>>
masih dalam proses menyesuaikan diri.
InsyaAllah...

the life of cikgu sue said...

cikgu math
Lama-lama seronok tau tak ada bibik.Rasa bebas di rumah sendiri.Mula-mula je kelam-kabut.Nanti anak-anak akan memainkan peranan masing-masing.umi goyang kaki aja.

cikgu_math said...

cikgu sue>>
i'm waiting for that... tapi macam dah runtuh rumah...ho..ho..

xiiinam said...

ckLah pun dah 5 tahun kehilangan pembantu....mula-mula dulu, memang rumah macam sarang garuda!

....sekarang pun masih macam tu...kadang-kadang!

kakpah said...

salam cm. Saya ni sempat lagi merayau2 masuk rumah orang. jumaat ni dah berangkat dah.

saya link kat rumah sy. senang nanti nak masuk, tak payah ketuk2 bila nak masuk hehe..

selamat bertungganglanggang.