Hari raya ke tiga...
Orang lain mungkin masih berehat-rehat menyambut hari raya aidil adha,
tapi CM seawal 8.30 pagi sudah berada di dalam kereta untuk menghantar Akiff ke asrama.. besuk paper Biologi..Good Luck dear!
Sampai kerumah dah hampir pukul 11.00 am. Aliaa pula bersiap untuk di hantar ke Bus station.. basnya ke Arau akan bertolak 11.30 am.
Balik kerumah... banyak yang menanti bagi seorang ibu yang ketiadaan bibik... sentuh itu, sentuh ini, dah masuk zohor.
Jam 2.00 pm CM akan mengikut rombongan pengantin perempuan ke majlis menyambut menantu. Anak saudara CM ( sebelah arwah suami ) akan bertandang ke rumah suaminya di Pengkalan Chepa. Balik dari kenduri dah masuk waktu asar, dan CM terpaksa pula menghadiri majlis kenduri jiran sebelah rumah . Perut dah penoh, tetapi pergi jugalah untuk tunjuk-tunjukkan muka....
Sekarang baru boleh duduk berehat sekejap...
16 comments:
assalammualaikum cm
sentiasa sibuk je ya...
salam....kita cuti dari tugas2 rasmi, tapi hakikatnya sibuk dengan tugas2 sedemikian....selamat pangantin baru kepada mempelai
KLC>>
kadang-kadang buat-buat sibuk...
SAK>>
..maknanya tak ada cuti lah kita ni...
cm, aktif...dlm bercuti pun ...semangat ....
Hye sis..busy manjang eh..Sally dok berhempas pulas dgn kertas exams nih..adoiiii..
azani>>
cuti pun macam tak cuti...
sally>>
CM belum siap lagi semak kertas exam... Skrg sibuk dengan borang pendaftaran tingkatan satu.... 9 & 10 hb ni kena attend mesyuarat di KTrg.. ganti PKHEM. sob..sobb..sob..
seorang ibu sangatlah bizi kan? hurm..
Salam perkenalan CM,
Saya menerjah daripada blog kakcik. seronok baca kisah seharian CM.
Semuga persahabatan terjalin. Jika kelapangan jemputlah datang ke blog saya
http://akak-akak.blogspot.com
salam cikgu.
mengajar di SIC ya? :)
"Sape kate cikgu tak sibuk?"
mak ayah saya buktikan... cuti sekolah pon takde kat umah! hihi
AM>>
nak tahu bizi tak bizi, cepat-cepatlah dapat baby..
Ibu&Abah>>
TQ sbb singgah...singgahlah lagi yer??
maryam>>
he..he.. anak cikgu mesti tau...
Selamat semuanya ya kakZan!
Cklah>>
alhamdulillah...
Post a Comment