Followers

Wednesday, December 02, 2009

hujan o hujan...

dari semalam hujan ... matahari masih malu-malu....
bangun pagi tadi.. masuk dapur tak ada satu apa pun yang boleh dimasak untuk sarapan.. malam tadi dah bancuh tepung untuk goreng cakoi, tapi hujan-hujan ni perut terasa lebih besar..cakoi terasa macam tak cukup! ahaks!

CM angkut 2 hero kecil CM, Amar & Adam ke dalam kereta, nak cari kedai nasi berlauk...
Ohho.. nak ke kereta pun dah kena mengharungi air hujan di dalam garaj paras buku lali... atas jalanraya banyak betul tempat yang terpaksa meredah air...
dan bila tiba ditempat yang dituju.. 1 payung CM rosak gara-gara si hero yang berlagak pandai....... Buka payung dalam kereta.... habis bengkuk lidi-lidi kerangka payung.... dan akhirnya kami terpaksa berkongsi payung!!

hujan masih tidak berhenti-henti... sekarang ni air longkang rumah CM dah melimpah.
Nasib baik semua urusan borang pendaftaran tingkatan 1 2010 disiapkan semalam... sepagi CM disekolah...
Hari ini boleh malas-malas dirumah.... tak payah meredah hujan.. mengharungi air kesekolah lagi...

Adik CM kata ' ikut ramalan cuaca, kalau banjir awal bulan disember, mungkin akan jadi banjir besar... sbb pada masa yang sama air laut pasang besar'
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.. tak ada apa yang nak dirisaukan...
sebab rumah CM tak terlibat dengan banjir.... cuma banjir air hujan je...

minta-mintanya... jangan lah hujan lebat pada 9 & 10 Dis ni.... CM kena attend mesyuarat Sekolah rancangan Khas di KT...tak best nak drive dalam hujan sorang-sorang..... takut tersekat air banjir!!

14 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum cm

hujan2 memang mengundang rasa lapar, sebab dek lapar, sanggup meredah hujan ya

... said...

Salam Cikgu Math. Kali pertama berkunjung di blog cikgu. Di KT masih banjir lagi ke? Tahun ini banjir di seluruh negara agak teruk. Selalulah perhatikan anak-anak, terutama yang kecil-kecil tu...

Yunus Badawi said...

Salam CM.
Pagi2 dah sarapan nasi berlauk? Org di Kelantan biasa tapi bagi kami yg dari KL agak janggal makan nasi berlauk ni pagi2. Nasi lemak tu biasalah. Tapi kalau saya ke KB saya pun bedal jugak hehehe

anismi said...

he..he..he.. lapar punya pasal hujan ke ribut ke redah je...

Ibu n Abah said...

Salam CM,
memang sedap hujan2 pekena nasi belauk kan... saya pernah pekena masa ikut kawan balik kampong di selising. Sedap betul.
Ikut ramalan cuaca tadi, hujan akan lebih kerap di Kelantan dan Terengganu pd minggu depan, walaupun begitu berhati-hatilah memandu.

Meen Eunos said...

Biasalah cikgu.
Hujung tahun je mesti hujan kan.

TokNabe said...

Kat Johor masih panas dengan hujan yang seketika. Dalam minggu depan sy akan balik ke Kelantan, harap2 time hujan dah berkurang dan banjir ta ada. Kalau tak susah nak berjalan ke sana ke mari.

cikgu_math said...

klc>>
memang lapar...
dan kerja musim hujan ni hanya makan dan tidur

cikgu_math said...

mybabah>>
tq sbb singgah...
dah musim tengkujuh..kalau tak banjir pun..hujan tetap ada!


YB>.
nasi berlauk tu trade mark orang kelantan he..he..

cikgu_math said...

Che ann>>
Lapar.... hujan berterusan ni...

Ibu n abah>>
harap-harapnya jangan lah banjir besar lagi...

cikgu_math said...

meen>>
dah namanya musim hujan kan!


Tok nabe>>
insyaallah.. tapi sekarang ni..matahari tak nampak langsung!!

the life of cikgu sue said...

CM
Hujan-hujan begini tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan.Hanya makan dan makan.

Tudung dah jahitke?

cikgu_math said...

cikgu sue>>
tudung??? he..he.. taktahulah bila nak mula...

xiiinam said...

ckLah baru borong hanger pg td kakZan. Kain baju banyaktk kering... tk cukup tempat sidai...