Followers

Monday, December 14, 2009

Bolehkah begitu????

Cuti??? rasanya dari 2006 CM tidak merasa feel itu...
2006..Cuti akhir tahun memang sengaja  kesekolah... pantang orang lain ada kerja, CM akan ikut serta supaya tidak keseorangan dirumah.. mengelak dari memikirkan kisah sedih yang menimpa...

2007... 2008...
Walau pun cuti... terpaksa kesekolah untuk siapkan kerja-kerja sekolah.
walau bagaimana pun masih ada masa untuk balik kampung dan bercuti!!

dan kini 2009!
daripada  19 Nov hingga ke hari ini, CM belum bercuti lagi!

Minggu pertama sibuk dengan anak buah kahwin ~ gubah hantaran, majlis kenduri dan sebagainya... habis satu minggu disitu.

Minggu kedua mula sibuk dengan markah final exam ....

Kemudian terlibat pula dengan pemilihan pelajar ke SRK .... nasib baik hanya 3 hari, tahun-tahun lepas satu minggu berkampung dihotel!

Hari ini seharian pula  di bilik peperiksaan .... streaming pelajar untuk 2010.
( to be continued  tomorrow - hanya Kak Selamah & Ustazah Mazuraini.... kesian!!!! dia orang dah beberapa hari bertapa dibilik peperiksaan..... hanya kerana cikgu tidak menghantar markah, kehadiran & ulasan untuk kelas masing-masing!)
CM nak relax esuk!!!! ha..ha..ha..

kerja yang menunggu masih banyak.....

~ preparation untuk majlis  pendaftaran tingkatan 1 2010.
~ Modul P&P .... Aduish.... buat kerja macam semut... baru siap satu bab!
Banyak kerja Beb!!
(ditambah dengan bibik tidak ada!)

nota:
Ada orang kata... kalau nak relax memanjang... kerja yang diberi oleh pentadbir jangan sempurnakan...
buat ala kadar jer!
barulah kita tidak dibebankan dengan kerja-kerja itu!!
....'Bolehkah begitu?'......

15 comments:

Yunus Badawi said...

rasanya org yg cakap mcm tu dah merasa rilek dgn tak sempurnakan assignment yg diberikan ngeh3x

Yunus Badawi said...

kesian cuti tapi mcm tak cuti. Saya sedang buat rancangan nak bawa anak2 melancong cuti sekolah ni tapi dlm negeri ajelah huhuhu

the life of cikgu sue said...

cm
Alahai modul BM tak buat lagi....
Rasanya baru cuti semalam.

Ibu n Abah said...

CM,
Dulu pun saya tengok cikgu2 dah bezzzyy masa cuti sekolah... sekrang dgn macam2 rencananya.. lagilah cikgu2 bezzyyy memanjang....
(Siapalah kata kerja cikgu senang... tima murid2 cuti, cikgu pun dapat cuti...)

sonata anak kancil said...

sama la kita ni weh! sy sedang rancak menyiapkan takwim pengurusan 2010...siang tadi - dipanggil meeting /taklimat di jabatan - cuti hanya cuti ngajar aje sebab murid bercuti...bab keje2 pengurusan seperti biasa kena settle kan....

cikgu_math said...

YB>>
...sbb tugas tu dipindahkan kepada orang lain!

selamat bercuti YB, semoga Adam dah semakin sihat!

cikgu_math said...

cikdu sue>>
nanti kita buat sama-sama ....
ohh... jangan tinggalkan daku ..he..he.

cikgu_math said...

Ibu n Abah>>
hanya cuti dari mengajar....
kerja lain bertimbun!!

cikgu_math said...

sonata>>
wah....
balik bercuti terus meeting!
sempat ke betukan urat-urat kaki tu?

chekgu BaniHassim said...

org je tatau yg kite ke skolah time2 cuti sekolah nih...
byk bende kene setelkan kan???

Cikgu Adham said...

salam..
heh heh best juga ada aktvt utk di buat dlm cuti..
saya pun mujur la ada member yg ramai d kg.. kalo x... rasa ssumbat otak juga la...

xiiinam said...

Kita tengah cuti ke sekarang kakZan?




He..he..

cikgu_math said...

ChekguBH>>
itu yang hendak dihebahkan untuk bakal-bakal guru diluar sana...
jangan anggap cikgu banyak cuti!

cikgu_math said...

Adham>>
kalau masih di Serawak.. pasti tak merasa cuti tu!!

cikgu_math said...

Cklah>>
Err... Cuti dari mengajar jerr!!