dua hari berturut-turut berulang alik ke PBB Resort untuk Kem Tuju Kegemilangan PMR 2009. Penat tak usah nak cakap......
Tengahari tadi majlis berakhir, dan CM kesekolah buat apa yang patut.
After 2.00 pm, ingatkan nak balik rehat... tapi didalam perjalanan, bertembung pula dengan satu accident kecil berhampiran dengan SK Zainab 2.
Pelajar sekolah CM ( Budak form 2 ) dilanggar oleh sebuah kereta yang pemandunya seorang wanita , menyebabkan dia terjatuh.
CM berhenti dan mendapatkannya.
Tak adalah teruk.... dia boleh bangun & berjalan sendiri ke tepi jalan, cuma luka-luka dilutut & siku... mungkin kereta itu bergerak perlahan!
Bila diminta menghubungi ibu-bapa, dia seboleh mungkin tidak mahu memberitahu apa yang berlaku, tetapi atas dasar tanggungjawab, CM meminta untuk bercakap dan memberitahu ibunya tentang apa yang berlaku...
Ho.ho...
Ibunya hanya berada tidak sampai 100 m dari tempat lejadian.... menunggu anaknya dari SMK Zainab 1.
Dia melihat semua kejadian dari jauh, nampak pelajar-pelajar SMK & SRK Zainab keluar tetapi tidak menyangka itu anaknya....
Alhamdulillah.... Ibunya sendiri yang akan membawa si anak ke hospital, dan ini mungkin satu keadaan yang amat lega bagi pemandu tersebut... dapat menyelesaikan segalanya dengan parent tersebut!
Harapnya tidak ada apa-apa yang serius berlaku kepada pelajar terbabit.
11 comments:
kalau dah malang, tak berbau...
penat ye CM...takpe, itu kan biase..
harapnye balasannya berbaloi laa...mudah-mudahan...
kekadang kita bawak kreta ni , takut menengok bebudak sekolah bawak motor ya...
asik membrek aje...
Walaupun kemalangan kecik tapi rasa senggal dan sakit badan juga dua tiga hari. Luka tu pulak bila nak mengering... adus sakitnya.
Moga2 murid CM tu lekas sembuh.
semoga tuhan membalas kebaikan cikgu.
harap tak ada yg serious... kemalangan ni tak boleh tentu.. di luar nampoak macam ok je tapi internal bleeding kalau tak di periksa betul2 susah jadi nya nanti..
mudah2an dia ok..
chekguBH>>
semua guru berongsi kepenatan yang sama, kan?
klc>>
Ini kes pejalan kaki.. budak tu nak melinta s jalan. Bagaimana kereta tu boleh melanggar, sedangkan ini kawasan kompleks persekolahan.
Toknabe>>
sakit tu memanglah... berpeluh-peluh budak tu.. harapnya tidak ada apa-apa!
Azani>>
InsyaAllah... tapi rasa tanggungjawab tu lagi penting!!
Zino>>
Itu yang CM bimbangkan... masa tu tak rasa sakit, tapi kesannya selepas itu.
Harap-harapnya tidak ada apa yang berlaku.
satu benda yang buatkan neeza berdebar ialah tengok accident, tak kira lah accident maut ataupun kecil... selalu nampak accident maut tapi neeza tak nampak yang maut tu.. bagus jugak cam tu sebab rasanya neeza tak berani nak tengok..
minggu ni saya pun asyik tengok eksiden saja...
lama x jengok cm... ni pon masih bnyk keje tp nak jugak ziarah rakan.
beberapa tahun dulu saya pernah tgk anak kawan saya sendiri, sedang melintas zebra crossing, kainnya tersangkut kat motor yg lalu di situ. terseret budak tu... budak tu dari skolah rendah seberang jalan, nak ke skolah kami.. pagar skolah kami lepas zebra crossing tu jer... saya tgh tunggu lampu merah. tu yang nampak depan mata... kesian..luka2 budak tu.. maknya pulak type yg cepat panik bila jadi benda2 cam ni, kene pulak anaknya sendiri.. sian nengoknya..
Post a Comment