Followers

Sunday, July 12, 2009

HAPUS PPSMI ...(versi pelajar)

Pagi tadi masuk kelas 1 GIGIH.
ajar tajuk TRIANGLE,
then guna sikit-sikit term BM
equilateral triangle - CM tulis di sebelahnya segitiga serba sama
dengan menggunakan marker merah,
isosceles triangle- CM catat segitiga sama kaki
dan ada beberapa term lagi yang CM perkenalkan istilah BM
(sebenarnya banyak term BM yang CM tak dapat nak recall balik semasa P&P tadi)

dan CM sebut pada class
' as your preparation untuk hapuskan PPSMI 2112'
then one boy bangun
"teacher, tak bolehkan kita continue belajar dalam bahasa inggeris,
kita baca soalan math dalam bahasa melayu pun tak faham!
biarlah budak standard one tahun depan mula dengan BM...."

CM terdiam sekejap... tak tahu nak kata apa.
dan keadaan mulai bising dengan pendapat ramai...
semuanya tidak mahu bertukar semula ke BM.

itu pandangan pelajar cemerlang!

dan akhirnya CM bersuara
"ini hanya dasar, perlaksanaan tak tahu macam mana lagi..
masa masih panjang, tak payah nak fikir sekarang!.."

walau bagaimana pun,
CM teringat beberapa tahun lepas
pernah CM buka ZOOM A untuk anak di darjah 4.
soalan sains & math dalam bahasa melayu, langsung dia tidak faham... tak dapat nak jawab!

dan CM juga terfikir...
apa nasib mereka nanti...
BM tak boleh nak junjung, BI pun tak boleh nak kelek..
dan hasilnya knowledge sains & matematik hanya ada di bahagian kulit,
isi dalamnya hilang disebabkan bahasa!







14 comments:

CIKGU NAMAN said...

itulah yg kita risau kn..nanti HIlang Melayu di Dunia

zino said...

jadi lah macam istilah di kejar tak dapat di kendong berciciran... sape nak kutip tu...

laki cikgu kimia said...

subhanallah.. budak bersuara itu pasti menjadi seseorang suatu hari nanti.. *kagum

Sally said...

tu la kan..sebenarnya students tak kecoh mana pun guna English..yg kecoh tu yg di luar pagar sekolah!!!

TokNabe said...

Susah nak berpatah balik jika dah lebih separuh jalan kita lalui.

shinrei said...

hilang ke 'melayu' kalau guna bahasa Inggeris?

sonata anak kancil said...

sonata dulu belajar sc & mt dlm BI - anak2 sekolah belaja dlm BM ( tak reti nak aja )
- apa akhir jadinya???langsong lupa terus sc & mt - anak belaja bahasa law...confius!!!

cm said...

naman>>
melayu tak kan hilang di dunia...

zino>>
itu yg kita semua bimbangkan..

AM>>
pelajar menyuarakan hati mereka... sedangkan cikgu terpaksa mengikut arus!

cm said...

tchersally>>
itu versi pelajar cemerlang... pelajar lemah tak pula bersuara!

Toknabe>>
ini batch pertama yg belajar math & sains fully in english dari standard 1... kesian dia orang!jadi mangsa keadaan!

cm said...

shinrei.
gunalah bahasa apa pun, hatta bahasa jepun pun, melayu tak kan hilang!

cm said...

sonata>>
kita hanya boleh membantu..... dan berdoa

Cik Bee said...

homesick nye....
this sem sangat susah 4 me...
im taking 5 account sub out of 6...
ada satu project paper,
ada 2 - 4 group project, preparation 4 internship sem depan nanti...
tak tmasuk dgn esemen yg lain-lain lagi ni
ka ah nak balik! bulan pose nnt mesti rindu umah gler! huhu

Unknown said...

cikgu.. SYMP...
tapi rasa kerugian plak bila dimansuhkan...
(anak2 murid saya mmg antara yg bermasalah dgn PPSMI)
kt sekolah, ujian2 pun dwihabasa, diorang baca yg BM la...

Abdul Aziz Yusof said...

Berlagak, kalu melayu kata tak faham bahasa melayu..
Budak2 terima saja apa yg diajar dan kebiasaan menjadi mudah, itu je budak2 pikir..takkan seorg pelajar ckp nak belajar dlm bahasa ingeris dah dilabelkan pelajar cemerlang..
Tahun 76 bermula dasar satu pengantar iaitu BM je, takde english medium..berlanar hok cemerlang, contohnyer Cg math..
Ada bangsa yg dah pupus tp bahasanya masih dipakai, tp melayu nak hapuskan bahasa tp nak perkasakan bangsa...ooo tak mungkin