Followers

Friday, July 17, 2009

salah ker.......???

sekali sekala blogging menjadi media
untuk releasekan stress, tension dan masaalah....
sepotong ulasan daripada rakan-rakan maya,
baik berbentuk nasihat,
pujukan
atau simpati
boleh meleraikan separuh daripada apa yang kita hadapi.....

CM rasa amat dihargai dengan keprihatinan itu,
walau pun hampir 95% daripada sahabat maya
adalah
orang yang CM tak pernah bersua muka!
Tetapi CM suka dengan cara itu!

tapi hari ini ada orang yang pertikaikan!!!

'soal keluarga...tak payahlah masuk laman web...,'

salah ke???
CM tulis hal keluarga CM, anak-anak CM, cerita CM dan hidup CM.
rasanya tak pernah lagi mengata-ngata orang...,
menghina orang
atau memburuk-burukkan orang....

jadi disini...
di enty yang ke 97 ini...
setelah 178 hari CM mulai blogging......
CM minta maaf banyak-banyak
kepada sesiapa yang terasa pedas,
sesiapa yang terkena tempias,
dan sesiapa yang tak suka dengan entri CM...

Nak buat macam mana...
bukan mudah nak buat sesuatu yang menepati semua cita rasa orang

tetapi yang pasti....
CM akan teruskan blog ini
dengan cara CM sendiri!

10 comments:

Sally said...

CM,

eh..ape hal pulak..ikut suka CM la kan..bagus! teruskan aje berblogging..yg tertempias n terpedas tu sendiri mau ingatlah!! rasanya CM tak de pun guna nama siapa2..atau directly mengutuk dll..as long as ianya bukan serangan peribadi,by all means go ahead..kalau Sally, Sally tak layan yg 'anonymous'..blog ni ibarat rumah kita, kita nak hias mcm mana sekalipun ..kita punya hak..kita nak buka pintu kpd tetamu2 yg diundang sahaja..yg menyinggah pun dialu2kan..tak gitu CM..

Abiey69 said...

biarkan mereka cm. janji kita bahagia dan tak kacau orang.
blog abiey ibarat dairi terbuka abiey yang nak dikongsi dengan member yang memahami.
hok ore yang tak puas hati... lantaklah..

mr.mzn said...

alaahai.. kesian.
tape cekgu.. ini kn blog cekgu.
ikut cekgu laa..
huhu.. go CM go CM!!

cm said...

sally>>
...sape-sape suka boleh baca, ta suka tak payah... kan!

Abiey>>
yelah....orang tak puas hati..biarkan mereka!

Mzn>>
thanks...

Precious said...

Biasa lah tu ... Itu ler cabaran bblogging. Biarkan saje. Orang suka, orang baca. Orang tak suker, button 'x' kan ada ...

TokNabe said...

Blog kita, ikut kitalah nak isi dengan apa.......

Orang lain tak suka, biarlah. Kalau nak biar dia buka blog sendiri..

the life of cikgu sue said...

Biarkan ajelah.Siapa yang makan lada dia yang terasa pedasnya.Yang penting Allah maha mengetahui apa niat kita.Melalui berblog kita dapat luahkan segala.Suka dan duka.Terpulanglah kepada orang yang membacanya.

zino said...

tak ada syarat pun bagaimana blog ni harus di tulis terpulang kepada tuan punya nak tulis apa, dan tak ada syarat juga utk yg datang berkunjung.. suka baca tak suka tak perlu baca..

asal yg kita tulis tu perkara benar, tidak memfitnah sesiapa, tidak mengumpat , tidak mengaibkan sesaorang..dan sebagainya..

dan kita bertanggung jawab dengan apa yg kita tulis.... cikgu teruskan berkarya di blog ni.. hehe

Sally said...

yes sis..that's the way it should be..

Ah Win said...

kak CM,
abaikan orang sebegini..
kita x dapat puaskan hati semua org.