Followers

Thursday, September 24, 2009

1st DAY RAYA.....

SALAM AIDILFITRI...
Kesibukan dihari raya menyebabkan tak sempat nak membuka blog....

CM beraya dirumah Bonda, bertolak pulang ke kampung pada hari Sabtu
dan terus pulang ke KB pada pagi hari raya kedua.

Aidil Fitri yang meriah, walau pun 4 daripada adik-beradi CM beraya dirumah mertua masing-masing!

Malam raya adalah upacara membakar bunga api...

kecil, besar, tua & muda berkongsi gembira...
yang besar membantu yang kecil, yang tua menjaga yang muda!

Selepas solat Aidil Fitri... semua berkumpul untuk bermaaf-maafan,

dan bersalam-salaman,

untuk anak-anak kecil & golongan remaja,
proses mengumpul duit raya

kemudian acara makan-makan.....
lemang, ketupat, satay, nasi dagang, nasi minyak
( semua ada )

dan seterusnya acara berposing didepan kamera...
huh...banyak betul kamera.... satu family satu kamera, ditambah dengan kamera telefon..

dan akhirnya bergambar dengan family masing-masing!

CM dengan anak-anak!
tema tahun ni warna oren, ada yang lari tema
tetapi masih dalam tone yang sama...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2009
MAAF ZAHIR & BATIN

13 comments:

Cikgu Adham said...

slm..
slmt hr ry... meeriah sungguh...

sonata anak kancil said...

meriahnya hari raya....

cikgu_math said...

adham>>
Alhamdulillah...
masih ada rumah bonda untuk berkumpul.

sonata>>
semoga berterusan setiap tahun!

Meen Eunos said...

Salam cikgu.
Meriahnye hari raye.
Saye nak ucapkan
Selamat Hari Raye
Maaf Zahir Batin.

cikgu_math said...

meen>>
selamat hari raya untuk Meen juga..
maaf zahir batin.

xiiinam said...

Ayu-ayu belaka anak dara CM...

cikgu_math said...

cklah>>
kah..kah..kah..
Doakanlah perilakunya juga serupa!
Nak jaga anak permepuan bukannya mudah..betulkan Cklah?

zino said...

selamat hari raya ... meriah nya..

cikgu_math said...

zino>>
raya kat kampung memang meriah...
balik rumah sendiri..bila buat open house baru ada tetamu....

Achu Tra said...

meme berayo sakan cikgu...merioh nyo!!

TokNabe said...

Memang meriah berhari raya.. begitu juga dengan jalan raya. Jenuh nak masuk KB.

Adry said...

owh... meriahnya raya!!!

tolahah said...

Ramainyeeerrrrr anak cikgiii.... hehehehe Tahniah! Tahniah!.. murah rezeki tu.