hari ini CM betul-betul bahagia....
bersyukur kepada allah swt.
kerja analisa dah beres... dan diserahkan kepada ibubapa pagi tadi.
Balik petang semalam, ada surat daripada CITIBANK. CM hanya perlu bayar RM 250 daripada RM 6000 yang dibelanjakan oleh pencuri credit card CM hasil perbincangan dengan pehak Bank, Biro Pengaduan kewangan dan CM awal bulan lepas diKL.
Alhamdulillah...syukur sangat-sangat!
dan terima kasih untuk kawan-kawan yang mendoakan CM, esp Azani yg siap link address bacaan untuk CM amalkan.
Dan sekarang masih menunggu keputusan untuk kad yang satu lagi. Harapnya berita yang gembira juga!
sulaman CM dah 3/4 siap...cuma dibahagian lengan belum siap! ...ada masa CM akan tampalkan hasilnya disini.
Dan pagi tadi, jumpa Boss dipejabat. Dia hulurkan satu surat yang amat menggembirakan CM. APC untuk 2008.
CM berkerja untukkepuasan diri, untuk kepentingan anak didik, tidak mengharapkan apa-apa anugerah.
Kegembiraan yang paling besar ialah bila CM dapat menghasilkan 97% gred A matematik PMR 2008. Sudah cukup Allah berikan kejayaan itu!!
Tetapi bila usaha dan tenaga kita dihargai... itulah saat yang paling bahagia.
Anugerah ini CM ingin kongsi dengan semua guru PMR yang memberi 200% kerjasama pada CM semasa memegang S/U Kecemerlangan PMR 2008.
Terima Kasih semua.... Kerjasama anda semua menyebabkan CM dapat bekerja dengan cemerlang.
Syukur Alhamdulillah!
10 comments:
kenapa gembira tu ya....
ijad>>
sorry... ter publish tajuk n3 tanpa isi..
tahniah cikgu... semuga terus cemerlang..
gembiranya sama macam kera mendapat bunge ke??
Alhamdulillah... satu per satu masalah dah selesai.
Alhamdulillah,Allah bersama dengan orang yang sabar.
assalamualaikum cikgu!
wos dtg nih...
:D
xsia-sia g kl cik zan,,:)
ALHAMDULILLAH,,
-kak ina-
zino>>
thank you.
chekguBH>>
tak taulah...macammana cara mereka gembira yerk??
Mr PB>>
Alhamdulillah..kerana kita tahu Allah itu amat penyayang!
Azani>>
thank you... atas sokongan kalian juga!!
wos>>
jemput..jemput masuk..
(dengan hidangan penuh dimeja..)
terima kasih... datanglah lagi...
kak ina>>
alhamdulillah... penat kak ina terbayar kan!!
Post a Comment