Followers

Saturday, April 18, 2009

sweet memory......

Dari pagi asyik tidur jer…badan masih belum pulih sepenuhnya…..penat…lesu…
Tak tahu nak buat apa…tiba-tiba teringat kenangan lama.
SESMA 1975 – 1980
Sebahagian dari kami still in touch melalui Yahoo group…

So, CM buka email, nak baca berita dia orang….
tup-tup biah (my ex-classmate ) sedang on line….tak pernah berkebetulan begini…tapi hari ni berlaku dengan keizinanNya
chat dengannya sebentar melalui YM

OOoo…rindunya zaman persekolahan dulu…hampir 30 tahun yang lepas..
Kita orang very close…macam adik beradik (5 tahun berkongsi segala di asrama) …and teachers also..
Hingga hari ni still in touch dengan Cikgu Shukri - cikgu Matematik CM dulu( sekarang di PSPN Perak)
Cikgu lain …cik gu Mohamad Ariff(BM), cikgu wan Mohzan(BI), cikgu Ramli (Seni), cikgu Razali (BI), cikgu Aziz Badiozzaman(sc), cikgu Aisha Bee (ERT), cikgu Tajuddin(math) dan banyak lagi…..still in memory..

Gathering batch 1980 sentiasa ada…tapi CM tidak pernah berkesempatan ( atau memang tidak bersungguh untuk ikut).
Rindu untuk bertemu kembali memang tersangat rindu…tetapi kadang-kadang malu dengan diri sendiri..

Kebanyakan mereka sudah menjadi somebody..
Zaki..dah jadi Prof di UPM
Iskandar….huh..tengoklah dikedai buku…kebanyakan buku ICT dalam bahasa melayu adalah tulisan beliau..Iskandar Abdul Rashid!
John (Hanafi Ramli), Musu (Saifuddin Sulaiman), saifuddin Yong, Loh (Shukri Abd Rahman), Solahuddin, Rosedelima..…semuanya sudah menjadi orang yang berjaya..

Kalau bercerita dengan anak-anak, CM bangga menceritakan kepada mereka tentang kawan-kawan CM.
BadrulHisham….orang yg bertanggungjawab membina Stadium Negeri Terangganu
Azman....orang besar bank Negara yang kini bertugas diUK
Tg Hasmadi….orang kuat Plus Liner..
Prof Izzuddin Hj Ali....dah ada slot sendiri dalam radio HotFm
……….
And banyak lagi yang tak tersebut namanya disini…

....................sedangkan CM hanya seorang cikgu.....yg mengajar disekolah biasa-biasa...



17 comments:

"" M.D.F.Z "" said...

di sekolah-sekolah biasa?sic luar biaso cg...

Melawis said...

CM..cikgu tu adalah sebenarnya manusia luar biasa..kerana walaupun siapa mereka lawyer,majistret,doktor,arkitek,semuanya bermula daripada guru biasa yang dengan lemah-lembut mendidik kira dan baca.

H.R PuTeRa YuSoFF said...

salam cikgu...
sye pelajar IPSM bru melawat SESMA..
huhu.. cantik skolah 2... masa 2 cikgu sesma bru blik dari indon...
*salam kunjung cikgu cikgi

Neeza Shahril said...

tapi anak murid cikgu ramai dah berjaya kan.. mungkin lebih daripada kengkawan cikgu tu..
itu satu kebanggaan tau cikgu...

aza ni said...

CM,
guru profesyen mulia,masyarakat madani terbentuk dari ajaran guru.

cm said...

MDFZ>>
sorry....

Melawis>>
betul tu...tp bila bersama mereka, kita terasa kerdil jer...

putera Yusoff>>
Ahlan Wasahlan..tq kerana singgah.
buka blog PY..kebetulan lagi...SK Kuala Besut tempat praktikum PY adalah sekolah rendah CM dulu... tahun 70an...

Neeza>>
Betul tu...

cm said...

Azani>>
memang guru profesion mulia, tetapi pengiktirafan dr masyarakat kurang, menyebabkan bila guru bersama dengan profesional yang lain, seolah-olah guru di kelas kedua...(maaf...Ini hanya pandangan peribadi) mungkin guru-guru lain tidak terasa perasaan ini..

Meen Eunos said...

Cekgu.
SESMA tu akronim bagi ape ye?
Cekgu jgn rase rendah diri cmtu.
Cekgu pon da berjaye mnjadi
warga pendidik anak bangsa.
Kalo anak didik berjaya.
Lagi bangge rasenye kan.

cm said...

Meen>>
SESMA : sek men sains sultan Mahmud
org trg mesti tau nama ni...

sebenarnya bukan rendah diri..
bangga jadik cikgu..
and CM enjoy bila bersama students..
love them!!

CS @ Mama AA's said...

hehe cgu pun cgu la....

sya bgga pe jadik cgu...

shinrei said...

SESMA - Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Ganu.

KaK ZaN, saya pernah ngajar kat situ..2003-2005 sebelum ngajar di SIC.

Ghazali said...

Assalamualaikum Cikgu;

Bayangkan kita di Padang Masyar nanti ....

Yang mana Akhirat itu kekal ...

So apakah bekalan kita?

Pangkat dan Harta dunia hanya sementara sahaja ...

Dan ketahuilah oleh Cikgu , orang yang terakhir masuk syurga pun, balasanya, sepuluh kali lebih baik dari dunia ....

So janganlah risau sangat dengan pangkat dan harta dunia ...

Tiada maknanya ...

Kita pasti meninggalkannya ...

cm said...

syareena>>
CM pun bangga jadi cikgu!!

Shinrei>>
Ooo..mesti ramai kawan CM yg mengajar kat situ Shinrei kenal!!
one of them is Abu Zarin.

En Ghaz>>
Sebenarnya saya tak kisah sangat...
I love teaching...bangga jadi cikgu.
Cuma bila berbanding dgn rakan sekelas dulu, terasa kerdilnya...

the life of cikgu sue said...

Sedihlah baca entry ni.HU..HU..Ada sesuatu yang menyentuh hati .kita serupa.

Pernah menjadi pelajar terbaik spm aliran sastera di SMTIZ dan Headgirl 1978 juga di sana.

Tapi hari ini,kak na masih di sini.rakan-rakan jauh ke hadapan,tapi kak na hanya ingat satu.Jika kita merenung ke langit,sesekali pandanglah rumput di bumi.

Sitie BUm BUm said...

best igt dolu2!!

cm said...

cikgusue>>
emm...kebiruan langit mengasyikkan, ttpi kehijauan rumput lebih bermakna..Kan??

SBB
itulah...

Saifuddin Sulaiman said...

Narizan,

How sweet it is that after all these years, you'd still remember me. Whatever it is, just look forward. Our destiny has been chartered by the Almighty Allah..Qada' dan Qadar.
What you've heard maybe just our success story. What you didnt hear maybe very painful for some of us.

As you aware, our SESMA 1980's batch is still active. From time to time we have GTG (unofficially). Nice to c ur family photo. I can see 8 of them. Please take a very good care of them to become "insan".

My eldest daughter has graduated from University already. Proud father to have a daughter as a Mech Engineer. Hopefully ur children can be better than that. Insha allah.

Your X-Classmate
MUSU