Followers

Tuesday, April 21, 2009

minat mereka di situ....

Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh menyebabkan kita tension…
Tak tau kenapa….. (Hanya hati yang boleh menjawabnya..)
Hari ni masuk kelas pun tak enjoy…

Kesian 3 MULIA……. Asyik terkena jer…
Minggu lepas dah seminggu tak dapat mengajar kelasnya….masa matematik jer.....adalah yang menghalang…latihan muzik, perjumpaan ibu bapa, CM ke mahkaham syariah pun terkena masa kelas mereka. huhuhu…...

Minggu ni bermula dengan volume yang tinggi lagi
CM masuk kelas......hanya 4 orang ada… yang lain ada di bilik muzik.....dah seharian mereka berlatih…dan dengarnya dari pagi mereka tidak belajar.....

simpati juga, tetapi mereka dah ketinggalan terrrsangat jauh drp kelas-kelas lain…

ok, macam mana pun cikgu nak mengajar juga…ada sorang pun cikgu mengajar hari ni…’

Selepas 5 minit…3 orang lagi masuk…. 10 minit kemudian…..beberapa orang lagi masuk…dan habis masa pertama…semua pelajar dah ada dalam kelas… ( sorry cikgu Razi, tapi rasanya latihan dah nak habis masa tu….)

……they all kerja kuat untuk muzik…....latihan dari pagi hingga malam….
and they enjoy theirselves.

( sikap yang boleh dipuji…)
kalau lah sikap ini juga ditunjukkan semasa belajar matematik…..pasti dia orang cemerlang….

Psssttttt: sape-sape yang nak tengok pelajar CM buat persembahan…
silalah ke KB Mall pada hari Jumaat ni… 24 hb April, jam 8.00 malam, Sempena Hari bersama Pelanggan Kementerian Pendidikan
Malaysia./ JPN Kelantan.

Acara yang mereka persembahkan tak pasti…tak sempat nak Tanya…
( They all not bad…., tapi jangan lah banding dengan kumpulan muzik pro..
credit to their music teacher, En Razi Daud )

10 comments:

D'Rimba said...

Muzik ada peranan besar dalam sistem pendidikan sebenarnya dahpun dijalankan kajian terbukti bagi mereka yang boleh bermain alat muzik lebih berkeyakinan tinggi, tahu teknik fokus dalam sesuatu hal dan meningkatkan prestasi belajar.....Cuma kita belum kembangkan lagi....

m e E n said...

tepok dada
tanya selera.
tak gitu cikgu?

AZANI said...

Bila ternampak perkataan mahkamah syariah, terus tak nampak yang lain,so
ada apa yang berlaku di mahkamah syariah cikgu,risau jugak sebab biasa kes khalwat, kes cerai berai, rujuk kat sana.Hope tak da apa, ya.

ami mahzar said...

bila masuk klas, ramai student x de, mmg le boring.. lmbt balik dari lab le, kh le, x siap folio le, lambat kuar rehat le...cecekgu tau ler...

tp bab music ni, sbnrnya blh membantu pembelajaran gak.. malah bleh bantu tambahkan A dlm result.. camana?

haa.. klu anto ank amik klas music misalnya piano, depa ade test ABRSM(rasanye le) Sijil yg depa dpt nnt laku utk digandingkan ngan result SPM.. tu antara cara nk dpt extra A.. tu kata cekgu tpt music le.. depa punya grading tu kna amik examiner foreigner..sijil dari university of london.. kira laku le internationally kut...

tchersally said...

Sally duty bawak budak ke KB Mall mlm tuh..hehe..

the life of cikgu sue said...

Samalah ngan kelas 1 mulia tadi.Tinggal 4 orang je.
Jomlah kita gi tengok budak-budak tu Jumaat malam nanti.Jumpa di sana....

ミ-ザン mr. mzn said...

huhu.. cekgu ad psembahan ap ea? uhuhu

cikgu_math said...

DRimba>>
yeap...muzik banyak membantu...

MeEn>>
yeah....tapi sedey...math duduk dirangking no 10...
Rangking no 1 - 9 adalah untuk subjek muzik.....

Azani>>
Hahaha..CM ditangkap khalwat..err..
Tak ada apa pun...cuma urusan harta pusaka arwah suami CM...
dah 3 tahun tak selesai lagi...

Ami>>
Subjek muzik hanya belajar di peringkat PMR. Tak ada Exam. They all ambil exam masa SPM ( subjek elektif )

cikgu_math said...

sally...
Tahniahla...bawa duit banyak-banyak yer!!

Cikgusue>>
Ohho...ambo nak balik kampung....

MZN>>
Nak tahu pergilah KB Mall

Abiey69 said...

Abiey ditugaskan sebagai JK Disiplin budak2 tuh..
maka terlibat secara langsunglah abiey di sana.

jumpa di sana ye..