Followers

Sunday, April 12, 2009

sekadar berkongsi rasa...

kenapa yer
ramai orang melayu agak sukar untuk menerima kenyataan tentang harta pusaka?
kes ni dah 3 tahun berlalu..
bulan april 2008 sepatutnya dah settle, tetapi bila pegawai tu tanya
'kak, kenapa tak tuntut harta sepencarian...kalau tak, mak mertua akak yang dapat paling banyak, sedangkan akan nak jaga anak-anak lagi'

rupa-rupanya banyak yang kita tak tahu tentang harta pusaka, kecuali apabila kita mengalaminya sendiri..

maka bermulalah episod...
jumpa lawyer, masuk pejabat tanah, keluar bank, masuk bank, KWSP dan sebagainya......

Dan akhirnya, dapat surat untuk sebutan kes diMahkamah Tinggi Syariah pada pertengahan april.

defenden-defenden yang telibat tak ada apa-apa...
yang sibuknya orang lain......
tersinggung, terhiris, terluka......sudah biasa!
hatiku sudah keras dengan itu semua...

dan aku hanya berpesan kepada anak-anak...
'Tak apalah.....kita menumpang jer disini..'

ramaikah orang diluar sana yang hidup seperti kami????

11 comments:

ami mahzar said...

assalamualaikum,
baru sehari mengikuti blog cikgu maths.. sendiri pun opsyen bio tp ajar maths sepenuhnya...

tu kongsi rasa kisah siapa? sendiri? saya tgk anak ramai gak.. brape org?

Melawis said...

Salam..jangan terlalu menyerah dan ambil sikap biarlah...biarlah..hak kita adalah hak kita,hak orang jangan ambil.

cikgu_math said...

ami >>
berkongsi rasa kisah sendiri... ingin meluah apa yang terasa.
hmm...anak?? 9 orang...ini yang dinamakan rezeki

melawis>>
alhamdulillah...kita hanya menuntut hak kita..hak anak-anak yatim!
tetapi anak-anak perlu dipesan...jgn sampai terlupa diri.

Neeza Shahril said...

ada dalam Quran, akan binasa orang-orang yang makan harta anak yatim walaupun 1 sen.. biarlah mereka berebut didunia ni.. Allah Maha adik lagi mengetahui kak..

bila bab harta pusaka, ramai orang gelap mata...

tchersally said...

sabar lah sis..Sally dah melalui bab-bab harta pesaka ni..baru kenal hati budi saudara mara..baru kenal yg mana ikhlas..yg mana naga!!..asalkan kita tahu HAQ kita, pekak kan telinga dan teruskan dgn perjuagan menuntut HAQ harta anak2 yatim nih..

AZANI said...

tumpang berpendapat
Saya sebenarnya begitu yakin dengan konsep faraidh, berkongsi hak pada semua yang berhak.Masalahnya dari susur faraidh semua pihak yang berkaitan dapat haknya ke atas pusaka,dan bagi yang terlekat dapat bahagian masing masing.Bagi keluarga terdekat yang hidup dapatlah sisa sisa yang tak seberapa.Masalahnya saya juga waris dari harta pusaka arwah yah saya, saya dapat bahagian saya, tapi saya serahkan pada adik adik yang lain bahagian saya.Maka untuk isteri dan anak saya saya buat kan wasiat untuk mereka ke atas harta yang akan ditinggalkan, termasuklah EPF, Bank dll. Bank Islam menawarkan RM 450 untuk servis ini.Jadi saya nasihatkan buat wasiat, masukkan pewaris dalam wasiat , tentukan siapa dapat apa dan berapa agar di kemudian hari tiada kecelaruan. Tujuan faraidh adalah untuk memberi hak kepada semua yang berhak,tujuan wasiat adalah untuk menentukan hak dan bahagian supaya tiada permusuhan kemudian hari.

Ghazali B Abd Aziz said...

Demi harta dan duit , manusia lupa segala galanya ....

(Sebab tuh ler masing masing nak jadi pemimpin hehehhehe)

Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya ... at least kita boleh tau hati budi manusia ... apabila berhadapan dengan harta ...

the life of cikgu sue said...

Biasanya begitulah.Orang lain yang terlebih sibuk daripada yang berhak.Banyakkan berdoa.InsyaAllah rezeki anak-anak yatim tetap ada.

Tapi sebelum ke mahkamah tanya orang yang lebih arif tentang hak-hak seorang ibu tunggal yang manjaga anak-anak.

m e E n said...

bunyi mcm leceh kan?
kalau saye, saye akan lebih
kepada "kalau ada, ada. Kalau
takde, takde"
Bole ke camtu Cekgu?
Saye pon masih mentah dalam hal-hal begini.

cikgu_math said...

neeza>>
Kalau semua orang ikut alquran dan hadis..selamat!

sally>>
betul...baru kita kenal siapa betul-betul ikhlas membantu

Azani>>
kalau semua orang memahami!
saya juga ambil khidmat yg sama drp bank rakyat, tetapi belum berpeluang untuk menulisnya lagi...

cikgu_math said...

En Ghaz>>
Dan baru lah kita tahu sebenarnya siapa yang boleh kita tumpang hidup!

Cikgusue>>
InsyaAllah..

MeEn>>
Leceh...ya juga...
tapi hak kita, orng pertikaikan bila kita nak menuntutnya...mungkin menjadi tandatanya!