Followers

Thursday, April 16, 2009

mereka sebaya...

CM ada 3 anak remaja perempuan yang hampir sebaya..

Anak yang sulong sekarang berada di Uniten, anak yang kedua sedang belajar di UiTM, dan anak ketiga sedang menunggu tawaran ke IPTA.

Masing-masing dah ada lesen memandu, bermakna dah boleh berdikari..

Sekarang, ketiga-tiganya berada dirumah,,,,
yang sulong sedang bercuti,
yang kedua balik kampong untuk study leave sebelum final exam,
sementara yang ketiga dah nak masuk 4 bulan jadi penunggu rumah…

Masaalahnya….bila ketiga-tiganya bertemu, adalah masalah yang akan timbul
Kalau yang sulong bersama yang ketiga, maka yang kedua akan merajuk a.k.a marah dan sebagainya,
Bila yang kedua bersama dengan yang ketiga, yang sulong pula menjadi mangsa,
begitulah sebaliknya..

Walau pun ianya tidak sentiasa berlaku, tetapi dalam seminggu tu, adalah masa-masa yang mereka tidak boleh sekepala…

Huh…Akhirnya uminya yang pening!

Soalnya…

CM tak tahu nak didik anak ke…

atau memang bile mereka sebaya perkara begini akan berlaku….

Tak tahulah….
nak kepasar malam pun satu masalah yang besar… macam nak buat keputusan untuk membina satu dasar Negara…

8 comments:

AZANI said...

entahle, saya ada anak 4 lelaki asyik bertekak bila jaga, time tidur elok pulak se toto.Anak perempuan ada seorang, dia bilik spesel.mungkin agaknya lepaskan rindu lama tak jumpa kot?

m e E n said...

cikgu_math
Hehe.
Ni pendapat saye tau cekgu.
Mungkin bole berguna.

Jangan cakap anak perempuan,
anak lelaki pon same jgk.
Bile mereka membesar,
mereka mempunyai personaliti
yang berbeza.
Ditambah dengan pergaulan
dengan rakan-rakan membuatkan
mereka lain dari adek-beradek
yg lain. Perangai tidak sebulu
tu sudah pasti ade. Saye anak
sulong dan adek sorang adek
perempuan yg muda setahun je
dari saye.
Perangai..??
Amat berbeda skali bu..!

=)

Melawis said...

Wah oleh jadi menantu ni..hi..hi..saja gurau.

tchersally said...

hmmm..sayang sekali Sally tak merasa nak lalui mcm ni..maklumlah anak sepasang cuma..tu pun kadang2 macam ade 5 pasang!! tapi kejap je kecoh2..lepas tu..kamcing balik..adeyh..

the life of cikgu sue said...

Memang begitu agaknya apabila anak-anak dilahirkan sama jantina berturut-turut.

kak Na pun ada adik ipar yang menghadapi masalah yang sama.Tak apa.Sebagai ibu buat de'aja.jangan sebelahi mana-mana pihak..

cikgu_math said...

Azani>>
mungkinla kut...tapi masa they all kecil dulupun bertekak juga!

meEn>>
personality memang berbeza..macam langit dengan bumi!

Melawis>>
Cubalah...hehe...

tchersally>>
kalau berdua okey lagi..
sbbnya kalau dia bertekak, sorang lawan sorang...tak kemanapun...
bila tiga sebaya ni yang jadi masalah..
dua lawan sorang

cikgu_math said...

cikgusue>>
nasib baik ler buke sokmo...kalu tidok...berasap!!!

Neeza Shahril said...

anak-anak neeza kecik lagi.. belum terjadi cam tu.. cuma selalu berebut nak pegang adik.. antara kakak dan Coan.. selalu gaduh kalau tak dapat pegang adik hehe..