Followers

Monday, April 13, 2009

kisah 3 aiman tak kisah...

bagusnya Unit Kecemerlangan PMR SIC!
Sabtu lepas ada majlis solat hajat, bacaan Yaasin, program Bicara Ilmu dan Ceramah Motivasi untuk pelajar PMR, kemudian petang tadi ada pula majlis konsultasi akademik ibu bapa pelajar calon PMR dengan guru subjek..
Penatnya tak terkata...., tetapi banyak kepentingan & pengajarannya, terutamanya bila melibatkan pelajar-pelajar jenis Aiman tak kisah.

Aiman No 1( datang ke meja CMath dengan memeluk lengan ibunya)
ibu: macam mana anak saya cikgu?
CM: okeyla...feb test 91%, tapi kalau lebih fokus dalam kelas, boleh meningkat lagi....
ibu: Dia ni main-main ke dalam kelas?
CM: Tak ler main-main sangat, tapi kalau buat kerja , tak ada kesungguhan...buat sambil lewa, tapi dia cepat faham!
Ibu: Tapi dia ni malas, cikgu! Saya beli buku latihan...buku form two baru habis, buku form 3 tak buka pun lagi!
Aiman: he....he..he...Buatlah juga!(Sambil memandang ibunya)
CM:Yelah...dalam kelas pun tak berapa rajin. Kalau rajin, boleh dapat 100% kut!
Aiman: Cikgu target saya 88% jer...saya dah dapat 91%!Kalau cikgu target tinggi...saya dapat tinggi lagi..
CM: Okeylah.....sekarang saya naikkan target awak...daripada 88% ke 100%
Aiman: Ehh...mana boleh cikgu...
Ibu: Eeeeiii...padan ler cik gu kata banyak cakap! ( sambil menepuk belakang anaknya...)
pemerhatian CM: Pelajar cemerlang - tidak ada communication gap antara ibu bapa dan guru.

Aiman no 2;(datang ke meja CM dengan arah yang berbeza, ibu kekiri dan anak kekanan)
Ibu: Cikgu, anak saya ni merosot sangat! saya tak tahu nak buat apa. Cikgu kelas kata dia selalu tidur dalam kelas...bla...bla...bla...
CM:Dia boleh meningkat lagi.....
Ibu: saya bercerai dengan ayahnya semasa dia berumur 5 tahun. Dia membesar dengan kudrat tangan saya...bla..bla..bla.. Suruh duduk asrama, suruh studi..tapi malas! Masa outing bukannya nak balik rumah, merayau kat Billion...main snooker..bla...bla.bla.... Ayahnya bukannya nak ambil tahu hal anak... semuanya saya
CM:???(Pandang Aiman...merah matanya, mungkin malu dimarah di depan ramai. Tambahan pula mendedahkan masalah keluarga yang mungkin disimpan selama ini.)
CM: Dia okey..InsyaAllah boleh meningkat lagi...orang lain ada yang lagi teruk daripadanya... lagi pun dia duduk kelas terbaik...InsyaAllah dia boleh dapat 8A.

dan bila CM pandang mukanya sekali lagi..dia tersenyum kecil memandang muka cikgunya.. mungkin malu, mungkin sedih.....yang jelasnya tidak ceria.
(pengajaran: jangan marah anak-anak di khalayak ramai...dia pun ada maruah. Kalau ada cerita peribadi yang mengaibkan nak berkongsi dengan guru....bercakap secara personal dengan guru... jangan didepan kawan- kawan dan didepan orang lain yang dia tidak kenal.

Aiman no 3. (datang ke meja CM dengan bersembunyi di belakang ibunya )
CM: Silakan...
Ibu: Macammana dia cikgu!
CM: Tak tahulah...tapi dia terlalu lemah matematik... Dia dapat 8/60 untuk kertas 2 dan 20/40 untuk kertas 1. Kalau kita ajar hari ni, dah boleh buat, tapi besuk lupa balik...
Ibu: Memang dia lambat sikit cikgu... masa sekolah rendah...darjah 3 baru pandai membaca!
CM: Subjek lain okey jer.....ada yang dapat A! agaknya dia dah set tak suka matematik. saya panggil ni pun, supaya kita buat sesuatu, hantar tuition ke...
Ibu: Ya lah..dulu saya yang ajar dia, tapi sekarang ni.....
CM: Saya pernah tanya aiman , kenapa tak tinggal bersama Ibu, Ibukan cikgu matematik!
(celupar betul mulut CM, akhirnya dia tahu yang CM tahu kisah aiman sebenarnya dari aiman sendiri)
Ibu: Tak apalah cikgu....InsyaAllah saya cuba buat sesuatu.
(pemerhatian CM: Aiman memang lemah...ditambah pula tidak ada sokongan keluarga... kerana kedua ibubapanya berpisah. Katanya dia disuruh tinggal bersama bapanya dan ibu tiri kerana bapanya mampu menjaganya (Bapanya ahli perniagaan yang berjaya, tetapi sibuk 24 jam) sedangkan dia lebih suka tinggal dengan ibunya, seorang guru sekolah rendah . sedangkan masa berada disekolah rendah, dia tinggal bersama ibunya

harapnya entri ini tidak dibaca oleh aiman-aiman tak kisah tersebut, kerana nama mereka pun buka Aiman.

kesimpulannya:
1. pelajar bermasaalah sebenarnya ada penyebabnya, kalau kita dapat mencari puncanya, mungkin kita dapat mengatasi masaalah mereka.
2. Jangan terlalu serius dengan pelajar, sehingga mereka tidak ada ruang untuk berkongsi masaalah

15 comments:

shinrei said...
This comment has been removed by the author.
pB said...

moga semua cikgu cikgu di Malaysia ini tabah dan kuat semangatnya

m e E n said...

Cikgu_mathTeroskan mendidik anak bangsamu!
Saye kagum!
Alangkah baiknye kalau dapat
ke sekolah semula belajar balik
ape yg tertinggal dulu.
Cikgu kelas saye pasti laa cikgu_math & tchersally..!!

thegame. said...

suka la entry ni..
=)

org mesia sikap dier suka men~down~kan org lain daripada lebih suka memberi semangat.

ami mahzar said...

setuju benor ngan cikgu maths ni.. memang ramai pun aiman-aiman mcm tu...kt mana2 pun ada... yg penting kita bagi 'ruang dan peluang' utk suma aiman2 ni.. jgn salah tafsir.. didik mereka supaya cintakan maths..walau sebenci manapun mereka pd maths pd asalnya... bnyk pendekatan bleh digunakan... x caya cubalah.. usah mudah kecewa bila aiman wat bodo je masa blajo maths..mak bapak pun main peranan besar sejak anak2 kecil lg.. klu diri sendiri dulu lemah maths, jgn le chop anak akan ikut kelemahan kita...patutnya lg kita galakkan anak blajo sungguh2, hapal kali-kali tu... buat jd lagu..cecekgu yg didik aiman di skola rendah, bebudak ni mentah lg.. gunakan pendekatan sewajarnya.. jgn sampai aiman fobia maths bila makin remaja.. amacam? bleh suma kerjasama?cam 'wonderpets' kata...apa yg penting....keje..sama!!!

mademoiselle azieshakespeare said...

sy ada experience camni (time praktikum)
tapi time tu, sy jd tukang check2 nama jek, guru kelas yg betul yg cakap2 sume...
mostly camtu la (lebih kurang je),
macam2 kerenah bole tengok (dari anak ke mak bapak)

cikgu_math said...

pB>>
...bangga jd cikgu, tp tak tau lah tabah atau tidak..

meEn>>
rasanya nak juga jd form teacher meEn. Agak-agaknya jenis yg suka sepak bola dlm kelas kut!

thegame>>
begitulah resam manusia...

ami>>
betullll
'apa yang penting...kerjaaaasama!'n

cikgu_math said...

azie>>
seronokkan...tp sedih gak bila student kita kena marah ngan parent die org depan-depan kite
dan meluat bila parent asyik nak marahkan cikguuu jer...anak dia tu macam ler perfect sangat. hingga anak tak buat homework pun cikgu yg salah...

AZANI said...

cikgu:kadang kadang ibubapa kena ambik tahu peel anak kat sekolah,tapi masalahnya bila bagi tahu, tak boleh terima pulak,Habis camana?Orang rumah guru, jadi dilema dia delima saya juga.

m e E n said...

taklaa.
yg jenis mendengar setiap
kata dari cekgunye.

Chekgu BaniHassim said...

minat yg penting..
kalau dah minat, kalau dah suke...
cakap ape pun, masalah ape pun...semua dier sanggup redah...sanggup belajar..
sebabdah minat...

takpe laa..kite doakan yg terbaik je la utk mereka..

cikgu_math said...

Azani>>
budak-budak ni ada yg kat rumah pijak semut pun tak mati, tp di sekolah, dialah yang paling hero!Parent pulak tak percayakan cikgu!

meEn >>
yer ker?

ChekguBH>>
kalau semuanya minat nak belajar....

Yunus Badawi said...

ibubapa tak boleh harapkan cikgu aje kalau mahu anak2 berjaya dgn cemerlang.

Terima kasih kpd semua cikgu2 yg telah berjasa mendidik anak bangsa. Tanpa cikgu siapalah kita.

Neeza Shahril said...

setuju tu cikgu math...
semoga neeza sendiri insaf..
Insyaallah, tak nak buat apa yang mak aiman number 2 dan 3 tu buat...

cikgu_math said...

YB>>
tq..tq...

Neeza>>
insyaAllah...