Followers

Thursday, April 09, 2009

muzik dan matematik untuk mereka

Kuat ke suara CgMath bila marah???
.............................huhuhu.
pagi tadi.....sambil berjalan ke kantin,
Kak Ta bagi tau tentang itu..
Katanya terkejut dia dengar.... di dihujung block, masih lantang suaraku dipendengarannya
Betul ke???

tetapi itulah kenyataannya bila masuk ke kelas 3 mulia
Volume suara tak pernah minimum, asyik maksimum aje..
Semuanya hanya untuk mengajar matematik kepada 30 orang pelajar yang bervariasi
daripada pencapaian 20% hinggalah kepada 99%...
bagaimana nak mengajar??
kalau ajar aras tinggi sikit, kelompok lemah mulai hanyut melayan perasaan.
kalau ajar aras rendah, kelompok cemerlang akan over aktif dan menjadi terlebih kreatif.
kalau ambil peringkat pertengahan... masih ada kumpulan yang akan melayan mimpi....(paling aku tak suka...pelajar tidur dalam kelas!!!!!!)

itu yang jadi volume tak pernah rendah.... apa lagi bila dah penat...huhu..
So... Apalagi yang boleh ku buat???

tetapi
kalau dibidang seni dan muzik, nasyid, kompang dan pancaragam
mereka boleh jadi juara hingga keperingkat negeri!


....terimalah mereka seadanya....






itu yang

15 comments:

aza ni said...

guru adalah profesyen terhormat, membentuk masyarakat lapisan akan datang, bukan semua mempunyai kebolehan mengajar, semuanya bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan. teuskan cikgu..teruskan.Semoga suasah payah cikgu hari ini akan membuahkan hasil yang terbaik kemudian hari.

aza ni said...

ejaan salah tu, kena potong markah ke cikgu?he he he.

Abiey69 said...

ah ah.. kena kena terima seadanya k...

nama lagi cikgu

Melawis said...

Salam..mengajar..mengajar juga.Peti suara kena jaga juga.....jangan selalu tinggi sangat volume tu...

cm said...

Azani>>Hmmm..insyaAllah...
salah eja tu, cikgumath tak marah...cikguBM spt Cklah yg akan potong markah...hehe.

Abiey>> tapi result kena gempak!macam mana???

Melawis>> Ooo...Kelas lain kite jaga suara (macam Siti Nor Haliza jer bunyinya..) kelas ni aje yg tak boleh nak control volume...

UnGu VioLet said...

betuul tue.. kena terima seadanya..

Neeza Shahril said...

sebab tu lah neeza tak nak jadi cikgu..
neeza takut sama ada neeza akan membosankan budak-budak atapun neeza sendiri yang bosan.. hehee..

susah kan nak ajar bagi orang faham..

cm said...

unguviolet>> hm..begitulah..

neeza>> kalau minat, banyak yang bestnya jadi cikgu ni. macam akak...marah hanya semasa P&P...
diluar kelas, we're very close.

zino said...

cabaran tu utk cikgu jadi kan subjek math menyeronokkan macam dengan lagu..

saya suka math.. itu je subjek yg boleh score yg ngafal2 ni letih sikit hehe

chekgu Bani Hassim said...

beza2 keupayaan dlm satu kelas...??
erm, susah nk deal nih...

cm said...

zino>> kalau ajar semua org yg minat math kan best...biasanya kelas yang top

chekguBH >> hmmm..sebabnya hanya kelas mereka shj yg ambil muzik. Yg pandai ke, tak pandai ke, semua gaul sekali!

ckLah @xiiinam said...

Dulu....ckLah agak garang juga semasa bujang...
Tapi,sejak ada anak bersekolah ni...ckLah dah tak marah-marah di kelas. Apalagi kalau kelas hujung, kelas buah hati pengarang jantung ckLah tu.....
Dimarah pun tak guna. Sudahlah di rumah mereka lali dengan sepak terajang ibu dan bapa yang tidak pernah memikirkan perasaan anak yang telah menginjak dewasa.....di sekolah pun cikgu nak marah lagi...

Ahhh...di manakah di sudut dunia ini, 'dunia tanpa marah' buat mereka....kesian budak-budak tu! Belajar memang susah nak masuk. Sekurang-kurangnya, biarlah kasih sayang cikgu yang sekejap sehari ni masuk ke jiwa mereka...

kLah jadikan mereka terapi minda ckLah.....

Tapi, mungkin cabaran cikgu math lagi berat sikitlah sebab sekolah bercampur kot? Syukur ckLah ditugaskan di sekolah perempuan. Senakal-nakal mereka, masih mampu ckLah tangani...

cm said...

cklah>> cg math mengajar di boys school. tau jer lah budak lelaki! masa muda dulu cg math garang juga... kalau dlm makmal, pembaris meter tu boleh patah, bagi penampar pun pernah.Tapi sekarang dah berubah.. marah pun suara jer...
diluar kelas, kita lah tempat tumpuan mereka bercerita!!

su said...

sgt2 stuju volume cikgu math slalunye pd aras tinggi! huhu..


salam kenal ;)

cm said...

su>> welcome..
suara Ning Baizura...kan!!