Followers

Saturday, April 25, 2009

alahai....tingkatan 3M

Ini entry terakhir untuk 3 mulia, sebelum ni dah ada 2 entri khusus untuk mereka

Dengar khabarnya persembahan kumpulan Muzik (termasuk mereka ) mereka di kb Mall okey….tahniah!!!

Minggu lepas, latihan mereka adalah adalah sangat intensif… hinggakan terpaksa tinggalkan kelas…ygng menyebabkan CM meng’high’kan volume suara lagi…(Sebenarnya tak marah pun… sbb mereka melakukan untuk sekolah, tapi saja tunjuk-tunjuk marah )

Tetapi hari selasa, they all sangat baik…
Math masa pertama dan semua pelajar berada di dalam kelas…dan selepas masa math barulah mereka bergerak ke bilik muzik .Hmm….CM suka, sebab mereka telah jauh ketinggalan dalam subjek ini!!!

Hari khamis (sehari sebelum persembahan ), CM berjumpa Hafiz, their Class Monitor.

CM: ada latihan lagi hari ni??

Hafiz : Tak tau lag..tak jumpa cik gu razi lagi..

CM tak cakap apa-apa pun, kerana sebelum tu CM dah bercakap dengan Cik gu Razi tentang persembahan yang mereka lakukan. SIC mewakili JPN…so tak nak menghampakan amanah yang diberikan…

Tetapi selepas tu, jumpa Basyir..

CM: Ada latihan hari ni?

Basyir: ada, tapi masa math , kita belajar..

CM: Okey..saya masuk mengajar.

Masa 4-5, CM masuk mengajar….all of them baik-baik hari ni..nampak menumpukan perhatian,. beri latihan pun dapat buat dengan baik. ..Enjoy….

Rupa-rupanya seharian hari tu, mereka hanya belajar mathematics,sebelum math mereka di bilik muzik dan selepas waktu math, they all bergerak semula ke bilik muzik…

Ho..ho..ho..timbul persoalan dikepala CM..adakah diantara mereka yang membaca blog CM???

Kalau ada di antara mereka yang membaca blog ini…ketahuilah…cikgu marah sebab cikgu sayangkan kamu…pelajar yang mengambil muzik adalah pelajar yang cemerlang…keputusan PMR sebelum ini telah membuktikan nya…jadi janganlah 3 M tahun ini memusnahkan sejarah ini,,,

Dan CM hanya tersenyun bila cikgu sainsnya bersungut panjang kerana dilanda kebimbangan takut tak sempat nak kejar silibus untuk mid-year exam nanti.

..................rupa-rupanya, semua cikgu 3M dalam kebimbangan.......

5 comments:

the life of cikgu sue said...

Patutpun dengar suara cm bukan main kuat lagi ari tu.Persembahan mereka tadi not bad.membanggakan.

mr.mzn said...

cekgu.. sabar cekgu..
kalu cekgu nk tau..
mengajar kelas sigma..
lagi seksa~~
huhuhu..

Sally said...

CM,
mmg rasa nak hot bila cenderung ke arah muuuuuuuuzik je mrk nih!!! tp mlm tu Sally tgk their performance was superb!!! tgk le gmbr d blog maktab..

chekgu Bani Hassim said...

budak nk exam, kite yg risao dorg tak smpt nk cover silibus kan??
huhu

cm said...

cikgusue>>
suara je kuat...tak marah pun....

mzn>>
tahu..tahu!
tp 5 sigma tahun ni ok sket. Mzn & 2 Amir ada...boleh jadi ubat!

tchersally>>
dah tengok..thanks 4 upload!!

chekguBH>>
tu yg jd garang semacam!!