Followers

Monday, June 01, 2009

musnahkah keluarga kerana harta!

Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Rasional keharusan pembahagian harta sepencarian menunjukkan pengiktirafan syarak terhadap hak, habuan dan pemilikan pihak berusaha mendapatkan harta itu sepanjang perkahwinan. Hukum harta sepencarian tidak dinyata secara jelas. Cuma pembahagian itu dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak.

Ini termasuk sumbangan isteri menguruskan rumah tangga, menjaga anak, melayan suami, menyebabkan suami merasa kehidupan yang tenang dan dapat menumpukan kerjaya sehingga suami dapat memperoleh harta dalam tempoh perkahwinan mereka. Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isteri.

hari ini air mata ku menitis lagi...
Hampir 20 tahun menganyam bahagia, menjadi isteri dan ibu kepada 9 orang anak,
dan selepas 2 tahun 9 bulan meniti kehidupan dan menggalas tanggungjawab sendirian selepas pemergiannya di sisi Tuhan,
kini aku dipersoalkan kelayakan ku menuntut harta sepencarian,
sadisnya...yang mempertikaikannya adalah ibu dan kakak arwah suamiku sendiri....
banyakkah harta peninggalannya, sehingga begitu sekali menjadi rebutan????

aku malu untuk berbicara didepan Hakim...
aku malu untuk turun naik mahkamah....
aku malu untuk membongkarkan segala fail-fail lama...
hanya untuk sejumlah itu....
tetapi aku terpaksa menuntut hak kami,
kerana anak-anak masih perlu makan dan belajar.


Kuatlah wahai diri!!!!!
dan doakan aku supaya lebih tabah.....

10 comments:

Kapten Luffy said...

kerana harta manusia boleh tamak

hubungan saudara jadi belakang kira

huhuhu

the life of cikgu sue said...

Hak mesti dituntut,cuma berikan pemahaman dari segi hukum kepada orang yamh mempertikaikannya walaupun kepada ibu mentua dan ipar-duai.Semoga tabah.

shinrei said...

sabar la Kak Zan..

Abiey69 said...

Nilah manusia.. Bila saat bahagia tiap detik bersama ngan kita, bila tiba masa kita bersendirian dan kesedihan tiada yang hendak mendampingi kita... malah menekan kita semahu-mahunya.

Rasanya yang mempertikaikan itu adalah orang yang dah arif tentang hukum hakam agama.. namun bab harta dan seumpama dengannya mereka gelap mata.. sudah banyak pedoman dan teladan yang telah berlaku... rentetan dari itu... serahkan kepada yang berhak... rujuk pihak yang berwajib.. biar puas hati semuanya...
Jangan cepat mengalah...

Mungkin mereka tidak ingat anak kita adalah anak sedara mereka dan cucu mereka, darah daging mereka juga...

Moga Allah membuka pintu hati mereka yang telah dikelabui oleh matawang dan harta benda...

Maybe mereka melihat kak zan hidup lebih dari mereka dan beranggapan harta yang ditinggalkan banyak sangat..
Kesian arwah di alam barzakh... terseksa dek harta yang sedikit menjadi rebutan

Sabar kak zan Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar. Doa orang yang sabar dan teraniaya mudah dumakbulkan.. Doalah banyak2 kepadaNya.

thegame. said...

sabar je la ea cikgu..
pasal harta ni memang ssh, semua org nk..
tapi igt, harta tu untuk anak2 memang sangat2 betol..must be taken into consideration too..
1st skali, rujuk pihak berwajib dlu~
doa byak2 k~
=)

cm said...

kapten>>
bersedialah dengan harta yg akan ditinggalkan, Jgn ianya memutus ikatan kekeluargaan yg ditinggalkan.

Kak Na, Shinrei & Abiey>>
Dah lama ianya disimpan & disembunyikan drp anak-anak... tapi kali sungguh menyentap perasaan, sebab ianya berlaku didepan Lawyer, didepan anak-anak dan di atas rumahnya sendiri.

The game>>
thanks for caring

budokklate said...

sabar cikgu..
jgn cpat putus asa tuntuk hak tuh..

cm said...

faiz>>
TQ...

Neeza Shahril said...

anak-anak akak termasuk dalam golongan anak yatim. 1 sen harta anak yatim disalahgunakan, maka neraka jahannam akan menanti mereka..

Sabar lah kak.. teruskan menuntut hak akak demi anak-anak akak.. pekak kan telinga aje.. manusia, bila bab harta benda mula lah tamak haloba biarpun bukan hak mereka..

arazma said...

harta sepencarian yg kak tuntut tu juga merupakan harta anak-anak yatim anak-anak kak tu.... biarlah ape depa kata... yg mana hak kita, perjuangkanlah...kak yg nak besarkan anak sendirian...pemergian arwah pon bukannya dipinta... sabarlah dan tabah serta kuat hadapi cabaran ini...