Followers

Tuesday, July 07, 2009

Nasib baik...., kalau tidak!

naluri kita kadang-kadang tahu apa yang berlaku nanti... walau pun kita sendiri tidak mengetahuinya....

Sebelum ini, data dan enrolmen pelajar setiap bulan dibuat oleh unit data & maklumat kerana DATA EMIS memerlukan maklumat itu, dan keluar masuk pelajar dibuat oleh unit pendaftaran, yang sebelum ini CM buat setiap bulan
dan hasilnya data yang sepatutnya dihantar ke JPN setiap bulan tidak berlaku, dan fail yang sepatutnya berisi menjadi kosong kerana data berada di dua unit yang berasingan.
Bila tiba HEM baru, bermula era baru...., yang kosong perlu diisi... Khamis minggu lepas, CM diamanahkan untuk mengambil tugas itu....
dan siapalah CM untuk menolaknya!!

Semalam,
CM buat apa yang patut.
print apa yang patut diprint,
fotostat mana yang perlu difotostat,
cari mana yang missing,
satukan mana yang sepatut disatukan,
dan minta tandatangan Boss untuk pengesahan.
akhirnya
perbanyakkan untuk fail HEM, fail unit pendaftaran, Fail pejabat dan satu salinan untuk dihantar ke JPN
kerja yang sepatutnya dibuat daripada 6 bulan yang lepas....
kerja beres hampir 3.00 petang.
Sebelum balik CM masukkan satu copy ke dalam Fail HEM.

Pagi tadi serah dua copy ke pejabat, dan satu copy masih ada untuk simpanan boss unit pendaftaran.

Jam 12.00 tengahari, sewaktu CM mengajar dikelas, masuk dua pegawai JPN....
berinteraksi dengan pelajar...
briefing Cluster school , dan sedikit motivasi untuk pelajar..
Alhamdulillah!

sebelum balik tadi, HEM beritahu....
'Fail dah kosong semula... semuanya dia orang ambil.........'
tak sampai 24 jam kertas tu disitu..
( tersiratnya: CM kena duplicate semula, isikan kedalam fail balik !)


CM cuma mengurut dada, sambil mengucap Alhamdulillah......
'kalau lah aku tak buat semalam.... apa aku nak jawab hari ni...'

11 comments:

sonata anak kancil said...

Data2 murid setiap bulan MESTI update! 'hilang' 1 murid puas kena cari ke mana pergi...sampai dapat cari!

Abiey69 said...

Al-Hamdulillah...
Abiey tak der kat sekolah hari ni.. kena gubal soalan untuk PRA SPM nanti..

Ni kena bagi cemerlang lagi nih... menyelamatkan maruah sekolah...

Sally said...

chaiyokk!!

aza ni said...

CM:kadang kadang gerak hati macam penggera,rupanya ada sesuatu yang nak terjadi..
orang putih kata instinct.

cm said...

sonata>>
mana nak cari yer??
ada ke pelajar hilang tak dapat di kesan?

cm said...

Abiey>>
Cemerlang??
CM dah booking untuk 5 tahun akan datang!
nak join ? Jom!!

TcherSally>>
Hehhh....letihhhh!!!!(sambil menutup mata untuk tidur)

cm said...

Azani>>
kadang-kadang kita langsung tak terasa instinct itu...
sekali buat silap...dah tertangkap!!
(banyak kali CM kena...)

arazma said...

tahniah... tepat sekali cm dipilih utk tugas tu.... errr,gerak hati memang boleh pecaya n patut ikut...

macam tu la skola kluster.. skola ade ISO n memacam.. dokumentasi mesti siap sedia sentiasa...

TokNabe said...

Jadi cikgu sekarang ni kena pandai banyak perkara..... terutama ICT.

ckLah @xiiinam said...

Rutin rencam penuh titik bengik...



Itulah kerja cikgu zaman sekarang....

cm said...

ami>>
dokumentasi yg membuat kita letih & memenatkan....

Tok nabe>>
ICT sekarang dah jadi keperluan untuk hidup...

CkLah>>
itulah cikgu...