Followers

Friday, May 08, 2009

shopping .....

jam sebelas pagi, CM ke bandar Kota Bharu ditemani anak sulong... cuti Universiti ni, kemana-mana pun ada pengikut!!
ingatkan sempat shopping beberapa perkara yang belum complete untuk Aliaa ke perlis nanti, tetapi belum habis pilih barang, pasaraya dah nak ditutup untuk menghormati solat jumaat.

untuk tidak membazir masa, kami bergerak ke pasar MPKB yang pastinya tidak akan ditutup ( kerana peniaganya terdiri drp kaum wanita) untuk membeli baju kaftan dan blanket . Tidak ramai pengunjung pada waktu tu, dan tidak semua kedai dibuka kerana hari minggu.

Huh, dalam meronda-ronda tu, tanpa dirancang, CM terbeli beberapa pasang kain dan beberapa helai tudung
6 pasang, untuk umi & 5 anak perempuan...

Bila turun dari pasar MPKB, terpaksa ke Bank semula untuk mengTOP UP duit... ada lagi barang yang belum dibeli, tapi duit sudah kering!

Pasaraya di buka semula selepas solat Jumaat, jam 2 ptg. Dan CM tiba di rumah jam 3.30 ptg!
Kesian Irfan.... sekali lagi kelasnya dibatalkan last minute.
( Sorry kak Na... semuanya di luar perancangan )

4 comments:

Sally said...

Uiks..smua kain tu satu colour theme..nak buat baju raya ke..
teringin nak beli kain la jugak..jom p Saleem Aziz..!

cm said...

ha..ha..ha..
pesan ngan anak-anak, jangan minta lagi untuk raya!
confirm jadik baju raya!

zino said...

perbelanjaan yg tak di rancang tu hehe

cm said...

zino>>
itu yg jadi bila saja nak habiskan masa di tempat shopping!!