Followers

Friday, May 01, 2009

hari keluarga....ermm....!!!

Seawal jam 8.00 pagi, pantai Perdana Resort mula di penuhi dengan keluarga kakitangan SIC.
masa pendaftaran, kami diberi sebekas kuih bahulu, kemudian dijamu dengan perbagai juadah untuk sarapan pagi..meehoon goreng, nasi lemak, sandwich, nasi dagang & kuih muih....banyaknya sehingga tidak habis untuk dimakan!

acara permainan untuk keluarga diselang seli dengan cabutan bertuah....semuanya bertuah kerana setiap keluarga dapat hadiah...cuma berbeza dari segi saiz hamper dan nilai hadiah!

Khusus untuk guru-guru:
Untuk guru-guru perempuan kita ada acara talik tali....
Aish...kumpulan CM yang diketuai oleh cikgu Mona dan mempunyai ahli yang 'gagah perkasa' akhirnya ditewaskan oleh kumpulan cikgu Hasilah.Tidak ku percaya ini berlaku...keh keh keh..

guru-guru lelaki menunjukan kebolehan berkerjasama dalam acara terompah raksasa, dan kumpulan cikgu Rosman berjaya menewaskan kumpulan lain!!


untuk acara keluarga,
hehehe...acara bowling padang... TcherSally dan Mr Sam yang memang terkenal dengan kejuaraan bowling di KB Mall & Perdana Super Bowl ( Kategori kakitangan SIC ) telah dikalahkan oleh orang lain... Abiey ( tempat pertama) dan CM tempat kedua...kih..kih..kih.. sebab bola bowling kali ini adalah sebiji buah kelapa kering...




Anak-anak yang seronok...
Amar & Iqah masuk hampir kesemua acara...
Dan Amar mendapat hadiah dalam acara tiub belon & kutip duit syiling...














Kesian Adam....boringnya dia menunggu...
demam sudah kebah, tetapi masih nampak lemah...

walau pun sudah dibawa ke gigi air, soalannya masih sama...'bila kita nak pergi pantai?'
...agaknya didalam pemikirannya adalah mandi laut... kesian.....


11 comments:

amaLina rusLi said...

cik zan,,
jom kita g pantai!!:D

ミ-ザン mr. mzn said...

waa~
best ny cekgu~
nok gi jugop~
huhuhu..


puah nih~ nk release tension~
hahahah

the life of cikgu sue said...

Tak percayalah kita kalah.hu..hu.Hadiah no 2 tak dapat lagi!

cikgu_math said...

k Ina>>
jom...buat paper work...serah pd ayah zie..hihihi...

mzn>>
best...
kita buat hari guru pulok...
eh..eh.. musim exam tu!!
gi study nuh!!

cikgusue>>
masih tak pecaya kita kalah kannn...

AZANI said...

CM:meriah sungguh, seronok.Tahniah.

cikgu_math said...

Azani>>
memang meriah...& enjoy!!

amaLina rusLi said...

baik,,

saya yang menurut perintah,
amalinarusli,,

HAHAHA

zino said...

nampak meriah hari keluarga dia tu... bila agaknya opis zino nak buat hari keluarga.. macam banyak na keje.. hehe

cikgu_math said...

zino>>
enjoy sekali setahun...
okey lah...

ami mahzar said...

sronok nyer...

saya pulak ari ni menghadiri lg satu pengkebumian.. tok kpd ex student taon 98. walaupun dh lama tinggalkan sekolah, hbgn kami masih erat... td tu kira family day gak tp sedey punyer...

cikgu_math said...

ami>>
takziah kpd keluarga x-student ami
ya...ada yang sedih, ada yg gembira..