Followers

Tuesday, May 19, 2009

kisah hari ini

hari ini... diisi dengan episod celaru

bermula dengan panggilan telefon daripada Biro Pengantaraan Kewangan untuk memaklumkan meeting dengan pehak Bank di KL pada 10 Jun nanti... berkenaan dengan penggunaan kad kredit yang dicuri dulu
~ ~Ohho..... CM dah lama tak menjejaki kaki ke KL.... nasib baik dalam cuti sekolah! dan CM kena mula memikirkannya!

diikuti dengan episod jawapan tak releven di dalam meeting.... bila diminta bantuan , CM terus menjawab... tetapi belum habis satu ayat.... jawapan tu tak releven!
Opps... bagaikan terlupa... CM adalah S/U 2008....bukan 2009.
( maaf.... program 2009 adalah drp pen drive CM, mungkin sebab itu dia meminta bantuan CM )
~~Blurr!!!!

kemudian, balik rumah dapat call drp Aliaa.. Tak suka duduk kat matrikulasi... ayooo....baru seminggu dia dah buat penilaian....dia dah meleleh-leleh.... sob...sob...sob....
Ermm... katanya kalau dapat rayuan maktab nak balik !!!
~~ Alahai anak-anak..... ketahuilah.....tak ada tempat yang lebih sedap daripada duduk kat rumah! bagaimana mahu biarkan mereka faham???

Lepas maghrib...berbual dengan Kak Ah...
timbullah cerita yang sememangnya CM telah tahu...dan faham sejak 3 tahun yang lepas!!
Katalah nak kata apa pun pada CM.....Tuhan tahu!!
Kalau apa yang dikata itu betul, biarkanlah..... itu kelemahan CM sebagai seorang isteri dan ibu..
tetapi kalau apa yang dikatakan itu tidak betul.... Allah ada untuk menjadi hakimnya!!
~~hati CM telah beku untuk melayan segala kata-kata mereka itu...

dan hari ini
menyebabkan CM terasa kehilangannya
amat terasa!!...
tidak ada lagi orang untuk berkongsi segala kisah dan masaalah!

12 comments:

aza ni said...

hanya minta CM kuatkan semangat,Allah bersama dengan orang orang yang bersabar.

Sally said...

Sis,
hang in there..sabar ya..Sally tau CM tabah..yg lebih berat daripada ni pun telah diharungi..bab cakap2 org lain, itu jgn ambil pusing! biar mrk berckp, bertambah2 pahala free CM tu!!

zino said...

CM..
kena tabah dengan bacaran yg datang.. anak tu kena pujuk la jawab nya.. agaknya terasa homesick tu kot.. sekarang ni tempuh menyesuaikan diri..

Cik Bee said...

umi, i, we know u r strong!!! ermm alahai, pe yang ka ah cter, sekadar mau berkongsi, x maksud nak sesak kan pale umi.. pasni da xnak cter dah, nanti make u in worse condition. umi, caiyok! caiyok!

adie said...

hmm.. blog ini masih sedia tuk mendengar keluhan CM. kekawan blog kan ramai. be strong ok!

jgn manjakan si Alia tu. biar dia blajar berdikari.lama² nnt dapatlah sesuaikan kan diri tu.

ckLah @xiiinam said...

CM.....
Semoga Tuhan mudahkan semua jalan......
Amiiinnn.




Semoga kuat...
Hebat....
dan selamat....

cik p said...

banyakkan bersabar.inilah rencah kehidupan. manusia punya mcm2 ragam.

cm said...

Azani>>
TQ

Sally>>
terima kasih banyak-banyak!!
berkat doa dan harapan anda semua CM sekuat ini !

Zino>>
TQ dan Alhamdulillah...
Alia, katannya nak tunngu dulu hingga Dis, kalau tak boleh juga, nak minta UiTM panggilan Dis. InsyaAllah , berkat doa semua dia mampu menghadapinya!

cm said...

Kak Ah>>
its not about that...only,
everything went wrong yesterday!

Mr PB>>
Terima kasih atas sokongan semua.
I'm strong enough to face all of this things...berkat doa dan semangat yang diberikan!
alhamdulillah...

Cik p>>
Terima Kasih...

cm said...

ckLah>>
CM akan kuat....dan selamat, dengan doa dan harapan daripada anda semua!

sentosa77 said...

Salam Cikgu.. first sekali terima kasih sbb cikgu sudi singgah blog saya. Saya tak pasti cerita dari awal.. but sama seperti Mr.Penyu harap cikgu dapat kuatkan semangat.. kawan2 disini ada untk mendengar.. Saya doakan semoga cikgu sentiasa sihat dan sejahtera selalu :)

TokNabe said...

Selagi kita hidup, pasti perjalanan hidup kita di penuhi dengan perjalanan yang pahit mahupun manis. jika hari ini perjalanannya susah.. esok belum tau lagi dan insyaAllah Senang. Yg penting semuanya berserah pada Allah.